Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Barclays Premier League 2014/15 jadual waktu Malaysia dan keputusan

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, entri ini khas untuk kaki bola dan khas untuk peminat Barclays Premier League sahaja tak kira yang minat gila pada Liverpool seperti Shakiddo dan Melastik Bintang atau yang lalang seperti Abang Ensem hari ini sokong Chelsea esok sokong Manchester City. Cuma sedih musim ini MU tak layak masuk Champions League jadi bolehlah penyokong setia Arsenal seperti Fazrol dan Ujang menyombong lebih sikit. 

Malam 10/7/2014 jam 9.55 pm waktu Malaysia di Stadium Wembley perlawanan Community Shield antara Arsenal vs Manchester City menjadi perlawanan pembuka tirai musim baru BPL 2014/15. Arsenal dengan beberapa pemain baru iaitu Alexis Sanchez, Ospina, Debuchy, Calum Chambers, Joel Campbell dan Danny Wellbeck akan berusaha untuk memulakan musim baru dengan langkah kanan. Arsenal juga kehilangan beberapa pemain utama iaitu Sagna ke Manchester City, Vermaelan ke Barcelona, Johan Djourou ke HSV dan Fabianski ke Swansea.

Keputusan Community Shield 2014/15 : Arsenal vs Manchester City : 3 – 0

Jadual EPL 2014/15 Waktu Malaysia

Football results provided by whatsthescore.com

Jadual Kedudukan Terkini BPL 2014/15

Standings provided by whatsthescore.com

Top 20 Derby Matches EPL 2014/15

Musim 2014/15 BPL dibanjiri dengan superstar dari liga lain seperti Di Maria, Falcao, Rojo, Harrera, Diego Costa, Fabregas, Mangala dan ramai lagi. Kehadiran superstar pasti akan menjadikan BPL lebih menarik dimana setiap pasukan boleh menang dan boleh kalah dengan semua pasukan.

Manchester City vs Liverpool 3 – 1
Arsenal vs Manchester City 2 – 2
Manchester City vs Chelsea 1 – 1
Chelsea vs Arsenal 2 – 0
Manchester United vs Chelsea 1 – 1
Machester City vs Manchester United 1 – 0
Liverpool vs Chelsea 1 – 1
Arsenal vs Manchester United 1 – 2
Manchester United vs Liverpool week 16
Liverpool vs Arsenal week 17
Manchester City vs Arsenal week 22
Chelsea vs Manchester City week 23
Liverpool vs Manchester City week 27
Liverpool vs Manchester United week 30
Arsenal vs Liverpool week 31
Manchester United vs Manchester City week 32
Chelsea vs Manchester United week 33
Arsenal vs Chelsea week 34
Chelsea vs Liverpool week 36
Manchester United vs Arsenal week 37

Arsenal vs Monaco perlawanan piala emirates 2014

Arsenal akan membuka tirai BPL 2014/15 pada 17/7/2014 jam 12.30 am waktu Malaysia menentang Crystal Palace di stadium Emirates. Kalau musim lepas Arsenal tewas kepada Aston Villa 3 – 0 kali ini aku yakin kekalahan tersebut tidak akan berulang lagi dan paling penting jangan sesekali mengulangi peristiwa tewas dengan jumlah gol yang banyak kepada Chelsea, Liverpool dan Manchester City untuk musim ini.

Keputusan Perlawanan Arsenal musim 2014/15

Perlawanan seterusnya untuk Arsenal

Powered by whatsthescore.com

Untuk melihat keputusan penuh Arsenal sila klik “Jadual dan Keputusan game Arsenal 2014/15“.

Penyokong Arsenal sangat mengharapkan ada kejuaran yang dijulang musim ini setelah kemasukan beberapa superstar. Pasti Chelsea, Manchester City, Liverpool dan Manchester United akan menjadi saingan hebat selain Everton dan Tottenham.

Arsenal bersama piala FA 2013/14

Pasti banyak drama akan berlaku musim ini dan pasti ada pengurus pasukan yang bakal disingkir seawal musim. Banyak yang kita boleh pelajari daripada Liga Bola Sepak tertua di dunia ini bukan sekadar meraikan pasukan yang menang sahaja. Belajar untuk menerima kekalahan dan belajar untuk mengawal perasaan apabila pasukan kesayangan kita menang. Jangan terkejut ramai yang putus kawan hanya kerana BPL. Semuga musim 2014/15 Arsenal akan menjulang lebih banyak piala untuk menutup mulut bekas pemain Arsenal yang sudah berhijrah kerana tidak yakin dengan pasukan yang telah menaikan nama mereka. Arsenal you are the best.

piala community shield 2014 Agaknya pasukan mana bakal bertahta di pucak liga untuk musim 2014/15. Berita terkini Arsenal @ Twitter

---

    Kongsi pendapat anda

    *

    CommentLuv badge

  1. sedikit sedih apabila pasukan saya Liverpool tidak menjadi seperti yang diharapkan
    Entri terbaru sohoque – Cara Elakkan Rakan Anda Meluat Dengan Status Media Sosial Anda!My Profile

  2. Saya tak minat sangat dengan bola ni..suami pun sama..so tak kisah la siapa yang memang pun..tapi kalau piala dunia teruja juga nak tengok
    Entri terbaru nord – BAHAYA Mengamalkan Kolagen secara Berterusan..My Profile

  3. Semua pasukan EPL sudah membeli bintang-bintang bolasepak dunia untuk diserapkan ke pasukan liga perdana inggeris. Satu langkah untuk memantapkan setiap pasukan.
    Entri terbaru sensasi2020 – Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014My Profile

  4. oarang pompuan tengok bola luar negara or dalam negeri kehensoman pemain ja bukan taw apa pun hihii..janji pemain dia hensome2 boleh berangan-angan..:)
    Entri terbaru adna2029 – KEPENTINGAN DOA DALAM HIDUP MUKMINMy Profile

Trackbacks

  1. […] Klik untuk lihat kedudukan terkini Arsenal di BPL 2014/15Arsenal telah terkeluar untuk English League Cup setelah tewas kepada Southampton. Harapan yang tinggal hanya untuk kejuaraan BPL 2014/15, FA cup dan Champions League. Kelihatan sekarang Chelsea dengan dua pemain baru Diego Costa dan Fabregas seperti tidak boleh disentuh oleh mana-mana pasukan. Manchester City semakin mantap begitu juga Manchester United semakin bangkit dari kekalahan. Arsenal masih ada peluang kerana tidak ada yang mustahil kerana selagi musim belum berakhir macam-macam boleh berlaku. […]

  2. […] Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kerancakan bola sepak dunia sudah bermula apabila kebanyakan liga sudah memulakan sepak mula. Barclays Premier League 2014/15 telah memulakan sepak mula pada 16/7/2014 dengan perlawanan Manchester United vs Swansea menjadi pembuka tirai. Bahang kehangatan sudah terasa bermula pada perlawanan pertama dengan berbagai keputusan yang mengejutkan dan itu yang menjadikan peminat bola sepak dunia sentiasa tertunggu-tunggu perlawan seterusnya. Paling hangat apabila pasukan kesayangan ramai Manchester United tewas digelanggang sendiri. Nak tahu berapa MU kalah dan keputusan game yang lain joom klik keputusan penuh Barclays Premier League 2014/15 minggu pertama. […]

  3. […] Klik Jadual Penuh Barclays Premier League 2014/15 Waktu Malaysia […]

  4. […] Via: Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi […]

Artikel pilihan...close