Bapa kencing berdiri Anak kencing berlari

Salam 1Malaysia, sudah lama pepatah Melayu “Bapa kecing berdiri Anak kencing berlari” bermain-main di minda aku ini. Adakah ini bermakna bila seorang bapa kecing berdiri maka anak-anaknya akan kecing berlari secara fizikal. Pasti tidak, maksud pepatah ini lebih besar daripada itu. Bagi aku maksud perpatah ini apa juga perbuatan jahat yang dilakukan oleh seorang bapa atau ibu samada dilihat atau tidak oleh anak-anaknya pasti akan dilakukan kembali oleh anaknya. Lebih malang anak-anaknya akan melakukan lebih teruk daripada apa yang telah dilakukan oleh bapa atau ibunya.

Berapa ramai dikalangan kita samada yang sudah berkeluarga atau belum memikirkan setiap perbuatan kita dahulu, sekarang dan akan datang akan memberi kesan secara lansung kepada anak, cucu, cicit dan keturunan kita hingga hari kiamat. Jangan sangka apabila kita belum berkahwin dan mengamalkan seks bebas, mengandung anak luar nikah kemudian membuang bayi tidak akan memberi kesan kepada anak, cucu, cicit dan keturunan kita. Jangan sangka apabila kita mengamalkan seks pelik seperti lesbian, gay dan liwat juga tidak memberi kesan kepada anak, cucu, cicit dan keturunan kita.

Jangan fikir apabila mengambil rasuah, menipu rakan niaga, bomoh membomoh dan macam-macam lagi amalan orang kita ini  tidak memberi kesan secara lansung kepada anak, cucu, cicit dan keturunan kita hingga hari kiamat.

Kalau hari ini kita tak suka menziarahi ibubapa di kampung  sekurang-kurang sebulan sekali dan tiada masa untuk bertanya kabar melalui telefon atau sms serta sentiasa lupa nak bagi duit setiap bulan.  Adakah harapan untuk anak-anak kita buat perkara yang sama atau lebih teruk apabila kita tua kelak.

Secara sedar atau tidak anak-anak sentiasa menjadikan ibubapa sebagai model. Ibubapa tidak hanya boleh memerintah anaknya solat berjemaah di masjid sedangkan kita solat di rumah atau lansung tidak solat. Kita tidak boleh minta anak-anak hormati kita sekiranya kita tidak hormat kepada ibubapa kita.

Aku sentiasa mengingati diri aku sendiri supaya tidak menjadi Bapa kencing berdiri supaya tidak melahirkan anak, cucu, cicit dan keturunan yang kecing berlari.

Firman Allah : “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah pula. Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa : Ya Tuhanku tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan memberi kebaikan kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri“. Surah Al-Ahqaf Ayat 15
[ad#advertlets336]

---

  1. * Doa ibubapa terhadap anak anak sangat makbul

    * Bangun malam untuk mendoakan anak anak
    Entri terbaru suarapeople – Khairul Fahmi Pengganti Van De Sar My Profile

  2. Pada masa ini, lahir pelbagai gegala sosial seperti persetubuhan tanpa nikah, bohsia dan bohjan, vandalisme, jenayah seawal usia persekolahan dan pelbagai lagi masalah yang timbul terutama di zaman globalisasi ini. Ibu bapa kini bukan sahaja disibukkan dengan tugas mencari rezeki, malah perlu menjadi suami dan isteri, perlu mendidik dan membesarkan anak-anak. Masa yang kian terbatas menyebabkan ramai ibu bapa gagal menjadi cemerlang.
    Entri terbaru suarapeople – Khairul Fahmi Pengganti Van De Sar My Profile

  3. Ibu bapa yang berjaya menjadi cemerlang melahirkan generasi cemerlang kerana ibu bapa adalah guru pertama kepada anak-anak. Apabila ibu bapa gagal menjadi cemerlang, mereka bukan sahaja gagal menjadi ibu bapa yang baik dan sempurna, malah melahirkan anak-anak yang tidak berilmu dan berwawasan.

Trackbacks

  1. […] This post was mentioned on Twitter by joegrimjow. joegrimjow said: bapa borek anak rintik http://denaihati.com/bapa-kencing-berdiri-anak-kencing-berlari @denaihati […]

  2. […] This post was mentioned on Twitter by Denaihati. Denaihati said: Bapa kecing berdiri Anak kencing berlari http://gengblogger.com/read/129914 […]

Artikel pilihan...close