Bagaimana memasukkan table ke dalam artikel

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tempoh hari ada rakan blogger yang bertanyakan bagaimana untuk memasukkan table ke dalam entri atau artikel di blog mereka. Sekiranya anda menggunakan WordPress, proses ini mungkin agak rumit sekiranya menggunakan fungsi asas dan tidak mahir dalam menulis kod HTML.

Berikut adalah antara langkah mudah yang boleh digunakan untuk memasukkan table ke dalam artikel.

Menggunakan plugin TablePress

Anda boleh memasang plugin TablePress yang membantu untuk anda memasukkan table ke dalam artikel. Plugin ini menggunakan shortcode untuk proses membina table tersebut.

Bina tables dengan mudah menggunakan TablePress

Contoh shortcode yang digunakan adalah seperti di bawah:

[table id=1 alternating_row_colors=false column_widths="40px|50px|30px|40px" /]

Anda boleh mencuba plugin ini dengan memuat turun dari WordPress Plugin Directory – TablePress

Sila rujuk penerangan dalam laman utama pembangun TablePress ini sekiranya anda mempunyai sebarang kemushkilan.

Memasukkan kod HTML dari code editor

Cara seterusnya adalah menggunakan HTML Code Editor online yang membolehkan anda membina table dengan mudah. Contoh perkhidmatan seperti ini boleh diperolehi di HTML Table Generator.

Paparan HTML Tables Generator
Contoh paparan html tables generator

Anda boleh memilih jumlah column atau rows yang dikehendaki. Kemudian isi info yang anda inginkan dan paparan kod HTML akan kelihatan di bahagian bawah. Anda hanya perlu salin dan masukkan ke dalam editor anda dalam blog WordPress mahupun akaun blogspot anda.

Sekiranya anda menggunakan WordPress, pastikan anda menukar bahagian editor anda kepada Text, sebelum memasukkan kod HTML yang telah dijana.

Kalau ada sebarang kemusykilan, boleh tulis di ruangan komen. Semoga mendatangkan manfaat.


Spread the love

272 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!