Asia Ceramic Sdn Bhd


Sana-sini sibuk cerita Asia Ceramic Sdn Bhd dari dulu sehinggalah sekarang. Dulu kawan-kawan sibuk ajak join Asia Ceramic Sdn Bhd. Ramai juga kawan-kawan yang buat duit Ratusan Ribu di Asia Ceramic Sdn Bhd. Kawan-kawan yang buat duit di Asia Ceramic Sdn Bhd ni semua drive kereta besar dan pasti ada sticker Asia Ceramic Sdn Bhd di cermin belakang kereta mereka…promosilah tu.

Pada mulanya aku tak berniat nak cerita hal ni tetapi setelah terbaca di blog Azizworld dan Rohaizad (tahniah dicalonkan sebagai weblog popular 1Malaysia) terpanggil pulak nak sembang-sembang cerita ni. Kalau nak cakap aku tak pernah join program-program macam ni pasti TIPU kan…yang lebih hebat pun ada. Aku pernah main HYIP yang bagi pulangan lagi power sehingga mencapai 50 – 200 % dalam tempuh beberapa minggu. Bila main HYIP ni aku akan set dalam minda bahawa ni memang scam jadi aku akan main dalam jumlah yang kecil dan invest dilebih 3 syarikat. Jadi kalau 1 kantoi maka ada 2 lagi boleh back up.dollars making money 300x296 Asia Ceramic Sdn Bhd

Satu ketika dulu aku juga main program pelaburan online yang banyak di Malaysia. Aku gunakan sistem yang sama seperti akau main HYIP dimana aku invest dalam jumlah yang kecil di beberapa buah syarikat pelaburan online. Syarat utama untuk main game macam ni adalah JANGAN TAMAK dan mesti set dalam minda bahawa bila-bila masa owner boleh lari atau syarikat kena serbu dengan Bank Negara (BNM). Kalau nak main program pelaburan online ni kita mesti belajar dari sejarah lalu seperti kes Skim Pak Man Telo. Jangan main terjun je ikut perasaan….bukan senang nak jadi senang.

Kesimpulannya, aku memang tak join Asia Ceramic Sdn Bhd…sekali dah terkena tak kan nak terkena lagi…bak kisah Nabi jangan kita dipatut ular yang sama di tempat yang sama dua kali..tu namanya BODOH aku. Bagi yang dah kehilangan DUIT tu jangan salahkan orang lain anggaplah itu cara ALLAH swt nak bersihkan sumber rezeki yang datang dari sumber yang ragu.

Fadhilat amal : Firman Allah surah At-Thalaq 2-3 : “Siapa yang bertaqwa (Taat) terhadap Allah, nescaya Allah tunjukkan kepadanya jalan keluar (dari kesulitan) dan Allah akan beri ia rezeki dengan jalan yang tidak disangka-sangka.”

[ad#Mangga 300]

Istimewa di denaihati.com
  • munir ardi 25 August 2010 at 10:41 am

    Asian Ceramic baru pertama jumpa nama nih
    Entri terbaru munir ardi – Hidup Seorang BloggerMy Profile

    • Steward John 25 August 2010 at 4:48 pm

      Hehe.. mesti la, sebab syarikat ini berdaftar di Malaysia ni..(tapi tidak tahu kalau pendaftaran tu sah)

  • pilotHans 19 August 2010 at 1:19 am

    haha..sebut sal mendalah ni, aku pernah bg name, ic aku utk bwh ceramics nie..tapi bulan2 bukan aku bayar or dpt duit…org yg terdekat ngan aku ni just nak details aku jer..so aku bg laa..at 1st mmg aku xnak bg, tp mcm tersepit gak, so since dia mati janji dia byr sume2 n just gune name aku jer, so aku ok jer laa……..tup2 mmg scam..aku mmg daah agak daa! hahah..tp aku xnk laa ckp kt dia, haa, kena batang idup u…

    sekian mian…

    • Steward John 23 August 2010 at 5:57 pm

      Ha.. patut la ada jer yang tanya nama dengan IC number dekat saya.. terutamanya saudara terdekat..

  • rayban 17 August 2010 at 8:15 pm

    terima kasih for sharing

  • fais 13 August 2010 at 9:30 am

    horee,,,
    aku dapat pengetahuan baru ni…

  • Steward John 21 April 2010 at 10:04 am

    Asic Ceramic? Nama nih memang dah femes dah nih.. sampai orang Sabah pun dah tahu.. Ayah pernah juga join2 benda2 macam ni, siap melabur beribu ringgit.. Last2 rugi gitu jer..Dah ditegah, tapi masih juga naik join sebab ikut kawan.
    .-= Steward John´s last blog ..Rumah Kedua? =-.

  • Sakira 12 April 2010 at 1:55 am

    Asia Ceramic ? Tak pernah dengar lah pulak. Hehe :)

    But then again, yeah. Sumber rezeki ini tak tahu whether is the halal way or not.
    .-= Sakira´s last blog ..Acer Aspire One Untuk Anda Miliki Percuma. =-.

    • Steward John 15 August 2010 at 2:35 pm

      Banyak jer perniagaan macam ni.. tak tak pasti betul ker tak.. duit tu dapat dari sumber mana?
      Entri terbaru Steward John – Webhosting Promotion- Get free DomainMy Profile



© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network