Akibat tertinggal satu solat

Spread the love

Bila aku terbaca hadis nie rasa sesak nafas aku..

Hazrat Abu laith samarqandi rah menyebut dalam kitabnya ‘Qurratul Uyun’  bahawa Rasullulah bersabda “Sesiapa yang meninggalkan satu solah fardu dengan sengaja namanya akan tertulis di pintu neraka yang pasti akan memasukinya”.

Dalam hadis yang lain Rasullulah bersabda satu waktu yg kita lalaikan kita akan dimasukkan kedalam neraka selama satu huqub,nak tahu berapa lama satu huqub nie..tak lama sangat cuma 80 tahun waktu akhirat jer..dan berapa lama 80 tahun waktu akhirat..tak le lama sangat cuma 28 800 tahun je waktu dunia..jadi kalau sepanjang kita hidup dah tinggalkan 100 kali solat kali le sendiri.Jadi berbaloi ke ke kita tinggalkan solat yang hanya 5 minit tu..jangan tanya soal kita ikhlas ke tak ikhlas,kyusuk ke tak kyusuk..yang penting mesti solat dulu.agak ngeri juga tengok kawan kawan ,sanak saudara dan tengok orang islam hari nie mudah mudahnya tinggalkan solat..bagi aku orang yang tinggalkan solat nie anggap le tiada bahagian dia di mukabumi nie..sebab kita makan dari pokok dan haiwan yang Allah hidupkan,dia pegang makan dari tangan yang Allah pinjamkan,kita merasa nikmat makan manis,pahit,masam dan masin dari khazanah Allah tapi bila azan kita tak sujud pada Allah..Adil ke kita..Nabi yang maksum juga sembahyang sampai bengkak kakinya.

Doakan le semuga seluruh umat islam akan kembali sembahyang seperti mana zaman nabi Muhammad…dimana semua lelaki akil baligh telah bersembahyang berjemaah dan wanita wanita samada di rumah dan dimasjid (pada zaman ini keutamaannya di rumah) telah sembayang awal waktu. Jika kita mampu lakukan seperti ini Allah akan tundukkan kuasa politik,ekonomi dan seluruh kekayan kepada orang Islam.Hari ini kita tidak mencari kejayaan dalam solat..kita cari kejayaan dalam politik cara yahudi,ekonomi cara yahudi,cara hidup cara yahudi sedang dalam azan dah bagi tau carilah kejayaan dalam solat..tetapi manusia  degil .. Ya Allah ampun lah dosa umat yang hari ni telah letakkan dalam hati mereka kebesaran dunia hingga kami tidak nampak kebesaran mu Ya Allah..kami telah letakkan kenikmatan pada dunia hingga menutup kenikmatan besar di dalam syurga..aminnnn

Keterangan PenulisEntri Akibat tertinggal satu solat adalah hasil karya Amin yang merupakan seorang pendakwa bebas dan blogger. Blog beliau Carihikmah.blogspot.com penuh dengan panduan dan tips kehidupan yang dapat membantu teman-teman blogger untuk meneruskan kehidupan.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

131 Comments

  1. Bagi sesiapa yang meninggalkannya kerana malas dan menganggapnya satu perkara remeh dan mudah serta sering meninggalkannya, maka dia akan digelar sebagai seorang yang fasik dan penderhaka. Bersabda Rasulullah, ‘Yang membezakan seseorang dengan kekufuran ialah meninggalkan sembahyang’.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..“Saya menyertai contest Gadget Impian”My Profile

  2. Para ulama’ telah sepakat mengatakan bahawa sesiapa yang ingkar kepada hukum wajib sembahyang, maka dia akan menjadi kafir dan dihukum murtad. Ini kerana kewajipanya telah disabitkan kepada dalil Al-Quran, Sunnah serta Ijma’ Ulama’. Hukum menunaikan sembahyang adalah wajib ke atas setiap muslim yang telah berakal, baligh dan berada dalam keadaan suci.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..“Saya menyertai contest Gadget Impian”My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!