AFF Suzuki Cup Tahniah Malaysia dan Indonesia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tahniah kepada Harimau Malaya yang berjaya menjulang AFF Suzuki Cup buat pertama kali dengan permainan yang sungguh menarik (macam tak percaya pulak ni team Malaysia). Semuga pasukan ini akan terus berjaya di peringkat dunia terutama Piala Dunia. Malaysia memang BOLEH.

Tahniah juga kepada Timnas Indonesia yang menunjukkan semangat juang yang tidak ada hentinya sehingga berjaya mengalahkan Malaysia 2-1 di final ke dua. Harimau Malaya dan Garuda telah bermain dengan kualiti yang sangat baik yang sangat jarang dilihat diperingkat Asia Tenggara. Semuga AFF Suzuki Cup 2010 menjadi satu permulaan meningkatan kualiti bola sepak Asia Tenggara seperti yang ditunjukkan oleh Korea Selatan dan Jepun. Semuga Asia Tenggara akan menjadi mengeksport pemain-pemain bola sepak profesional keseluruh dunia seperti Afrika dan Amerika Selatan.

Semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh Harimau Malaya dan Garuda juga sangat menakjubkan. Tahniah Malaysia dan Indonesia anda semua memang HEBAT!!!!

[ad#nuffnang336]


Spread the love

226 Comments

  1. Pada tahun 2010, Khairul Fahmi adalah sebahagian daripada pasukan Kelantan yang memenangi Piala Malaysia . Khairul juga meraih The Best Young Player dan Keeper Terbaik anugerah di Anugerah Bola Sepak 2010 Kebangsaan 100PLUS-FAM.

  2. Khairul Fahmi Che Mat (lahir 7 Januari 1989 di Kota Bharu, Kelantan) adalah penjaga gol Malaysia saat ini.Kahirul Fahmi Che Mat bermain untuk Kelantan FA di Liga Super,Malaysia.

  3. Penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat menangguhkan rancangan bertunang dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi yang dijadual November lalu semata-mata memberi tumpuan kepada pasukan Harimau Malaya yang menjuarai Piala Suzuki AFF, malam kelmarin.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!