Assalamualaikum dan salam 1Dunia, demam lelaki kacak semakin menghilang kini diganti dengan demam Abang Ensem. Peluang aku untuk mengikut jejak Top Blogger Malaysia Eryiqazz, Teratakarmo dan Broframestone untuk memulihkan jenama setelah dituduh sebagai punca phishing attack. Baru dua kali berjumpa face to face dengan Abang Ensem tetapi sering berkomunikasi melalui twitter. Sedang merancang perjumpaan rahsia yang insyaallah bakal merubah masa depan kami berdua. Aku tak ada banyak sangat informasi Abang Ensem melainkan membaca kisah beliau di blog Abangensem.com dan blog ahli kelab Fatin Liyana. Untuk itu aku telah interview Abang Ensem untuk tatapan peminat Abang Ensem. Ini interview Blogger pertama tapi bukan terakhir di blog Denaihati.
Sejak bila dan siapa yang menyebabkan AE mula berblogging?
Saya mula berblogging semenjak akhir tahun 2009 setelah saya bertemu dengan teman se’dorm’ saya dulu, Saudara Khir Ariffin seorang pakar motivasi yang ketika itu sedang aktif menganjurkan kelas berblogging bagi para pelajar dan suri rumah. Alhamdulillah walaupun ilmu yang diajarkannya lebih berbentuk ‘basic’ tetapi ianya cukup membuka mata saya untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang saya ada selama ini di ruang maya.

Ilmu dan pengalaman yang bagaimanakah yang AE kongsikan di dalam blog AE dan kenapa AE ingin berkongsi maklumat tersebut dengan pembaca blog AE?
Saya sebenarnya merupakan seorang yang obses terhadap aspek pelaburan semenjak saya mula bekerja lagi dan portfolio pelaburan saya lebih terarah di bidang pelaburan hartanah, jadi saya menggunakan ilmu dan pengalaman saya selama 14 tahun di bidang pelaburan hartanah sebagai teras genre blog saya memandangkan blog sebegini begitu kecil jumlahnya di ruang siber kita ini lebih-lebih lagi bagi pelabur-pelabur yang baru hendak berjinak-jinak di dalam bidang ini. Bak kata mentor saya, Saudara Khir Ariffin, “Anggaplah semua ini sebagai jihad kamu di dalam membangunkan ekonomi ummah kita. Lagipun tak ramai orang melayu Islam macam kamu yang mampu memiliki sebegini banyak rumah” dan atas sebab itulah saya merasa terpanggil untuk berkongsi segalanya dengan pembaca blog saya.
Bukankah aspek pelaburan hartanah merupakan satu subjek ‘berat’ untuk pelabur baru, jadi apakah strategi AE untuk menarik golongan ini untuk terus mengikuti blog AE?
Ya, saya mengakui bahawa bukannya mudah untuk mengenengahkan subjek pelaburan di ruang siber lebih-lebih lagi dengan tujuan untuk menarik minat pelabur-pelabur baru. Justeru itu dari awal lagi saya telah merangka satu bentuk penceritaan secara santai mengenai subjek ini. Elemen humor dan ‘gatal’ sengaja saya adunkan di dalam setiap entri saya kerana hasil dari kajian yang saya buat terhadap beberapa blog ternama, antaranya blog Zack Zukhairi memperlihatkan yang elemen sebegini menjadi tarikan kepada golongan muda (golongan pelabur baru) untuk terus mengikutinya. Syukur, strategi ini telah berjaya ‘menyegarkan’ blog saya dengan kehadiran ramai golongan muda yang mengikutinya.
Mampukah penulisan di blog menghasilkan pendapatan kepada AE dan adakah jumlah yang diperolehi berbaloi dengan jumlah masa yang AE peruntukkan untuk berblog?
Pada mulanya saya agak skeptikal dengan ayat ‘buat duit di internet’ kerana ramai rakan-rakan saya yang telah tertipu dengan promosi sebegini. Namun setelah 2 tahun saya berblogging, perasaan tersebut telah mula terhakis dari diri saya. Ini kerana pendapatan yang saya perolehi dari hasil jualan ebook dan siri seminar hartanah saya sudah mula menghasilkan pulangan yang konsisten setiap bulan. Walaupun jumlahnya tidaklah besar tetapi sekurang-kurangnya ianya telah membuka mata saya bahawa memang mudah untuk ‘buat duit di internet’ selama mana strategi dan promosi yang dilakukan bertepatan dengan kehendak pembeli dan saya akui yang ianya ternyata berbaloi dengan masa yang saya peruntukkan setiap hari untuk berblogging. Walaubagaimanapun bukanlah ‘RM’ yang saya kejar sebaliknya kepuasan apabila melihat ilmu yang saya curahkan mampu membantu mereka untuk berjaya di dalam pelaburan mereka.
Apakah matlamat seterusnya yang telah AE tetapkan untuk blog AE di masa depan?
Tak lain tak bukan untuk menandingi populariti Blog Denaihati sebagai Best of the Best Blog of the Year.. hahaha (just kidding). Secara jujurnya tiada apa lagi yang ingin saya tetapkan untuk blog ini kerana saya masih berpegang kepada nawaitu asal saya iaitu untuk mendidik lebih ramai lagi anak muda berkecimpung di dalam pelaburan hartanah dan insyaallah saya akan cuba untuk mengekalkan konsistensi saya untuk berblog agar matlamat tersebut akan terus-menerus tercapai.
Semuga interview ini dapat memberi motivasi kepada semua pembaca. Aku yakin blog Abangensem.com boleh menjadi blog yang berjaya dan Abang Ensem akan sukses sebagai Blogger kerana mempunyai gaya karya yang tersendiri tidak meniru-niru dan tidak gopoh untuk berjaya. Dengan kehebatan blog Abangensem.com yang semakin meningkat rugi sangat kalau Rakan Blogger tak menyertai contest yang sedang dianjurkan oleh Abang Ensem. Bukan sahaja peluang menang hadiah yang hebat tetapi yang lebih penting peluang mempromosi blog anda. Joom join contest Abang Ensem Di Mata Aku.
182 Comments
Saling berbagi pengetahuan dan pengalaman tentunya akan bermanfaat
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Manfaat Olahraga
Termasuk didalamnya adalah pengetahuan mengenai dunia blogger
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Manfaat Olahraga
Dan mengenai seluk beluk dunia maya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Manfaat Olahraga
Karena belajar mengenai seluk beluk dunia blogger seperti tak ada ujungnya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Manfaat Olahraga
Banyak juga yang belum diketahui
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Manfaat Olahraga
Dan banyak juga yang perlu untuk dipelajari lebih lanjut lagi
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Manfaat Olahraga
Terlebih bila kita konsen kepada usaha mendapatkan penghasilan melalui ngeblog ini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Manfaat Olahraga
Interview yang sangat menarik, dengan jawapan yang sempoi dan jujur.
Curahan rasa samdaddycool @ ..Abang Ensem di Mata Aku
Menganl Abang ensem di sini sahabat
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Sembelit Saat Hamil
Harus banyak belajar kepada para blogger senior yang telah mencapai kesuksesan
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Sembelit Saat Hamil
Termasuk belajar kepada Abang Ensem ini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Sembelit Saat Hamil
Kita akan banyak mendapatkan ilmu dan pengetahuan bila belajar kepada para senior yang sudi berbagi ilmu dan juga tipsnya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Sembelit Saat Hamil
Apalagi bagi saya yang sedang belajar dan belajar lagi
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Sembelit Saat Hamil
Abang ensem pelaburan hartanah luar biasa
Curahan rasa smp3lembang @ ..Kumpulan SMS Ucapan Selamat Idul Fitri 1 Syawal 1433 H
Banyak berhubung dengan pelanggan,
Bergaul ramai orang bisnes ada masa depan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Yang Laku Di Ketika Ini?
Perniagaan ini kena bijak,
Takut nanti tersalah jejak.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Yang Laku Di Ketika Ini?
Perniagaan hartanah banyak untung,
Jika dilakukan dengan penuh perhatian.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Yang Laku Di Ketika Ini?
Ramai yang mula mengetahui bisness ini,
Moga lepas ni menjadi bertambah ingin tahui.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Yang Laku Di Ketika Ini?
Blog Abang Ensem memang hebat,
Perniagaan diceburi amat tepat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Yang Laku Di Ketika Ini?
Abang Ensem memang kacak,
Sudah ramai yang mula berbual rancak.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Yang Laku Di Ketika Ini?
Abang Ensem di mata aku,
Kacaknya membuat wanita terpaku.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Yang Laku Di Ketika Ini?
maksudnya apa ini gan?
pasti akan gempak juga ikutan kontes ini
Curahan rasa smp3lembang @ ..Posting Saat ngantuk sebuah kebodohan
dah bookmark, tunggu masa sesuai untuk buat entri…
Comments are closed.