28.7% sahaja remaja Islam Malaysia Solat 5 waktu penuh

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, nak berkongsi dengan rakan blogger hasil kajian yang dilakukan oleh penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia dikalangan remaja Islam Malaysia. Penyelidikan ini diketuai oleh Prof. Datuk Shamsul Amri Baharuddin antara Professor, UKM yang sangat terkenal di Malaysia. Banyak kenangan aku selama 5 tahun belajar di UKM ni mungkin lain entri boleh berkongsi.

Banyak soalan yang ditanya kepada remaja Islam Malaysia tetapi hanya 3 sahaja yang paling penting nak dikongsikan di sini iaitu :

  • Menunaikan solat 5 waktu penuh sehari semalam – 28.7%
  • Puasa penuh bulan Ramadhan – 64.2%
  • Wajib menutup kepala untuk wanita – 69.3%

Jawapan yang paling ekstrim

  • Tidak pernah menunaikan solat 5 waktu – 3.5%
  • Tidak pernah puasa di bulan Ramadhan – 0.2%
  • Tidak wajib menutup kepala – 0.5%

Pasti rakan blogger mempunyai penilaian tersendiri apabila melihat angka peratusan kajian ini. Melihat hasil kajian ini menjadi tugas sangat berat untuk aku sebagai seorang Khalifah dalam keluarga untuk memastikan generasi pertama kami sehingga generasi kami sampai hari kiamat sentiasa mendapat hidayah dari ALLAH SWT. Bukan mudah dalam dunia informasi teknologi untuk memastikan anak remaja memahami Islam walaupun belajar di sekolah aliran Islam.

Anak muda harapan Bangsa

Berdoalah kita setiap kali selepas solat semuga ALLAH SWT terus memberi hidayah kepada kita, anak-anak, cucu, cicit dan keturunan kita hingga hari kiamat. Jangan masukan mereka dalam golongan yang tidak mendapat hidayah sehingga tidak menjaga solat fardu 5 waktu, tidak puasa wajib bulan Ramadhan dan tidak menutup aurat mengikut syariat. Jangan sesekali kisah seperti dalam entri wanita bertudung nampak peha menjadi amalan terutama kepada anak remaja perempuan yang memang terdedah dengan berbagai fesyen terkini.

Hidayah itu sangat mahal harganya tidak ternilai dengan emas dan wang ringgit kerana hidayah hanya milik ALLAH SWT untuk yang terpilih sahaja.

Nota : Mengikut kajian 2010 hanya 15% Pelajar sekolah yang solat 5 waktu penuh @ link.


Spread the love

53 Comments

  1. salam. saya tengah buat kajian tentang solat. boleh tak tuan emailkan saya 2 kajian yg tuan sebutkan tu. satu yg 2011 dan satu lagi 2010. dengan penemuan ini ia dapat membantu saya meneruskan projek yg tengah saya usahakan. terima kasih.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!