10Malaysia Top Link Referrer untuk Acer Aspire One
Alhamdulillah semenjak dua menjak trafik Denaihati semakin meningkat tetapi masih terlalu jauh untuk menghampiri blog Kak Jie yang berjaya mencapai angka pengunjung lebih dariapada 100 ribu pada bulan April 2010. Alhamdulillah buat pertama kali pengunjung Denaihati cuba cecah angka lebih daripada 30 ribu untuk bulan April.
Kejayaan ini hasil bantuan teman-teman yang join Contest Hidup Untuk Memberi terutama untuk katogeri Top Link Referrer. Berikut adalah kedudukan 10Malaysia Top Link Referrer (AzmanIshak jangan marah tiru yang baik ni) yang terkini mengikut laporan Google Analytics :

Aku sungguh tertarik dengan 2 kaedah yang berbeza yang digunakan oleh blog Yanmieonline.com dan Its aLL aBout JoURneyS mempromosi blog Denaihati. Yanmieonline lebih fokus pada banner dalam setiap entri barunya manakala Its All aBout JoURneyS banyak fokus link kepada Denaihati dalam banyak entri barunya. Untuk mengetahui lebih lanjut teman-teman boleh terjah terus ke blog mereka ini. Sebagai tanda terima kasih kepada 3Malaysia Top Link Referrer :
1. Yanmieonline.com diberi ruang iklan selama sebulan di Denaihati dan wang tunai RM50.
2. Missing Chapter menerima wang tunai RM30 (Maaf di atas kesilapan sebelum ini)
3. Aizuddin.com menerima wang tunai RM20
Katogeri Top Link Referrer ini memang khas untuk blog yang kurang masa untuk berkongsi komen di Denaihati jadi jangan lepaskan peluang maksimumkan promosi di blog anda. Tuah blog anda siapakan tahu?
Sehingga hari ini sudah tersenarai 55 peserta contest dari Malaysia dan Indonesia. Seandainya terdapat peserta contest yang belum disenaraikan sila maklumkan melalui ruang komen atau contact atau boleh DM lansung ke Facebook dan Twitter. Penyertaan contest masih terbuka untuk blogger Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapore dan seluruh dunia tetapi aku masih mempertimbangkan cadangan pihak sponsor supaya tarikh tutup penyertaan ditutup lebih awal. Apa pandangan teman-teman??
[ad#advertlets336]
