“Ustaz saya ni suri rumah, miskin pulak tu, bolehkah saya berdoa menjadi jutawan?”
Ustaz yang memberi tazkirah ringkas selepas solat maghrib tersenyum mendengar soalan dari seorang jemaah wanita disebalik tabir.
Dalam dunia ini yang Maha Memberi adalah ALLAH maka ALLAH boleh beri apa sahaja kepada siapa sahaja termasuk menjadikan puan sebagai jutawan.
Jangan takut untuk berdoa menjadi jutawan walaupun sekarang kita susah, tahukah puan hampir semua jutawan sekarang ini asalnya orang susah.
Berdoalah setiap hari, kalau ikut nasihat Habib Ali kita kena minta dengan jumlah yang tepat. Contoh kalau nak satu juta mintalah satu juta, kalau nak lima juta mintalah lima juta.
Doalah setiap hari pagi dan petang. Cuma ingat bila ALLAH nak beri bukan semudah jatuh dari langit seguni satu juta.
Kekadang yang sedang berniaga akan rugi banyak sebab sejuta yang kita nak dapat itu bukan dalam perniagaan yang sedang kita buat sekarang tetapi perniagaan ke tiga ke empat nanti. ALLAH beri rugi supaya kita berhijrah ke bisnis yang lain.
Kekadang kawan kita pinjam duit buat tak tahu je, bukan sorang tetapi ramai orang tapi rupanya itu sebagai asbab untuk kita jadi jutawan.
Kekadang kita melabur di macam-macam tempat tapi semua rugi. Rupanya pelaburan yang ke sepuluh itulah akan jadikan kita jutawan.
Kekadang kita di berhenti kerja kerana syarikat rugi, kerana syarikat nak pindah negara lain, kerana bos baru tak suka kita dan sebagainya. Rupanya itu permulaan langkah untuk kita menjadi seorang jutawan.
Berbagai cara yang susah dan senang ALLAH akan uji kita sebelum kita berjaya menjadi seorang jutawan.
Paling penting jangan takut nak berdoa untuk jadi jutawan walaupun kelihatan diri macam tak layak je nak memohon. Minta dengan istiqomah sehingga jadi kenyataan walaupun terpaksa menunggu bertahun-tahun.
Seperti kata sahabat kita tuan Riza Ahmad yang Memberi adalah ALLAH dan Allah boleh beri apa sahaja. Paling istimewa Allah sudah berjanji dalam Al Quran lagi banyak manusia memberi lagi berganda-ganda ALLAH akan beri pada manusia.
Yakinkah kita!
Amir Hassan
Blogger @ Denaihati.com
3 Comments
Berdoalah pada Tuhan, sambil berikhtiar untuk melaksanakan usahanya, pasti akan ada hasilnya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Kerja Pejabat Tapi Ada Bisnes RM10 Ribu Sebulan Di Shopee
Bukan hanya berdoa minta berapa yang kita mahukan. Patut juga ‘berjanji’ duit kekayaan yang kita minta itu… ke mana akan kita salurkan. Mungkin selama ni kita minta nak jadi kaya, tapi dalam hati dengan kekayaan tu…kita nak beli kereta, nak baiki rumah, nak melancong dan sebagainya. Agaknya sebab itu doa kita tidak makbul.
Curahan rasa Usahawan Ebay @ ..Hanya Dalam Masa 2 Minggu Jualan Di Ebay Dekat RM1,0001
Berdoa macam kita menyiram pokok. Terus menyiram walau pokok kelihatan tidak membesar. Kita tidak tahu, akar pokok itu membesar, sedang membina kekuatan.
Mungkin jika kita berdoa kaya dan kita segera mendapat kekayaan. Kekayaan itu akan cepat hilang. Bila kita sabar berdoa. Sabar itu akan mendatangkan kekayaan yang kekal yang boleh diwariskan kepada anak-anak.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Ini Sebenarnya Yang DiMaksudkan Sebagai Toleransi Beragama
Comments are closed.