Tembakan di Masjid Oslo, seorang lelaki cedera

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Oslo, Norway, 11 Ogos – Seorang warga emas berusia 75 tahun cedera dalam satu kejadian tembakan rambang di Masjid Al-Noor pada jam 4 petang waktu tempatan, semalam.

Sumber foto: Berita Harian

Jawatankuasa masjid berkenaan, Imran Mushtaq memberitahu media tempatan, jemaah masjid tersebut berjaya menumpaskan suspek yang memakai uniform dan helmet.

Lelaki itu membawa dua laras senjata api. Dia memecahkan pintu kaca dan menembak bertubi-tubi, kata Mushtaq.

Sumber foto: google

Katanya, situasi mungkin menjadi lebih teruk, tetapi serangan berjaya dipatahkan oleh lelaki berusia 75 tahun itu.

Sepuluh minit sebelum tembakan berlaku, masjid dipenuhi jemaah namun ketika kejadian, kebanyakan jemaah telah pulang dan hanya tiga orang yang tinggal di dalam, kata Mushtaq.

Beberapa senjata dipercayai milik suspek ditemui di dalam masjid berkenaan. Polis sedang menyiasat sama ada terdapat ancaman terhadap masjid lain dan kawalan keselamatan dipertingkatkan.

Sementara itu, menurut laporan CNN, suspek bakal didakwa atas tuduhan membunuh berikutan penemuan mayat seorang wanita yang dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek di rumahnya.

Sumber: Independent.co.uk, CNN

5 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!