Tabung Haji Umum Hibah 3.05 Peratus Bagi Tahun Kewangan 2019

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Hari ini, 13 Mac 2020, Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat (Hibah) pada kadar 3.05% bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019. Ia melibatkan agihan berjumlah RM2.1 bilion iaitu RM 1.2 bilion lebih tinggi berbanding RM0.9 bilion bagi tahun kewangan 2018.

Agihan keuntungan ini didokong oleh prestasi dan kedudukan kewangan yang semakin baik berasaskan strategi pelaburan yang mampan serta langkah pengurusan kos secara berhemat.

Lembaga Tabung Haji (TH) juga telah berjaya mencatat keuntungan selepas zakat bagi tahun 2019 berjumlah RM1.9 bilion iaitu peningkatan 19% atau RM0.3 bilion berbanding RM1.6 bilion bagi tahun kewangan lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata, agihan keuntungan yang diisytiharkan adalah lebihan keuntungan pelaburan setelah mengambil kira perbelanjaan dan bantuan kos haji, bayaran zakat dan kos pengurusan.

KUALA LUMPUR, 1 Feb — GAMBAR FAIL … Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Nik Mohd Hasyudeen Yusoff. Nik Mohd Hasyudeen hari ini dianugerahi darjah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020. — fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Oleh yang demikian, pendeposit Tabung Haji bukan sahaja mendapat manfaat pulangan keuntungan ke atas simpanan malah turut menyumbang sacara langsung dalam membantu jemaah haji Malaysia menunaikan haji dan golongan asnaf dalam menjaga kebajikan mereka.

Tabung Haji juga terus berusaha untuk menambah manfaat kepada simpanan pendeposit setelah peralihan kepada kontrak simpanan wakalah dengan memperkenalkan pelbagai tambah nilai yang lain disamping terus memastikan prestasi pelaburan yang mampan.

Para pendeposit boleh menyemak pengkreditan agihan keuntungan bermula 16 Mac 2020 menerusi kaunter-kaunter Tabung Haji, Bank Islam, Bank Rakyat, Mesin ATM Bank Islam, Bank Rakyat, CIMB dan Maybank

Boleh juga semak secara atas talian di laman web www.thijari.com.my atau di portal internet Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank.


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!