Hasil Jual Produk Ganja di UK, Syarikat CBD Oils Malaysia catat keuntungan 2.1 Juta Pound Sterling

Spread the love

KUALA LUMPUR: Pada tahun 2017 tiga anak melayu di United Kingdom telah menggemparkan Malaysia apabila telah berjaya mendapatkan lesen daripada kerajaan UK untuk melakukan kajian dan menghasilkan produk berasaskan ganja.

Ketua pengurus Malaya Hemp, Abdul Halim Mohd Pauzi berkata, sepanjang tempoh dua tahun tersebut, sehingga kini syarikat kami masih lagi dipantau, diberi latihan praktikal dan bimbingan sepenuhnya oleh ahli pertubuhan Cannabis Trades Association (CTA UK) dan European Industrial Hemp Association (EIHA) melalui persidangan yang diadakan.

Pengasas CBD Oils Malaysia – Malaya Hemp Mohd Roslan Abdullah dan Abdul Halim di dalam persidangan pertubuhan Cannabis Trades Association (CTA UK).

Abdul Halim berkata, walaupun syarikat-syarikat hemp yang berdaftar secara sah di bawah persatuan CTA UK telah meningkat hampir mencapai 1000 ahli sejak tahun 2017 ianya ditubuhkan.

Namun persaingan dalam industri hemp di seluruh Eropah tidaklah semudah yang disangkakan, kerana syarikat-syarikat di UK perlu menampung kos cukai yang agak tinggi. Dimana cukai yang dikenakan kerajaan sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.

Beliau berkata, syarikat mereka berjaya menghasilkan dan menambah beberapa jenis produk-produk berasaskan ganja. Ianya mendapat sambutan luar biasa dari seluruh benua Eropah.

Katanya, sepanjang tempoh lebih dua tahun ini juga syarikat mereka telah berjaya mengaut keuntungan bersih mencecah 2.1 juta Pound Sterling.

Beliau berkata, dalam tempoh tersebut syarikat kami masih lagi bersama ahli persatuan yang terlibat dalam sektor industri hemp dan kanabis, bagi berkongsi kajian-kajian ilmiah terbaru mengenai kebaikan ganja jenis kanabis untuk faedah kesihatan manusia.

“Semua para doktor dan saintis di seluruh eropah terus bekerjasama melakukan kajian untuk menambah dan menghasilkan produk-produk berasaskan hemp paling berkualiti di dunia.”

“Syarikat CBD Oils Malaysia – Malaya Hemp adalah antara syarikat terawal yang berdaftar secara sah di bawah kerajaan dan pertubuhan CTA UK dan masih lagi mensasarkan jualan terbesar di negara-negara eropah sahaja.”

Salah seorang pengasas CBD Oils Malaysia, Puan Nurul Ain memeriksa bekalan CBD untuk di hantar ke seluruh negara-negara eropah. 

CBD juga digunakan dalam bidang kosmetik dan kecantikan yang mana menjadi kegilaan ramai yang beralih kepada produk-produk berasaskan herba. 

“Pada tahun 2016/2017 Institute of Economic Affairs (IEA) UK telah mengeluarkan laporan mengejutkan dengan hasil jualan produk-produk CBD di dalam UK sahaja telah mencecah 2.5 billion pounds sterling. Ini adalah laporan pada tahun pertama selepas penggunaan herba minyak CBD diluluskan di UK.”

IEA juga mengumumkan bahawa 255 tan ganja telah dijual kepada kira-kira lebih 3 juta pengguna dan pesakit-pesakit di seluruh UK pada tahun yang sama. 

UK menjadi negara pengeluar utama di eropah sebagai pengeksport ganja perubatan terbesar di dunia. Dan pada tahun 2018/2019 kerajaan terpaksa mengimport berjuta-juta tan ganja dari Amerika dan negara-negara Eropah yang lain termasuk Sepanyol. 

Ianya bagi tujuan menampung bekalan dan permintaan CBD yang tinggi oleh pihak farmasi dan para penjual disana. 

Pada tahun ini juga buat pertama kalinya UK telah mengeksport minyak CBD mereka ke negara Thailand, dimana Thailand merupakan negara Asia pertama telah meluluskan perubatan ganja di negara mereka. 

Minyak CBD diimport oleh pihak kementerian kesihatan Thailand adalah bagi tujuan perubatan untuk bekalan kepada pihak hospital di negara mereka. 

Pada tahun semasa 2019, penjualan global ganja meningkat 38% dengan hasil jualan 16.9 billion dollar dan dijangka meningkat sebanyak 31.3 billion dollar sehingga tahun 2022.


Spread the love

4 Comments

  1. Ahli-ahli akademik sains dan teknologi (termasuk juga pentadbir-pentadbir institusi pengajian tinggi) di Malaysia mungkin tidak menyedari yang mereka cuba meniru negara maju yang kini bergolak dengan ancaman neoliberalisme yang semakin mengurangkan kebolehan dan kemudahan yang diperlukan untuk menghasilkan ilmu yang boleh mengubah dunia, yang dalam masa yang sama, juga menaikkan kos yang semakin mengurangkan keupayaan negara-negara membangun dan miskin untuk menjadi tahap yang lebih saksama dengan negara-negara maju dalam penghasilan ilmu baru.

    Dunia perubatan moden hanyalah badan KAPITALIS yang mengaut bilion keuntungan hasil dari penyakit. Mereka tiada hasrat mencari penyembuh. Cuma merawat penyakit.
    Curahan rasa SENTIASA PANAS @ ..15 Warna Air Kencing Yang Menandakan Tahap Kesihatan TubuhMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!