Scammer curi duit dengan guna Whatsapp, RM63 ribu duit lelaki ini lesap!

Spread the love

Macam-macam cara scammer guna sekarang ini untuk dapat duit dengan cara mudah dan pantas daripada orang ramai. Nama pun scammer, pasti ada sahaja kaedah yang mereka guna untuk kaut keuntungan daripada orang ramai. Selalunya dengan cara menipu.

Ada scammer yang menyamar sebagai pembeli wang lama kemudian ikuti mangsa dalam akaun laman sosial konon nak beli duit-duit lama yang mangsa ada.

Ada juga scammer yang buat panggilan kemudian beritahu yang mereka adalah pihak berkuasa lepas itu minta mangsa ‘transfer’ duit untuk elak daripada didakwa dan disaman, kononnya semua ini adalah atas perintah mahkamah.

Untuk mendapatkan duit, selalunya scammer ini akan samada meminta mangsa untuk transfer duit terus ke akaun mereka ataupun meminta diserahkan nombor One-Time Password (OTP) atau Type Allocation Code (TAC) yang diterima mangsa kepada mereka.

Namun, sebenarnya terdapat juga cara yang sangat bahaya iaitu apabila scammer langsung tidak memerlukan nombor OTP atau TAC untuk mencuri wang dari akaun bank mangsa.

Perkara ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja yang memegang akaun bank dan mempunyai akses online banking.

Seperti yang berlaku kepada seorang lelaki bernama Jonathan Sidi ini yang mana wang dari akaun bank miliknya lesap begitu sahaja. Jonathan telah berkongsikan pengalaman ngeri yang menimpanya baru-baru ini di laman Facebook.

Ternyata, ramai yang risau dengan kaedah scammer ini kerana sehingga kini post Jonathan telah mendapat lebih 40 ribu perkongsian!

Baca perkongsian penuh di bawah:

Scene 1

  1. Saya terima beberapa panggilan dari 017 813 5084 . Panggilan tidak dijawab.
  2. 017 813 5084 (scammer) hantar WhatsApp. Saya buka. Ada beberapa screen shoot/gambar SMS OTP yang telah dibuat.
  3. Scammer meminta nombor OTP tersebut kerana isteri tersalah hantar. Saya tidak beri OTP. Scammer hantar gambar kad pengenalan beliau dan video yang menunjukan nombor akaun beliau untuk menyakinkan saya.
  4. Dalam masa yang sama beberapa SMS dari 63633 masuk ke handphone saya sewaktu kami masih berbalas WhatsApp. SMS tersebut adalah beberapa OTP untuk kebenaran pengeluaran dan pengesahan device. Saya sudah agak dia adalah scammer. Tiada OTP diberikan.
  5. Scammer hantar lagi beberapa gambar SMS OTP ke WhatsApp saya. Saya tidak memberi OTP.
  6. Terima SMS dari 63633 yang menyatakan pengeluaran duit telah berjaya dibuat ke salah satu akaun Favourite List saya.
  7. Waktu tersebut saya baru tersedar telah engage dengan scammer di WhatsApp = hampir satu jam.
  8. Saya hubungi Customer Service hotline. Sah = pengeluaran tersebut telah berjaya dipindahkan ke salah satu Favourite List saya. Baki akaun yang tinggal hanya RM 41.35. Scammer telah berjaya mengeluarkan beberapa ribu ringgit, tinggal RM 41.35 sahaja. Tindakan Customer Service = blok kad + online banking termasuk mobile app. Suruh buat laporan polis.
  9. Saya block nombor 017 813 5084 dari WhatsApp; (selepas menghubungi Customer Service). Malang nya perbualan kami di WhatsApp juga terpadam. Antara maklumat yang terpadam ialah video paparan akaun scammer dan gambar kad pengenalan scammer tadi.
Image from Facebook Jonathan Sidi

Image via Facebook Jonathan Sidi

Image from Facebook Jonathan Sidi

Image via Facebook Jonathan Sidi

Scene 2

  1. Pergi ke Balai Polis Samarahan. Laporan dibuat.
  2. Mereka suruh rujuk di Balai Polis Sg Maong kerana ia lebih kepada commercial crime.

Scene 3

  1. Pihak polis cadangkan saya hubungi pihak penerima dalam Favourite List tersebut.
  2. Saya call. Pihak Favourite List saya ada menerima panggilan dan WhatsApp dari seseorang bahawa isteri dia tersalah pindah duit.
  3. Nombor yang digunakan 017 866 0079. Gambar profile adalah sama dengan gambar profile WhatsApp saya.
  4. 017 866 0079 hantar gambar bukti transaksi yang telah berjaya.
  5. Favourite List semak akaun dan sah duit telah berjaya masuk.
  6. 017 866 0079 minta dipulangkan kembali duit tersebut kerana salah tranfer. Scammer beri nombor akaun yang lain. Jika Favourite List ingkar, scammer ugut laporan polis akan dibuat .
  7. Favourite List pindah duit ke akaun tersebut sebab takut.
Image from Facebook Jonathan Sidi

Image via Facebook Jonathan Sidi

Scene 4

  1. Pegawai polis di Sg Maong memaklumkan; menurut laporan polis setakat ini (awal September 2019) lima laporan telah dibuat di seluruh negara berkenaan nombor 017 813 5084 .
  2. Modus operandi ialah meminta OTP kerana untuk kemaskini device atau salah transfer. Pindah duit ke akuan Favourite List mangsa. Ugut/suruh Favourite List pindah ke akaun lain. Akaun lain = besar kemungkin adalah akaun keldai/transit.
  3. Jumlah keseluruhan sekarang lebih RM 63 ribu
Image from Facebook Jonathan Sidi

Image via Facebook Jonathan Sidi

Pengajaran/Analisis:

1. Jangan online/engage dengan scammer. (Mereka mungkin boleh duplicate WhatsApp kita. Mungkin juga boleh clone hp kita. Segala yang berlaku pada masa tersebut = akan dipaparkan kepada mereka secara langsung. Transaksi jahat mereka berlaku semasa kita masih online + engage dengan mereka)

2. Off WiFi. Disconnect mobile data; jika pemanggil disyaki adalah scammer.

Sharing is caring.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua – says-


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!