Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Masalah depression atau kemurungan sudah tidak asing lagi di Malaysia. Banyak kes yang kita boleh lihat di laman sosial dan media massa pada waktu ini berkaitan dengan masalah kemurungan ini.
Tajuk-tajuk akhbar seperti “Ibu jerut anak hingga mati”, “Ibu meroyan hampir nak tikam anak” kesemuanya memberi kesan mendalam kepada masyarakat umum, khususnya kaum wanita.
Apa Sebenarnya Erti Kemurungan Ini?
Kemurungan merupakan gangguan emosi yang boleh membuatkan seseorang itu mengalami tekanan perasaan.
Sering merasakan beban yang berat atau mengalami kesedihan yang melampau. Kemurungan juga boleh mengakibatkan gangguan mental yang serius jika tidak mendapat rawatan awal.
Apabila masalah datang bertubi-tubi dan sokongan dari insan-insan tersayang tidak diperoleh maka terjadilah gangguan-gangguan mental yang boleh mengancam individu itu sendiri dan boleh juga menyebabkan orang lain terancam dan tercedera.
Punca Terjadinya Kemurungan
Setiap orang yang menghadapi kemurungan mempunyai sebabnya yang berbeza. Antaranya, telah mempunyai sejarah kemurungan dalam keluarga dan gangguan tekanan (trauma).
Keletihan yang melampau, masalah kewangan yang dirasakan tiada jalan penyelesaian, kematian orang yang disayangi, perubahan hormon serta kesan ubatan tertentu juga boleh menyebabkan kemurungan.
Tanda Dan Gejala Kemurungan
Walaupun terdapat pelbagai jenis kemurungan, disini kami senaraikan beberapa simptom yang telahpun dikenal pasti. Antaranya adalah ;
1. Hilang minat atau kehendak pada perkara-perkara yang selama ini dibuat atau suka untuk melakukannya.
2. Merasa sedih atau kesunyian yang amat sangat.
3. Mudah menangis atau menangis tanpa sebarang sebab.
4. Hilang daya atau tenaga serta merasa lemah yang amat sangat.
5. Rasa bersalah yang amat sangat atau hilang keyakinan diri.
6. Hilang selera makan dan kehilangan berat badan yang ketara.
7. Merasa mati itu lebih baik atau lebih kronik lagi sentiasa berfikir untuk membunuh diri.
8. Bermasalah untuk membuat keputusan.
9. Sukar untuk tidur atau apabila terjaga sukar untuk tidur kembali.
Rawatan Efektif Untuk Mengatasi Kemurungan Mengikut Perspektif Islam
Dari kaca mata islam, kemurungan boleh dirawat melalui kaedah rawatan rohaniah yang berkonsepkan ketuhanan.
Antara panduan yang boleh digunakan sebagai terapi jiwa menggunakan pendekatan islam ialah mendirikan solat, berzikir, membaca Al-Quran, berselawat, menghadiri majlis ilmu, sentiasa berdoa dan yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama walau perit mana pun kehidupan pada waktu ini.
Hakikatnya, Segala masalah atau penyakit merupakan ujian daripada Allah S.W.T dan seharusnya kepada DIA jugalah tempat kita kembali menyerah dan meminta pertolongan.
Banyakkanlah mengingati Allah kerana ia merupakan salah satu proses pembaikian jiwa. Allah tahu, hambaNYA dalam kesusahan, oleh kerana itu Allah hantarkan ujian dengan pelbagai bentuk agar manusia itu kembali mengingatiNYA. Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud;
“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang tenteram.”
(Surah Al Ra’d : 28)
Sentiasa berfikiran positif. Ambil sebanyak mungkin ibrah dan pengajaran dengan apa yang berlaku. Elakkan bersedih dan meratapi kesedihan terlalu lama.
Kerana syaitan itu sekadar menunggu masa yang sesuai untuk memperdayai kita. Sebagai sahabat dan keluarga pula, mainkanlah peranan masing-masing. Sentiasalah memberi sokongan moral dan menjadi pendengar yang setia.
Menasihati dengan berlemah lembut, ajak berbual dan bergaul, supaya orang yang dalam kemurungan itu mampu bangkit sedikit demi sedikit hasil daripada dorongan orang yang tersayang.
Jangan pernah sesekali hilang semangat atau berputus asa dengan hidup, kerana jiwa itu hak milik Allah. Suatu masa nanti, kita akan pulangkan semula jiwa tersebut kepada pemilikNYA.
Pilihan ditangan kita.
Hayati firman Allah ini yang bermaksud;
“Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang, tetap dengan kepercayaan dan sangka baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati dengan segala nikmat yang diberikan lagi diredhai disisi Tuhanmu. Serta masuklah engkau dalam golongan hamba-hambaKU yang berbahagia dan masuklah kedalam syurga-KU!”
(Surah Al Fajr : 27-30)
Wallahualam.
9 Comments
Sudah satu tahun istri saya mengalami depresi akibat dari tekanan penyakit yang diidapnya dan beban kerja di kantornya. Tapi alhamdulillah sekarang sudah berangsur membaik.
Curahan rasa Dawaihati @ ..Peranan Bakteri Baik untuk si Kecil
Selain dekatkan diri dengan Allah atau perbaiki aspek kerohanian , ada masalah depresi yang memerlukan bantuan perubatan juga. Adalah sebaiknya untuk berjumpa pakar untuk diagnos dan rawatan selanjutnya.
Curahan rasa Mommyluv @ ..Resipi Bubur Kaki Ayam Yang Sedap Dan Berkhasiat
Setiap orang ada ujiannya. Apa pun, Allah tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan. Semoga urusan kita semua dipermudahkan.
memperdekat diri lah kepada sang pencipta dan memper banyak membaca alqur’an banyak2 berzikir pula,,
Bagi mereka yang tidak menghidap penyakit ini, ia sebenarnya nampak agak mudah dan tidak membebankan. Tetapi, yang mengalaminya, hanya Allah yang tahu keadaannya. Sangat sukar.
Curahan rasa SENTIASA PANAS @ ..Cara Menangkap Burung Liar Tanpa Jerat Atau Senjata
dekatkan diri kepada Allah untuk mengatasi kemurungan..
tiada cara yang paling ampuh dan itu sahaja cara yang sudah terbukti dalam mengatasi depression
Curahan rasa mrhanafi @ ..5 jenis nafkah isteri yang wajib disediakan suami
depression ni bahaya.. di malaysia kita tak diberi pendedahan sangat. ia adalah penyakit mental yang serius.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Xiaomi Mi Band 4 di Lazada hanya RM139
Antara faktornya apabila solat dibuat tanpa benar-benar menghadirkan diri dalam solat. Peringatan buat diri saya sendiri juga. Moga ibadah solat kita akan sentiasa bertambah baik kualitinya, In shaa Allah.
Pagi-pagi selepas subuh amalkan alMathurat. Kalau tidak sempat pagi sebab nak berkejar ke tempat kerja, amalkan selepas maghrib. Selain masa itu amalkan selawat. Allah yang menjaga hati dan pemikiran kita.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Produk-Produk ini Dilarang Jual Di Shopee
Comments are closed.