Proton Iriz 2019 dilancarkan. Perkara yang anda perlu ambil tahu

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

PROTON Holdings Berhad baharu sahaja melancarkan dua buah model baharu iaitu Proton Iriz dan Persona 2019. Baru-baru ini dua buah model ini telah diperkenalkan di Pameran Auto Malaysia. Pengenalan dua model ini merupakan hasil usaha penambahbaikan secara menyeluruh melibatkan lebih 300 bahagian.

Menurut Pengerusi PROTON, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata pelancaran dua model ini merupakan salah satu galakan untuk membaikpulih semua jenama tersebut. Penawaran harga yang berpatutan juga merupakan salah satu faktor penarik untuk pengguna memilih kedua-dua model ini.

Seperti yang dimaklumkan, Proton Iriz 2019 hadir dengan lima varian iaitu;

  • Standard 1.3L MT
  • Standard 1.3L CVT
  • Executive 1.3L CVT
  • Executive 1.6L CVT
  • Premium 1.6L CVT

Ia ditawarkan dengan harga atas jalan (tanpa insurans) bernilai RM36,700 untuk Standard 1.3L MT, RM39,700 (Standard 1.3L CVT), RM44,700 (Executive 1.3L CVT), RM46,700 (Executive 1.6L CVT) dan varian tertinggi Premium 1.6L CVT pula berharga RM50,700.

Menurut Proton, Iriz kali ini diberikan nilai tambah (daripada sudut penambahbaikan) sebanyak RM1,400, namun harga pasarannya diturunkan sehingga RM2,700. Ini mendorong penjimatan sebanyak RM4,100. Begitu menarik harganya!

Sumber: Paultan.org

Untuk bahagian mekanikalnya pula, Iriz masih kekal dengan dua pilihan enjin iaitu 1.6 liter VVT berkuasa 107 hp/150 Nm dan juga 1.3 liter VVT berkuasa 94 hp/120 Nm. Kedua-duanya dipadankan dengan kotak gear CVT automatik, dan lima-kelajuan manual hanya untuk model 1.3 liter.

Walaupun tiada perubahan untuk enjin dan transmisi, untuk Iriz 2019 ini, Proton mendakwa telah menambah baik prestasi brek, NVH Rating, dan juga lebih menjimatkan bahan api. Bukan itu sahaja, kualitinya telah dipertingkatkan berdasarkan standard penilaian yang dikenali sebagai GCPA Rating, yang ditetapkan oleh Geely.

Hatchback ini turut diberikan suntikan gaya yang baharu dan lebih segar dengan mengadaptasi beberapa ilham rekaan dari SUV Proton X70. Ini termasuklah bampar hadapan dan gril yang direka menarik dengan menjadikan busur panah sebagai sumber inspirasi, melahirkan karakter yang lebih ranggi dan teguh. Ia dipadankan dengan lampu utama projektor halogen yang lebih langsing bersama lampu nyalaan siang (DRL) LED baharu yang menyerlahkan lagi wajahnya.

Sumber: careta.my

Malah bahagian sisinya turut memberikan garisan penuh berkarakter untuk memberikan kesan terhadap aerodinamik, termasuklah rekaan roda aloi pelbagai-jejari yang diinspirasikan dari rotor blade.

Manakala pada bahagian belakangnya pula, perkataan ‘Proton’ dalam rekaan 3D cukup menarik pandangan. Bukan itu sahaja, lampu belakang dengan grafik baharu yang menurut Proton memberikan rupa yang lebih lebar pada kereta ini. Malah padanan bampar belakang baharu turut ditampilkan dengan diffuser yang lebih menyerlah, bersama sepasang liang udara menegak pada kedua-dua sisi.

Menjengah bahagian kabinnya pula, ambien yang lebih gelap menampilkan sisi yang lebih sporty. Beberapa elemen baharu telah ditampilkan, ini termasuklah paparan pelbagai-info LCD, tombol gear (untuk varian MT) dan pastinya tiga varian tertinggi lebih menarik dengan kehadiran paparan sesentuh tujuh-inci, paparan pelbagai-info TFT, kamera pandang belakang dengan Dynamic Line, dan ketersambungan telefon pintar.

Sumber: careta.my

Manakala ciri tambahan baharu untuk varian tertinggi didatangkan dengan Online Navigation, cermin pandang belakang tanpa bingkai, tombol gear, sambungan 4G & Wifi dan Arahan Suara seperti yang ditampilkan buat pertama kalinya pada SUV X70. Malah Iriz merupakan model hatchback segmen-B pertama yang ditampilkan dengan fungsi Arahan Suara ini.

Ciri-ciri lain yang masih dikekalkan termasuklah dua port pengecas USB, ECO Drive Assist, dan untuk tiga varian tertinggi dipadankan dengan butang penghidup enjin (kunci manual untuk model asas Standard 1.3L MT & Standard 1.3L CVT).

Aspek keselamatan juga tiada perubahan, masih kekal dengan dua beg udara (enam beg udara untuk varian tertinggi), ABS dan EBD, Kawalan Kestabilan, Bantuan Mula Mendaki, Sistem Kawalan Cengkaman dan cagak Isofix.

Bagi Iriz 2019 ini, ia turut didatangkan dengan waranti selama lima-tahun atau 150,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu), servis buruh percuma sebanyak tiga kali dan juga pakej data selama lima-tahun (1GB/bulan). Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Proton Iriz 2019 ini, sila layari Carbase.my.

Sumber: Paultan.org


Spread the love

7 Comments

  1. nk tanya cket nii…proton la ni dh dikuasai Malaysia sepenuhnya ka???atau China menguasainya??

  2. Outlook yang lebih menarik dan nampak tegap. Dengan pengurangan harga sehingga RM2,100 dan nilai tambah yang diberikan sedikit sebanyak dapat merancakkan industri automatif negara.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!