Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali meninggal dunia pagi ini.
Berita berkenaan disahkan oleh Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Datuk Dr Hussamuddin Yaacub di laman Twitter beliau.
Menurutnya, setakat jam 7.08 pagi, jenazah Allahyarham masih berada di hospital dan akan dibawa ke rumahnya di Bandar Sunway, Petaling Jaya.
“Semoga sahabatku Datuk Abd Jalil Ali damai di sana. Dunia kewartawanan sudah kehilangan sebuah bintang,” katanya dalam ciapan di akaun Twitter miliknya.
Semoga sahabatku Dtk Abd Jalil Ali damai di sana. Dunia kewartawanan sudah kehilangan sebuah bintang.
— HussamuddinYaacub (@Hussamuddin) August 7, 2020
Abd Jalil berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang kewartawanan turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.
Abd Jalil juga adalah Profesor Adjung di Fakulti Kemanusian, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah.
Selain menjadi kolumnis di Sinar Harian, beliau adalah penulis buku terbitan anak syarikat Karangkraf.
Semoga arwah di tempatkan bersama Para Syuhada dan Para Solihin di Syurga. Amin.
Al-fatihah.
Kredit : Sinar Harian
4 Comments
Alfatihah semoga rohnya dicucuri rahmat. Ilmu yang disumbangkan di dunia ni ibarat aliran pahala yang tidak berhenti-henti
Beliau sudah tiada, tapi ilmu dan pengalaman yang beliau tinggalkan menjadi amal jariah buat selama lamanya.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Jana RM500 Ribu Dengan Dropship USD
Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali. Saya suka membaca tulisannya. Padat dan ringkas. Tapi masih mengekalkan bunga bahasa yang sedap dibaca. Insya-Allah, moga ada pengganti yang lebih baik.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Rujukan Lengkap Dan Rahsia Sulit Bagaimana Untuk Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Dengan Mudah
Innalillahiwainnailahirajiun. Semoga arwah di tempatkan bersama Para Syuhada dan Para Solihin di Syurga. Moga arwah juga diampunkan dosa dikurnia taman2 syurga. Aminn
Curahan rasa hafizmd @ ..Jadual Temuduga Perkhidmatan Awam Malaysia 2020 – Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Comments are closed.