Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Beberapa bulan lepas menonton kisah perjalanan hidup Abam Bocey yang diceritakan sendiri oleh beliau. Bagaimana dari seorang pendiam sehingga boleh menjadi pelawak berjaya.

Paling terkesan di hati apabila ibu Abam memeluk dari belakang ketika Abam bercerita tentang ibunya. Ramai yang ada di setting menitiskan air mata.
Hari ini pasti ramai yang menitiskan air mata apabila mendapat berita mengejutkan Abam Bocey sudah tiada lagi.
Pelawak popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin.
Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali, iaitu adik kepada Abam.
“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.
“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya gagal mengawal emosi.
Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.
Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.
“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.
“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi…pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.
Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.
Sumber: Gempak

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey atau nama popularnya Abam dari kumpulan pelawak, Bocey, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada pagi tadi.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْف
“Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.”
Sama-sama kita bacakan surah Al-Fatihah.
Salam takziah untuk keluarga Abam Bocey.
Al Fatihah
8 Comments
Innalillah , semoga awrah abam Bocey ditempatkan di kalangan orang2 beriman ,
Aminn ya robbana alamin ,
terkejut dgn berita ttg kematian awrah abam bocey , tidak disangka2 begitu cpt dia pergi menghadap ilahi .
Setiap yg bernyawa , pasti akan merasai mati
Curahan rasa sakinah @ ..Cara Daftar Agen dan Dropship Tasneem Naturel
Takziah buat keluarga Abam, ada beberapa individu yang beri ucapan takziah, tapi ambil kesempatan untuk promosikan takaful.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Raya Dengan Shopee
Innalillah… semoga arwah abam bocey tenang di sana. Allah lebih menyayangi beliau..
Inalillah.. Salam takziah untuk keluarga abam. Moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aminn..
Curahan rasa aryn fadz lee @ ..PENGALAMAN MENDAKI GUNUNG KINABALU
innalilahi wainnalaihirojiuunn.. semoga amal ibadah beliau diterima di sisi Allah dan diberikan tempat terbaik oleh Allah Swt. aammiin
Insya-Allah, Allah masukkan beliau dalam golongan hamba yang diredhai-Nya. Salam takziah untuk ahli keluarga arwah.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Ini Yang Patut Kamu Jawab Bila Ditanya Kenapa Kamu Suka Kerja Kerajaan
Alfatihah untuk arwah..
setiap yang bernyawa akan merasai mati.
inilah kehidupan yang wajar kita perhatikan setiap hari.
bila-bila masa kita akan pergi menemuinya baik masa bersedia atau sebaliknya
Curahan rasa mrhanafi @ ..Perjalanan menuju kejayaan perlu motivasi dalaman
Terkejut dengan berita ini… al fatihah untuk beliau. semoga beliau ditempatkan dikalangan org yg beriman..
Comments are closed.