Panadol berbahaya, merosakkan hati?

Spread the love

Antara soalan yang selalu ditanya :

“Doktor, betul ke Panadol boleh rosakkan buah pinggang?”

“Betul ke Panadol duduk dalam badan kita sampai 5 tahun?”

“Betul ke Panadol boleh rosakkan hati?”

Sering ditanya oleh pesakit dan enggan untuk makan ubat Panadol sebab risaukan risiko Panadol bahaya untuk badan. Dr Samhan berkongsi di twitter beliau tentang jawapan daripada soalan dan mitos panadol.

Panadol(Paracetamol) digunakan sebagai ubat demam (antipyretic) dan ubat tahan sakit (painkiller) yang paling selamat dan sesuai digunakan oleh kanak-kanak, ibu mengandung dan menyusu serta warga emas.

BERAPAKAH DOS YANG DISARANKAN?

Untuk orang dewasa, panadol 2 biji (500mg x 2 biji) setiap enam hingga lapan jam sekali (maksima 4g sehari).

Untuk kanak-kanak pula,

Sirap paracetamol adalah 15mg per kilogram (kg) berat badan dalam enam hingga lapan jam (tiga hingga empat kali) sehari.

Suppositories paracetamol yang dikenali ubat peluru (masuk rektum) 30mg per kg setiap enam jam sekali (maksimum 5g sehari).

Bentuk intravenous diberikan 1g secara infusi dalam masa 15 minit (minimum tidak kurang dari empat jam sekali: maksimum 4g sehari)

BERAPAKAH DOS YANG BOLEH ROSAKKAN HATI? Dos minimun yang boleh menyebabkan kesan toksik paracetamol adalah, Dewasa: 7.5-10g (20biji) dalam 1 dos (1 pengambilan), Kanak-kanak (1-6tahun) : 200mg/kg dalam 1 dos (1 pengambilan)

Kesimpulannya,

Panadol TIDAK rosakkan buah pinggan atau hati jika diambil dalam dos yang disarankan. Diakui paracetamol mempunyai kesan sampingan lain seperti alahan, loya dan sebagainya, tetapi jarang berlaku. Penghidap G6PD perlu dapatkan nasihat doktor sebelum mengambilnya.

Panadol hanya berada dalam badan selama empat hingga enam jam sahaja kemudian akan mengalami proses penghadaman. Panadol lebih selamat digunakan untuk pesakit yang mempunyai masalah pembekuan darah, pesakit gastritis,kanak-kanak dan ibu hamil atau menyusu.

Ambil panadol mengikut dos yang diperlukan sahaja, jangan berlebihan.


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!