Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nombor pendaftaran kenderaan Malaysia merupakan nombor yang perlu dipamerkan semua kenderaan bermotor yang didaftar di Malaysia. Pengeluaran lesen ini dikawal dan dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.
Kerajaan telah pun mengumumkan, tiada lagi bidaan nombor plat khas yang dijual oleh NGO selepas ini. Walau bagaimana pun, ada beberapa plat nombor khas NGO yang masih belum dibuka bidaannya.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Plat kenderaan paling mahal di Malaysia pada 2016 ialah “F 1” yang mana tawarannya adalah RM836,660, “W 1 N” dengan harga RM748,000 dalam tahun 2014 dan “WWW 1” pada RM520,000 dalam tahun 2012.

Sultan Johor yang sebelum ini juga menawarkan plat “JJJ 1” dengan harga RM165,000. “DDD 2” pula dimenangi oleh Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V pada RM385,000 tidak lama selepas ia dikeluarkan.
Pada bulan November 2014, awalan plat “BMW” siri dikeluarkan dan dibuka untuk pembida yang sangat popular di kalangan pemilik BMW. “BMW 1” dan “BMW 2” dikhaskan untuk Keluarga Diraja Selangor. “BMW 6” dimiliki oleh pemain badminton kebangsaan Lee Chong Wei.
Pada bulan Februari 2015, awalan plat “RM” yang dikeluarkan di Perlis dibuka untuk tawaran, yang serupa dengan simbol mata wang ringgit Malaysia. “RM 1” telah dikhaskan untuk Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin manakala “RM 2” hingga “RM 7” kecuali “RM 5” untuk Exco Negeri Perlis. Plet “RM 5” dimiliki oleh Tengku Amir Shah, Raja Muda (Putera Mahkota) Selangor.

Siri Nombor Plat Khas Kenderaan di Malaysia
- Putrajaya : Hanya dikeluarkan semasa Wilayah Persekutuan Putrajaya dibuka
- PROTON : Hanya dikeluarkan untuk kereta PROTON tertentu
- Tiara : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Tiara
- Perdana : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Perdana
- Satria : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Satria
- Chancellor : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Chancellor
- Waja : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Waja
- PERODUA : Hanya dikeluarkan untuk kereta PERODUA tertentu
- NAZA : Hanya dikeluarkan untuk kereta NAZA tertentu
- LOTUS : Hanya dikeluarkan untuk kereta LOTUS tertentu
- Kriss : Hanya dikeluarkan untuk motorsikal Modenas Kriss
- Jaguh : Hanya dikeluarkan untuk motorsikal Modenas Jaguh
- BAMBee : Hanya dikeluarkan semasa Piala Thomas dan Uber 2000 yang diadakan di Kuala Lumpur
- SUKOM : Hanya dikeluarkan semasa Sukan Komanwel 1998 yang diadakan di Kuala Lumpur
- X OIC : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak OIC 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
- XIII NAM : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak NAM 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
- XI ASEAN : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN 2005 yang diadakan di Kuala Lumpur
- XXX IDB : Hanya dikeluarkan kepada peserta atau ahli Persidangan Bank Pembangunan Islam
- G1M : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia, bermaksud Gagasan 1 Malaysia
- 1M4U : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Kempen 1 Malaysia for Youth
- Patriot : Hanya dikeluarkan kepada ahli sukarelawan Yayasan Patriot Negara Malaysia
- TTB : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Slogan ‘Transformasi Terengganu Baharu’ oleh kerajaan negeri Terengganu
- GT : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia
- Putra : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Putra
- VIP : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Tahun Melawat Pahang (Visit Pahang) 2017
- GP : Hanya dikeluarkan untuk kenderaan rasmi (Proton Perdana) yang diguna pakai oleh pihak pengurusan Proton Group dan DRB-HICOM
- SAS : Dikeluarkan sempena Sambutan Ulang Tahun KDYMM Sultan Ahmad Shah yang ke-40 dan hanya digunapakai oleh baginda sahaja
- PERFECT : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Pengutipan Dana untuk Persatuan Ping Pong Malaysia
- RIMAU : Hanya dikeluarkan sempena Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para Asean ke-9
- MALAYSIA : Hanya dikeluarkan sempena selaras dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun 2018 ‘Sayangi Malaysiaku’.
- Y : dikeluarkan untuk Yayasan Nur Jauhar yang diasaskan oleh Tun Jauhar dan Toh Puan Hajah Norlidah
- US : dikeluarkan untuk Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) di mana abjad ‘US’ berkenaan bermaksud Untuk Seniman
- NAAM : NAAM merupakan singkatan bagi New Affirmative Action Movement atau Yayasan Gerakan Tindakan Afirmatif Baharu (NAAM), adalah organisasi bukan-kerajaan yang memfokuskan pembangunan ekonomi untuk belia India menerusi perniagaan, kewangan dan pembangunan modal insan.
- T1M : T1M yang membawa maksud Tranformasi 1Malaysia sebagai tanda sokongan misi kerajaan ke arah pelaksanaan Transformasi Nasional 2050 (TN50)
- NBOS : NBOS ini adalah singkatan bagi program National Blue Ocean Strategy, pelbagai-agensi yang bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan.
- A1M : dikeluarkan untuk Artis 1 Malaysia
- Q : telah diperkenalkan oleh Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS)
Ada beberapa lagi siri nombor plat khas yang diperkenalkan sebelum ini seperti SAM, K1M, UU dan beberapa lagi.

Setakat ini, nombor plat PATRIOT 1, muncul sebagai nombor plat paling mahal dijual di Malaysia mencecah harga RM1.308 juta kepada pemenang bidaan yang tidak diumumkan
Selepas ini, plat siri khas ini perlu dijual sehingga tahun hadapan. Namun ini tidak bermakna plat khas sudah tidak boleh dijual, tetapi ia hanya perlu melalui satu saluran sahaja iaitu kerajaan sendiri. Siri plat khas pertama yang diperkenalkan oleh kerajaan masa kini ialah ‘Malaysia’.
50 Comments
dalam banyak banyak nmbpr plat kat atas tu sy paling suka perfect.. lagu ed sheeran tu best kan?
cantik cantik semua nmbr plat kat atas tu. kita hanya mmpu tengok je heheh
Saya pernah ditawarkan oleh penjual dengan nombor plat W42Y , tetapi harganya agak mahal..terpaksa lepaskan je
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Sakit Penghapus Dosa Kecil
wah..cantik ni plet tu. sesuai dgn bro. tapi kalau mahal sgt pun mcm tak berbaloi je kan
Sampai hari ni saya mencari pemilik no plet JMR 23.. sapa sapa jumpa boleh bagitahu naa.. ada surprise haha
No plet yang panjang pun leceh gak kan. Nak kena beli huruf tu banyak plak. Mahal nanti haha
ye.. nanti penuh dan tak lawa.. alah beli yang kena dengan tarikh lahir sudeh. haha
Orang have-have sahaja yang mampu beli nombor plat mahal-mahal macam ni.. orang yang tak berapa nak ado ni setakat mampu tengok jer..
Ala no plet je pun kan. Bukan keperluan, hanyalah satu kehendak. Kalau ada rezeki lebih, apa salahnya
Comments are closed.