Misteri Dunia Blogging

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat kata-kata seorang teman pengiat media massa katanya kalau bukan kerana media massa pasti ramai tidak mengenali Redmummy, Beautifulnara, Fatin Liyana, Hanis Zalikha dan Yuyu Zulaikha. Katanya lagi ramai yang menjadikan mereka idola dan motivasi untuk menulis blog.

Teringat komen Kak Jie dalam satu diskusi di Group FB Denaihati katanya ada wartawan yang menghubungi beliau untuk menggunakan beberapa tulisan blog beliau yang bagus untuk dikongsikan kepada masyarakat tetapi tidak pulak pernah nak interview beliau masuk media massa . Itulah antara misterinya dunia blogging.

Kita mungkin tidak puashati dalam banyak hal dan mempunyai perbezaan pendapat seperti dalam perbincangan paling panjang dalam sejarah Groub FB Denaihati yang ada lebih 150 komen yang berkualiti di SINI. Tapi akhirnya suara kita tidak didengari kerana kita hanya umpama buih-buih kecil di lautan. Apabila Blogger tidak bersetuju dengan pendapat wartawan maka akan disingkir dikatakan kolot sedangkan Blogger lain tergila-gila nak masuk surat khabar dan apa kuasa kita? Masa akan menentukan ..

Tertarik dengan pendapat Blogger Azman Ishak yang merupaka salah seorang sifu aku .. memang tabik dengan beliau yang sentiasa ada pendirian :

Salam hormat dan salam cerita rakan-rakan semua.  ooo… ok.. baru paham cerita dia. hahaha… what so ever. dalam dunia internet ni, apa yang saya boleh cakap:

  1. you can be what ever you wanna be.
  2. kalau anda malas.. tiada orang akan tolong push anda.
  3. makin dilarang.. makin orang nak buat.
  4. anda takut keluar dari kepompong.. jangan salahkan alam sebab nampak anda seekor ulat yang buruk rupa paras dia.
  5. tiada kejayaan untuk mereka yang malas!
  6. rambut sama hitam.. keyboard jenama lain-lain.
  7. peluang hanya datang untuk mereka yang rajin.
  8. diluah orang marah.. bila ditelan.. makan sorang-sorang nama dia.
  9. kadang-kadang, kita merupakan batu loncatan untuk kejayaan orang lain.
  10. bukan semua orang senang tengok kejayaan kita

NOTA: ini pendapat peribadi saya.. 10 kesimpulan yang saya buat setelah lama berkecimpung dalam dunia blogging.

Blogger Ensem

Ini pulak pendapat Encik Titan yang sudah lama bergelumang dalam dunia blogging :

sebab bagi gua, untuk jadi full time blogger, tak perlu gi event atau join anugerah awards. full time blogger, maksudnya..dia boleh survive alone without need to go any event. Makna lain, dia boleh buat duit untuk periuk nasi dia tetiap bulan. Contoh cam Gobala Krishnan, Patric Chan, Rohaizad, Shuth Wangcyber, Neu dan lelain lagi. Tapi jika nak jadi celebrity blogger, itu lain ceritanya.. sebab bila sape2 dah jadi full time blogger yang berkaliber..orang lain sendiri akan nominated kita kat mana-mana anugerah dan orang tu sendiri tak perlu minta undi. Sebab tu gua selalu cakap, nak undi..undi pada orang yang lu rasa layak untuk menang. Tak layak, toksah ngada nak undi. Contoh terbaik, Mat Luthfi. Ada dia minta orang undi dia? Tup, tup. Menang.

Encik Titan Cendol

Kenapa aku bawa pendapat Kak Jie, Azman Ishak dan Encik Titan … sebabnya mudah kerana mereka orang lama dalam dunia blogging yang kita kena dengar dan hormat pendapat mereka. Kekadang kita sudah salah tarikat dan terasa kita betul sehingga tak nak dengar pandangan orang yang sudah melalui berbagai sepak teranjang dalam dunia blogging. Tapi bukan juga bermakna pendapat kita salah. Jangan lupa Blogger Broframestone dan Amanz yang banyak ilmu tetapi kalau tak ditanya tak kan mereka nak menunjuk-nunjuk. Tabik pada diaorang ni walaupun dah lama blogging tapi tak pernah letih belajar dan terus belajar.

Ramai juga Blogger yang confuse teringin nak menjadi Blogger yang berjaya tetapi tidak tahu mana nak mula, tidak tahu apa nak buat dan paling malang tidak sabar untuk berjaya. Ingat pesan Kak Jie untuk menjadi Blogger yang berjaya Blogger mesti rajin membaca. Kejayaan Blogger bukan hanya di index dengan pendapatan  atau berapa kerap masuk media massa kerana Blogger ada dunia tersendiri yang sangat luas potensinya kalau Google dan Facebook dijadikan contoh.


Spread the love

132 Comments

  1. memang banyak misteri… sebelum ada blog boleh jer baca buku dan buat kerja rumah dengan tenang, tetapi bila dah ada blog, gerak sikit ingat blog, nak tulis dalam blog macam tulis dalam diari.. tetapi masih lagi ada sekatan… 🙂
    Curahan rasa yangbaik @ ..Untung menjauhkan diriMy Profile

  2. memang semua pendapat blogger seperti Titan benar.. nak jadi full time blogger tak semestinya hadir ke event2 kecuali blogger celebriti lain ceritanya.. Namun kebanyakkan blogger sekarang lebih suka menonjol diri dari bercerita..

    Aku pun baru juga dalam dunia blogger.. masih mencari2 ilmu dan belajar utk menghormati pendapat + blogger2 lain
    Curahan rasa nurmisnan @ ..Cerita nasi katok BruneiMy Profile

  3. Wah misteri sungguh. hehe. betul tu Tuan Haji Denaihati. Pendapat orang lama selalunya berdasarkan pengalaman yang lepas yang mana mereka sudah pun lalui perkara-perkara tersebut. Jadi sudah semestinya pendapat tersebut boleh diambil dan diguna pakai sekiranya sesuai dengan apa yang kita inginkan. Seperti pendapat En Titan dan Encik Azman Ishak sememangnya pendapat mereka sangat bernas dan mungkit tidak terfikir dek orang-orang baru seperti saya.

    Pendapat orang baru pula menjurus kepada penjanaan idea baru dan pendapat berdasarkan pemerhatian serta sedikit kajian oleh mereka. Jika diberikan sedikit sentuhan pengalaman seperti yang dimiliki oleh orang-orang lama tidak mustahil idea itu dapat diexploitasikan dengan cara berkesan. Sebab tu orang tua-tua kata “pengalaman mematangkan kita”

    Salam hormat dari saya buat idola saya 🙂
    Curahan rasa Dr Fuh @ ..Fizz Fairuz Dakwa Azlyn Massiela Sendiri Mengaku Sudah BerkahwinMy Profile

    1. Dalam dunia reformasi idea orang baru sangat diperlukan kerana terbukti sudah ramai orang baru yg jauh lebih berjaya dalam masa singkat. Kemahiran teknik dgn sistem baru yg inovatif kekadang tak terikut ramai. Baru dan lama menjadikan dunia ini dinamik terus bergerak segar.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!