KWSP umum dividen 5.35 peratus untuk konvensional, 4.75 peratus untuk syariah

Spread the love

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan agihan dividen 5.35 peratus bagi simpanan konvensional dan 4.75 peratus bagi simpanan syariah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah, usaha mempelbagaikan pelaburan berjaya mengawal ketidaktentuan pasaran sekali gus memberikan pulangan stabil kepada KWSP.

“KWSP merekodkan Aset Dibawah Pengurudan (AUM) pada RM1,003 bilion, menurun 0.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Daripada jumlah itu, 43 peratus di labur di dalam equiti manakala 47 peratus di dalam pendapatan tetap.

“Manakala baki tujuh peratus adalah di dalam hartanah dan infrastruktur manakala empat peratus dalam pasaran wang,” katanya di taklimat media pengumuman prestasi kewangan KWSP di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, setakat 31 Disember 2022, KWSP merekodkan pendapatan pelaburan kasar bernilai RM55.33 bilion, berbanding RM68.89 bilion pada 2021.

Prestasi itu dipacu oleh ketidaktentuan pasaran dan penilaian rendah dalam pasaran ekuiti dan pendapatan tetap.

“Portfolio KWSP yang pelbagai dan kecairan yang sihat membantu mengurangkan risiko dan membolehkan KWSP untuk mengekalkan aset pelaburannya melebihi RM1 trilion dan mengisytiharkan kadar dividen yang baik untuk 2022.

“Pembayaran sebanyak RM51.14 bilion ini akan memanfaatkan lebih daripada 15 juta ahli KWSP, termasuk ahli daripada sektor tidak formal yang berdaftar dengan i-Saraan, iaitu sebuah program caruman sukarela berasaskan insentif.

“Kami percaya dividen ini serta pengukuhan prestasi KWSP yang berterusan akan memberi manfaat kepada simpanan persaraan ahli, terutamanya apabila dilihat dari aspek jangka masa panjang.

“Walaupun dalam keadaan ekonomi yang mencabar, kami akan terus mengutamakan kejayaan jangka panjang portfolio pelaburan kami dan membina semula simpanan persaraan ahli kami,” katanya lagi.

Menurutnya, Tahun Kewangan 2022 menyaksikan pertumbuhan global yang lebih perlahan dan kenaikan kadar inflasi yang tinggi, ditambah dengan pengetatan dasar monetari oleh bank pusat utama untuk mengekang tekanan inflasi.

Pasaran pendapatan tetap juga gagal mencatatkan prestasi yang baik apabila indeks bon merekodkan pulangan negatif untuk tahun yang sama, sebahagian besarnya disebabkan oleh hasil bon yang tinggi berikutan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang berterusan.

Ketidakstabilan geopolitik juga adalah faktor utama mempengaruhi pergerakan pasaran, dengan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine yang telah melonjakkan harga komoditi, ditambah dengan pergolakan antara AS dan China.

Soalan lazim

AWANI


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!