Jadi orang pertama menyambut jemaah Umrah

Spread the love

Sebelum pulang ke tanah air untuk bertemu keluarga tercinta, semua jemaah umrah wajib untuk melakukan tawaf wida, solat sunat tawaf dan berdoa semuga ALLAH pilih lagi, lagi dan lagi menjadi tetamu Nya.

Selepas tawaf wida, jemaah tidak lagi dibenarkan untuk shopping, hanya perlu berehat menunggu kenderaan untuk dibawa ke airport. Apabila kenderaan sampai maka bermulalah musafir untuk pulang ke tanah air.

Jemaah yang balik dari Mekah bukan sahaja membawa air zam zam, kurma dan buah tangan. Paling penting mereka membawa rahmat Kaabah yang telah mereka tawaf berpuluh kali. Paling istimewa aura tawaf wida masih ada lagi di tubuh.

Beruntunglah keluarga dan sahabat yang pertama mendakap jemaah yang baru pulang dari umrah. Pasti rahmat Kaabah menyerap dalam tubuh kalian dan mungkin boleh menjadi asbab dipilih menjadi tetamu ALLAH.

mataf masjidil haram mekah

Teringat kisah 2009, kami berada di arrival KLIA untuk menjemput sahabat dari Indonesia. Kebetulan ketika itu sekumpulan jemaah haji baru keluar.

Kami nampak seorang mak cik kebingungan mencari keluarganya. Kami menghampiri untuk membantu. Rupanya keluarga yang menjemput beliau belum sampai. Madam menjadi orang pertama memeluk mak cik itu. 2010 dengan izin ALLAH kami terpilih untuk pergi haji walaupun baru enam bulan mendaftar.

Sekarang ini musim umrah. Ramai keluarga dan rakan-rakan yang pergi umrah. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi yang pertama mendakap mereka.

Amir Hassan
Semuga ALLAH pilih lagi dan lagi.


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!