Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini adalah pandangan ikhlas blogger Ariff Shah tuan punya blog Ariffshah.com yang telah mengeluarkan buku khas tentang SEO dalam bahasa Melayu. Ariff Shah adalah penulis jemputan tetap blog Denaihati dan antara entrinya ialah “Apa Yang Perlu Dibuat Setelah Berada di Tempat Pertama Google Search?“ dan “Jadi Blogger Syok Sendiri Pun Kadang-Kadang Tak Boleh“.
Tahniah kepada Titan kerana menganjurkan contest SEO yang mendapat sambutan ramai dari segi peserta dan sponsor. Memang susah nak anjur contest yang ada ramai sponsor ni sebab biasanya sponsor akan menilai dulu samada contest ni boleh pergi ke tak. Kadang-kadang contest nak habis barulah sponsor nak datang dan pada masa tu agak rugi sebenarnya sebab waktu promosi untuk sponsor yang terlambat tadi dah tak banyak.
Contest cabaran SEO ni pada pendapat saya senang je cara nak menang dia. Di sini saya sertakan langkah-langkah biasa yang orang buat.
Social Votes
Naikkan bilangan social votes (Facebook Like, RT dan +1) untuk entri tersebut. Yang memberikan impak besar untuk step ini bukanlah bilangan social votes yang kita dapat tapi bilangan trafik yang masuk. Maklumat trafik dikira mengikut IP yang lalu-lalang, jadi lagi banyak IP, lagi valid data.
Rich Snippet
Gunakan Rich Snippet. Trend sekarang yang saya lihat, entri yang takde kaitan dengan review pun ramai orang bantai letak rating bintang tu. adoi.. Google benarkan benda bintang rating tu supaya orang boleh rate artikel berbentuk review. Rosak.. rosak. Nasib baik saya bukan pekerja di Google Malaysia.
Apa-apa pun saya lihat entri yang ada rich snippet ni ada sedikit advantage. Ada orang akan spam rating tadi sampai berpuluh ribu vote lima (atau sepuluh) bintang. Bila peserta contest lain Google term lelaki kacak untuk check kedudukan, of course la benda rarting tadi keluar. Kebarangkalian untuk entri tadi diklik oleh peserta lain (dan orang yang tahu pasal contest ni) adalah tinggi sebab ada rating tinggi tak munasabah tu.
Lagi satu kalau letak rich snippet gambar author yang kacak pun boleh menjadi. Tapi saya tak cakap akan jadi, cuma ‘boleh’. Ada kemungkinan tak boleh jugak.
Backlink
Backlink kena ada. Sebab contest SEO ni gunakan term yang tak popular, backlink daripada tempat lain memainkan peranan besar. Saya tahu term ni tak popular sebab lebih daripada 6 bulan saya dah ranking page pertama untuk keyword ‘lelaki kacak’ tapi trafik yang masuk takdelah hebat mana pun. Yang masuk biasanya adalah golongan gay #truestory
Nak main backlink ni mudah je. Raasanya semua orang ada skill tersendiri dan ada lubuk backlink tersendiri. Tempat biasa adalah forum, link exchange sites dan aset (website/blog) mereka yang lain. Sama juga macam faktor social votes tadi, yang penting adalah traffic yang masuk daripada tempat diletakkan backlink. Of course, anchor text tu perlulah ada perkataan ‘lelaki’ atau ‘kacak’ ataupun kedua-duanya.
Organic Traffic
Organic traffic ni adalah trafik dari search engine. Macam biasa, hipotesis mudah – semakin banyak organic traffic untuk term tersebut, semakin tinggilah ranking untuk term itu.
Dan disebabkan search term lelaki kacak ni takdelah tinggi sangat volume orang yang cari, jadi kebanyakan organic traffic yang akan masuk adalah daripada peserta lain ataupun pembaca blog peserta yang masuk dalam contest ni. Itu pun kalau pembaca tu berminatlah.
***
Blogger yang biasa dengan SEO ni biasanya akan ada resource sendiri untuk mendapatkan backlink dan artificial trafik mereka. Contest SEO macam ni pun biasanya bukanlah contest SEO yang sebenar kerana semuanya adalah artificial – maksudnya semua faktor boleh dikawal oleh peserta.
Pemenang biasanya adalah mereka yang mempunyai resource paling besar, bukan dari segi entri yang paling menarik untuk pengguna search engine masuk, baca dan appreciate.
Pada saya contest SEO yang betul-betul mencabar sekurang-kurangnya mesti berlawan untuk ranking SEO untuk keyword yang super popular masa tu. Contohnya kalau bulan ramadhan, mungkin keyword ‘buffet ramadhan’ ‘waktu berbuka puasa’ dan sebagainya.
Apa-apa pun, selamat berjaya kepada blogger yang bertanding. Masa ni lah anda belajar macam mana nak cari resource sendiri, lubuk backlink dan pelbagai cara lain untuk menaikkan social count anda.
226 Comments
saya nak rayu awak utk baca dan komen penyertaan saya, berilah komen yg membina mahupun komen yg membunuh. hehehe
Curahan rasa asya @ ..Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012 : 17 Orang Lelaki Kacak dalam hidupku !!!
Serba sedikit tips yang boleh diguna pakai 🙂
Curahan rasa ProfHariz @ ..Tasha Shilla Mesra dan Sporting
Salam..
penerangan yg sgt baik, walaupun tak berapa nak paham 😀
saya salah sorg peserta contest SEO, serius ini pertama kali sy join.. contest seperti itu 🙂 hehee..
sy ni newbiew dalam SEO, harap2 adalah otai2 sanggup beri tunjuk ajar 😉
Curahan rasa Aidanatasya @ ..WAHAI LELAKI KACAK JANGAN GANGGU HATIKU
Tak pandai lg main seo… Masih merangkak… Rangkak
Sama la kita tak berapa pandai, tapi kekadang tu kekangan masa yang membataskan..
Keje + Study + SR 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..Sekitar Majlis Pernikahan Azza Elite
Terima kasih utk tips di atas. Cuma sekarang ni, siapa yg masuk contest ni akan cuba buat apa yg diterangkan. Makin sukarlah nak stay on first page of SERPs.
Curahan rasa Azwan @ ..Keyword Reseach on Lelaki Kacak
hehe.. itu point entri ni. at least ada idea macam mana nak dapat ranking lebih baik
Curahan rasa ariff @ ..Sekitar Pelancaran HTC One @ Pavilion
ehehe,,tq utk tips yg diberikan..tp mmg ramai mereka2 yg xpert dlm SEO turut serta sekali..hadiah yang ditawarkan pun..da semakn lumayan dan bertambah
Curahan rasa chii @ ..Aksi Budak Lelaki Kacak
banyak lg nak kena belajar ni..thanks for the info
Curahan rasa dinar @ ..Dinar emas dan dirham sebagai “halal currency”..
thanx info…baru belajar SEO ini…:)
Curahan rasa Norizwan @ ..Cara diet untuk menjadi lelaki kacak
terbaiklah, keyword tak mahal mana pun. so join ajalah, hehe. waktu untuk mencari backlink yg byk pula. ades
Curahan rasa Mohd Isa @ ..Lelaki Kacak Pelindung Wanita
lelaki kacak keh…kacak sungguh
Curahan rasa hafizal @ ..Pengacara Popular Mengamuk Di Pusat Hiburan…?????
Ngomong-ngomong, yang dimaksud Lelaki Kacak itu apa ?
Curahan rasa Dadan @ ..Solusi Bila Akun Twitter Ditangguhkan
Sudah mulai mengerti sekarang….
Curahan rasa Dadan @ ..Solusi Bila Akun Twitter Ditangguhkan
tinggi ilmu SEO nye… that’s why dpt ‘lahirkan’ ebook 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..5 top entri di blog Pro Blogger Denaihati.com
takdelah tinggi mana. cuma faham lebih sikit je
Curahan rasa ariff @ ..Sekitar Pelancaran HTC One @ Pavilion
SEO “Lelaki Kacak” memang best, and betul juga yang Bro Ariff cakap pasal #truestory
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tips Kurangkan Pembayaran Cukai LHDN (Individu)
hehe.. bab 5 star tu yg tak best..
Curahan rasa cmratu @ ..Pekeliling SSM baru 2012
Comments are closed.