Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Perdana Menteri luluskan Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan kepada semua pengguna elektrik dalam kategori domestik di Semenanjung.
Ini bagi mengurangkan beban mereka ekoran peningkatan bil elektrik yang dialami sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jumlah pengguna elektrik yang mendapat manfaat ialah seramai 7.66 juta.
Daripada jumlah tersebut, seramai 4 juta atau 52.2% pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan RM77 ke bawah (penggunaan 300kWj ke bawah) akan nikmati elektrik secara percuma bagi bulan April, Mei dan Jun 2020.
Pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300kWj pula akan menerima potongan bil elektrik sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan untuk April, Mei dan Jun 2020.
Bantuan ini merupakan tambahan kepada diskaun bil elektrik di bawah Bantuan Prihatin Elektrik yang telah dilaksanakan sejak 1 April 2020.
Akan disalurkan melalui bil elektrik bulan Julai 2020.
– Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah
5 Comments
bagus ada bantuan ni, dengar-dengar bil naik sebab pkp, sepatutnya bila pkp walaupun naik tak adalah 2-3 kali ganda, kalau naik pun sikit
Kami pilih untuk bayar bil sebab caj baru baru ni tak sampai RM100, tapi kalau dapat percuma alhamdulillah.
Alhamdulillah. Semoga bertambah murah rezeki TNB di atas kebaikannya membantu mengurangkan beban rakyat marhaein.
Alhamdulillah!! Mengurangkan beban elektrik rakyat. Semoga ujian covid ini berakhir dengan cepat.
Curahan rasa Ummu @ ..PERCAYA TAK WANITA INI UMUR 51 TAHUN?
ini merupakan berita baik untuk meringankan bebanan kewangan kepada mereka yang terjejas teruk akibat PKP dan PKPP tenpohari.
moho tabah dan selalu bersabar
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pengalaman solat Jumaat semasa PKPP
Comments are closed.