Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Apa itu moratorium?
Moratorium adalah penangguhan rasmi bayaran ansuran bulanan daripada pembayar kepada pihak bank tanpa caj penalti atau denda.
Ini bermakna pelanggan bank tidak perlu membayar ansuran peribadi atau rumah atau kenderaan atau lain-lain selama 6 bulan, bayaran ansuran akan bersambung setelah tempoh moratorium tamat.
Persatuan Bank dalam Malaysia mengumumkan ahli-ahlinya komited dalam membantu rakyat Malaysia menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan kerana wabak COVID-19 ini.
Antara bank atau entiti pembiayaan yang telah secara rasmi membuat pengumuman menawarkan moratorium kepada pelanggan mereka baik individu atau syarikat kecil dan sederhana adalah:
- Bank Rakyat
- SME Bank
- TEKUN
- Bank Simpanan Nasional
- Public Bank dan Public Islamic Bank
- RHB Bank dan RHB Islamic Bank
- AgroBank
- Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank
- Maybank dan Maybank Islamic
- Bank Islam Malaysia Berhad
- Bank Muamalat Malaysia Berhad
Permohonan moratorium boleh dibuat di cawangan-cawangan bank atau melalui telefon bank masing-masing.
Maybank tawar moratorium pada pelanggan
Malayan Banking Bhd. (Maybank) menawarkan penangguhan pembayaran semula pinjaman sehingga tempoh enam bulan kepada pelanggannya yang terjejas berikutan penularan wabak koronavirus baru (COVID-19).
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias berkata, pihaknya turut menawarkan penstrukturan dan penjadualan semula pembiayaan menerusi langkah itu.
“Inisiatif yang diperkenalkan ini ditawarkan kepada pelanggan perniagaan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta pelanggan yang terjejas akibat COVID-19.
“Syarikat memahami penyebaran wabak virus secara tiba-tiba ini memberi kesan kepada individu dan pelanggan daripada pelbagai industri justeru itu, penawaran yang disediakan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, pelanggan yang terjejas boleh menghubungi pihak Maybank bagi membincangkan penyelesaian dalam mengatasi sebarang cabaran kewangan yang dihadapi.
“Sekiranya keadaan ini berterusan, kami akan mengambil kira kemungkinan untuk melanjutkan tempoh moratorium dan langkah inisiatif yang ditawarkan ini,” ujarnya.
Dalam pada itu, Kumpulan Maybank menerusi bahagian insuransnya, Etiqa akan menyediakan perlindungan hospital kepada pemegang polisi insurans hayat dan keluarga yang sakit akibat koronavirus.
Maybank boleh guna online link ini
https://www.maybank2u.com.my/…/March/announcement_moratoriu…
- Langkah pencegahan yang wajar diambil oleh orang awam ketika wabak Koronavirus semakin menular
- Wanita Warga Tempatan Positif COVID-19 Pulih Sepenuhnya
- Pesakit Covid-19 ke 26 dipercayai berada dalam kontak rapat dengan Menteri, Timb Menteri
- Jumlah Mangsa Covid-19 melebihi 100,000
- Covid-19: Amerika Syarikat Isytihar Darurat
2 Comments
Alhamdulillah. Sekurangnya meringankan beban rakyat. Baru je lepas mohon secara online semalam.
Banyak syarikat sudah buat tawaran untuk membantu pelanggan. Hanya syarikat telco yang diamkan diri. Sudah banyak untung yang mereka kaut selama ini, tidak bolehkah sedikit dipulangkan kembali kepada pelanggan?
Curahan rasa ahmadyani @ ..Promosi Bisnes Aiskrim Cara Online Kemudian Buat 3 Cara Jualan ini
Comments are closed.