Amalkan Surah Al-Waqiah setiap hari, dikurniakan pelbagai bentuk rezeki

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Al-Quran merupakan mukjizat terbesar dan mempunyai fadhilat yang sangat banyak.

Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke-56 di dalam Al-Quran dan mempunyai 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.

Baca juga: Surah al-Mulk penghalang daripada azab kubur

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa fadhilat dan kelebihannya tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.

Membaca surah Al Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari, maka Allah akan menjauhkan kefakiran selamanya.

Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.

من قرأ سورة الواقعة في كل ليلة لم تصبه فاقة أبدا

Barangsiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan jatuh miskin selamanya.”

Dikurniakan pelbagai bentuk rezeki

Apabila kita kerap kali membaca Surah Al-Waqiah sebagai rutin siang dan malam, bukan sahaja hati akan terasa tenang malah kita tidak pernah akan merasa kesempitan wang ringgit.

Begitu juga dengan rezeki dalam pelbagai bentuk akan sentiasa melimpah-ruah tanpa kita semua sedari.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Daripada Ibnu Mas’ud r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)

Dikurniakan kekayaan yang luar biasa

Sekiranya kita sering mengamalkan membaca Surah Al-Waqiah dalam kehidupan seharian, secara tidak langsung akan memperoleh kekayaan yang luar biasa.

Walaubagaimana pun, jika seseorang itu membaca dengan niat ikhlas cuma untuk mendapat beberapa keping wang dan bukan untuk tujuan riak dan semata-mata untuk memenuhi kekayaan hati iaitu kepuasan rohani dan ukhrawi, maka insyaAllah dengan sendirinya kekayaan duniawi akan menyusul dengan berlimpah ruah.

Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al Waqiah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Bagi sesiapun membaca surah Al Waqiah setiap hari dan pada waktu malam sebanyak 4o kali selama 40 hari, InsyaAllah ia akan mendapat rezeki yang berlimpah dan datang dari berbagai rezeki.

Akhir kata, jom sama-sama kita amalkan baca surah Al-Waqiah setiap hari. InsyaAllah rezeki yang Allah akan beri pada kita tak pernah berhenti.


Spread the love

4 Comments

  1. Hebatnya penulisan al-Quran ini dilaksanakan terlebih dahulu berbanding hadith dan ia terus terpelihara hingga sekarang. Semua surah dalam al-Quran boleh diamalkan setiap hari termasuk al-Waqiah. Dalam al-Quran juga banyak renungan berkaitan rezeki dan menjadi panduan buat selamanya.

  2. bagus surah ni , ramai kata jika baca hari jumaat rezeki melinpah. semoga allah tak sekat rezeki kita setelah kita semua usaha

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!