Amalan sunat sebelum tidur

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Seperti yang kita tahu, banyak amalan-amalan sunat yang diajar oleh Nabi SAW sebelum tidur. Cubalah terapkan dalam kehidupan kita amalan-amalan sebegini supaya banyak pahala yang kita boleh dapat.

Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW, dia hanya akan dapat kerehatan.

Berikut merupakan sunnah yang diajar oleh Nabi SAW sebelum tidur;

1. Baca doa sebelum dan selepas tidur.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. membaca Ayatul Kursi dan 4 Qul. semoga kita di jauhi dari gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan

mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah

sebaik-baik p elindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

9. Membaca surah Sajadah dan Al Mulk sebelum tidur. Mengamalkan membaca suratul Mulk sebelum tidur akan membuat kubur kita, tempat semadi sementara menunggu akhirat, suatu tempat yang sejahtera dan terang-benderang.

10. Tutup aurat ketika tidur.

Hadith Nabi Muhammad SAW

Rasulullah berpesan kepada Aisyah RA: “Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur’an,

2. Sebelum membuat aku memberimu syafaat untukmu di hari akhirat nanti,

3. Sebelum para muslim meredhai kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah… .

“Bertanya Aisyah: “Ya Rasulullah.. . . Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”

· Rasulullah tersenyum dan bersabda: :“Sebelum engkau hendak tidur bacalah: Al Ikhlas tiga kali. Amalan ini adalah seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an.

·Bacalah selawat untukKu, maka aku akan memberi syafaat untukmu di hari akhirat kelak.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

“Astaghfirullahalazim li wali waa lidaiya wali jami il muslimina wal

muslimat wal mukminina wal mukminat al ahya immin hum wal amwat “

Ampunilah aku ya Allah yang maha besar, kedua ibubapaku, semua muslimindan muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati.”

Dan perbanyakanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah “


Spread the love

3 Comments

  1. Perkongsian yang menarik. Setiap perbuatan kita jika diamalkan dengan betul pasti dapat ganjaran yang sewajarnya

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!