Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Di dunia ini, terdapat pelbagai jenis rumah untuk dijadikan tempat tinggal. Mempunyai rumah jenis flet, apartment, teres, banglo mahu pun rumah besar banglo bertingkat adalah lumrah dan kebiasaan penduduk dunia. Namun, pernah tak terfikir untuk membeli rumah di atas kapal?
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Memiliki satu unit rumah di atas ‘bandar terapung’ bernama The World dan mengelilingi dunia di atasnya adalah satu impian menakjubkan.
Dalam catatan, The World merupakan sebuah kapal pesiar terbesar dan paling mewah yang ada di bumi. Kapal berukuran 644 kaki dilengkapi dengan berbagai fasiliti premium yang bukan calang-calang orang dudukinya.
Dengan panjang 196 meter, The World berlayar dengan berat 43,524 ton, dilancarkan pada 28 Februari 2001
Apa istimewanya The World ini?
Ia mempunyai pusat golf, gimnasium 650 meter persegi dan spa, dan merupakan satu-satunya kapal di dunia dengan gelanggang tenis bersaiz penuh.
Di dalam kapal The World ini ada apartment. Harganya antara USD3 juta hingga USD15 juta. Unit-unit itu dijual hanya dengan jemputan dan penghuni mesti mempunyai nilai pendapatan bersih sekurang-kurangnya USD10 juta untuk layak membelinya.
Apartment di dalam The World ada beberapa jenis seperti Studio, Studio satu dan dua bilik, kediaman dua bilik dan kediaman tiga bilik.
Nak beli apartment di The World? Lupakan sahaja kerana ia telah habis dijual pada tahun 2006. Jom lihat beberapa gambar eksklusif dalam kapal The World.
Kapal The World itu mengibarkan bendera negara Bahamas. Ia telah mengembara 641,000 batu nautika sejak dilancarkan pada tahun 2002, bersamaan dengan 30 kali mengelilingi bumi.
The World juga mempunyai laluannya tersendiri dan tahun demi tahun ia akan melalui tempat-tempat menarik di seluruh dunia. Pada masa artikel ini ditulis, The World berada di Cape Town, Afrika Selatan.
Nampaknya seperti akan melalui pantai timur semenanjung Malaysia pada Oktober – Disember 2019 nanti.
Pengunjung biasa memang takkan dapat naik kapal The World ini. Hidup di atas kapal ini penuh dengan kerahsiaan. Bak kata pembeli yang sudah lama menginap di apartment The World ini, Opah Winfrey pun belum tentu dibenarkan beli apartment di situ.
Terdapat kod kerahsiaan dan privasi. Mereka tidak mahu paparazzi di The World. Bagi mereka, ia adalah tempat perlindungan dan tempat jauh dari dunia luar. Kita tidak akan mengetahui siapa yang tinggal di sini.
Setiap tahun, The World ini akan berlayar ke lebih 150 destinasi dan mereka juga akan membuat ekspidisi. Antara yang menarik lokasi di Greenland timur, Namibia, Antartika, Georgia selatan, Kepulauan Falkland dan banyak lagi.
Mereka tidak menghabiskan masa hanya di atas kapal, tetapi mereka juga turun ke darat melihat dunia dan kawasan yang mungkin tidak ramai yang melaluinya.
84 Comments
Penginapan mewah adalah sesuatu yg diidamkan oleh golongan kaya raya sebab mereka earned it.
Golongan kaya raya ibarat duit tak habis memang mencari tempat tempat privasi sebegini gah kan
Ada yg ckp naik kapal mewah mcm ni mmbazir. Tapi tu kalau tak mampu. Kalau duit banyak tak pe
Kalau dah ada kat atas tu kita mesti di layan macam raja. Entah berapa la kos utk naik ye
Kita yg tak seberapa ni cuma mmpu tgk gambar sahaj. Tgk gambar pun dh buat rasa teringin
Bagi mereka yg super kaya, percutian mewah mcm ni sgt diperlukan sbb mereka dh penat berkerja
hahaha super kaya tu agak agak berapa banyak pendapatan diorang sebulan ek.. ntah ntah juta juta USD
Curahan rasa JMR @ ..Dividen ASB Tahun 2018 7.00 sen Seunit, ASN 3.25 sen Seunit.
Harta yang berbillion mac trump bezos dan bill gates. Haha
Selebriti pun belum tntu bleh naik
tidak dapat saya bayangkan bagaimana rasa kemewahan dan prestij duduk dalam kapal The World..
saya juga fikir anak-anak kapal dibayar gaji tinggi dan turut merasai kemewahan tersebut.
tetapi sayang hidup atas lautan dan sekali sekala sahaja menjejak kaki di daratan
Memang terasa lain bila duk di atas lautan, tapi diorang ni mesti jenis tak kisah dah dengan daratan.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Tgk dalam gambar pun dah nmpak mewah. Apa lagi klau berpluang Naik atas tu. Mesti senyum lebar je
tengo gambar tuan haji amir tu pun dah tahu mcm man. Senyum lebar tanda teruja yang amat kan
Siapa tak teruja tgk benda mewah depan mata. Walaupun xleh naik ambil gambar pun jadibla
Ye tak ye. Kalau tak dpt naik sbg pelanggan boleh kerja kat atas tu kan. Bertuah dpt ofis cantik. Hehe
kapal The World mengingatkan saya kepada kapal Titanic..
objektif dua kapal ini sama iaitu belayar dengan gaya kemewahan
Penuh dengan kemewahan dan kemegahan. Sehinggakan hanya orang tertentu sahaja yang layak beli
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Cuma bezanya yg ni tak ada kelas bawahan. Semua mewah. Hanya yg bergelar jutawan shj bleh naik
Pelbagai jenis rumah untuk dijadikan tempat tinggal di atas darat tapi kat atas kapal mewah juga pilihan diorang
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
naik cruise pun belum. apa lagi nak bercuti di atas kapal yang extra mewah yang oprah sendiri belum tntu boleh naik. haha
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Oprah pun belum tentu dapat naik, inikan pula kita. Kena sedar dirilah. Dapat bergambar di tepi pun jadi. Itu cukup memberi kenangan bermakna.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Kurang Dua tahun Bisnes Di Ebay Sudah Kumpul RM145,291!
kira juga bergambar di luar..
kalau masuk dalam untuk mengambil gambar memang tidak dibenarkan sama sekali kerana peraturannya begitu
Curahan rasa mrhanafi @ ..Hati Seorang Perempuan Sukar Untuk Ditakluki
Dapat bergambar pun jadi lah ye , tanda kenang-kenangan. Boleh tengok depan mata kapal mewah ni
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Ye. Kalau Saya pun akan bergambar depan kapal ni. Nak Naik atas tu mmg dalam mimpi sahaja lah
Betul tu kalau dapat bergambar pun dah Kira happy gila. Sebab Kita jarang dpt tgk kapal mewah
Kebetulan esok ke Penang, boleh tengok kapal cruise yang berlabuh. Mana tahu ada kapal mewah di sana.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
nak dapat bergambar tu pun tak tahu lah bila. Kata akan berlayar lalu pantai timur
Haaa kan. Oprah yang memang kaya pun belum lepas nak naik, inikan pula kita yang setahun pendapatan tak cecah 100 ribu. Hehe
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Comments are closed.