Gambar-gambar menarik Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tiada apa yang boleh dikatakan selain bersyukur kepada ALLAH kerana Majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015 telah selesai dengan jayanya. Terima kasih kepada watak utama yang telah menjadikan impian blogger menjadi satu kenyataan iaitu :
- Penaja utama : Yeo’s Malaysia
- Penaja bersama : Jopana.my, Bakarlah BBQ Rental, The Sumbs, eQurban.com dan Jam Tawaf Denaihati
- Rakan media : Kumpulan Media Karangkraf
- Juru gambar rasmi : The Photolicious
- Rakan Usahasama : Perbadanan Putrajaya
- Rakan Strategik : Abangensem.com, Pendekarberkuda.org, Profhariz.com, Khirkhalid.com, Sohoque.com, Mrspuex.blogspot.com, Namiacinta.com, Blogretis.com, Dengarisaya.blogspot.com, Norfanil.com, Nurseira.com, Melastikbintang.com dan Halimbrothers.com.
- Panel Forum : Aqif Azizan, Tuan Hj Masrukhin dan Mbak Anazkia
- Sukarelawan : Rakan-rakan blogger, UKM, MFI, AIM dan Darul Maghfiroh
- Jemputan : Rakan Blogger Indonesia
- Penganjur yang menjadikan semua kenyataan : Team Denaihati Network




Terima kasih kepada semua sukarelawan yang bertungkus lumus untuk membantu menguruskan dan memastikan perjalanan SBBYeos2015 berjalan lancar. Tidak terbalas segala masa dan tenaga yang dicurahkan.
Terima kasih kepada rakan-rakan blogger Indonesia sudi datang dari jauh untuk memeriahkan SBBYeos2015 kalau 2014 hanya berdua tetapi kali ini berlima.
Terima kasih kepada Tuan Ahmad Yani dari Kumpulan Media Karangkraf kerana sudi melancarkan Jam Tawaf Denaihati. Harga pasaran RM300 boleh order di Kedai Denaihati.
Mohon maaf kepada Abang Ensem antara penaja bersama yang paling awal tetapi url blog tidak tercetak di t-shirt dan banner. Ini memang kesilapan kami harap jangan marah dan berkecil hati nanti hilang ensemnya.
Terima kasih kepada tiga panel yang memang best berkongsi ilmu yang pasti jadi bekalan terbaik untuk rakan blogger untuk go next level. Jangan takut untuk menjadi blogger bertaraf dunia mulai dari sekarang. Katakan boleh pada diri kita sendiri.
Terima kasih kepada sahabat Saudara Khairul Anuar exco MSMW sudi datang dan sponsor tiga naskhah buku nukilan beliau untuk hadiah cabutan bertuah. Yang bertuah mendapat buku beliau Saudara Kamil Salleh yang datang dengan anak perempuannya. Ramai yang dah tanya macam mana nak contact Bro Sensasi2020 ni, almaklum anak yang dibawa tu cantik.
Tahniah kepada pemenang Treasure Hunt dan Cabutan hadiah paling bertuah iPhone 6 dan Samsung Note Edge. Tak lupa juga kepada yang dapat GoPro Hero 4 dan semua hadiah-hadiah yang lain. Rezeki siapa sangka.
Terima kasih juga kepada Hilal Azmi yang bawa crew Astro Awani interview kawan-kawan blogger dan juga Denaihati katanya untuk program inspirasi.
Berikut antara gambar-gambar menarik SBBYoes2015 yang dapat aku sendiri curi snap dan curi daripada Google dan FB jangan marah ya.
Mohon ampun dan maaf untuk semua kekurangan dan kesilapan kerana kami team Denaihati Network hanya manusia kerdil yang pasti banyak kelemahannya.
Terima kasih ALLAH kerana memudahkan segalanya.
Terlalu banyak telah ditulis oleh blogger al kisah Sepetang Bersama Blogger 2015 dengan gambar-gambar yang menarik serta extreme. Jom kita semua baca kisah yg best ini.
- Sayonara #SBBYeos2015 Sampai Berjumpa Lagi
- Sepetang Bersama Blogger 2015
- Sepetang Bersama Blogger 2015 l 13 Jun 2015
- Sepetang Bersama Blogger 2015 memang santai & sempoi
- Treasure Hunt di SBB2015
- Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015
- Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015
- Live update sepetang Bersama Blogger 2015
- Memori Sepetang Bersama Blogger 2015 anjuran Denaihati
- Sepetang Bersama Blogger 2015
- Sepetang Bersama Blogger 2015
- Anak sokong ayah untuk berblog
- Kepada rakan blogger yang sudah menulis tetapi tidak tersenarai sila PM entri anda ke fb Denaihati



























