Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, perkataan JUTAWAN ini boleh mengundang berbagai persepsi ada yang positif dan tak kurang juga yang negatif. Ramai juga yang merasakan status Jutawan sangat mustahil untuk digapai ibarat mimpi di siang hari. Tidak kurang juga ramai rakan-rakan facebook yang bergambar di harapan rumah dan kereta mewah tanda mereka sudah mencapai impian sebagai seorang jutawan online yang berjaya.
Sekarang ada berbagai cara untuk menjadi jutawan tidak seperti dahulu hanya mengharap kepada bisnis konvensional. Dunia di era siber menjadi jutawan di usia muda bukan mustahil kalau betul perancangannya. Sudah ramai di kalangan kita yang menjadi jutawan senyap dengan berniaga secara online dengan berbagai cara dan kaedah.
Perancangan untuk menjadi jutawan
Perancangan untuk menjadi jutawan mesti jelas bukan sekadar berkata aku buat bisnis untuk jadi jutawan. Berkata-kata tanpa perancangan yang teliti ibarat sepeti lagu kalau aku kaya yang semua hanya KALAU sahaja. Perancangan mesti jelas dan tepat mengikut tempoh waktu yang ditetapkan dan selebihnya kita gabungkan dengan amal, doa dan tawakal. Jangan lupa rajinkan diri membaca buku motivasi untuk jadi kaya kerana orang kaya ini ada rahsia untuk menjadi kaya.
Aku nak bagi contoh cara perancangan untuk menjadi jutawan dari salah satu program affiliate. Bestnya di sini boleh jadi jutawan dengan modal sangat rendah berbanding bisnis konvensional yang perlu modal berjuta untuk dapat keuntungan berjuta. Contoh perancangan adalah menjadi Jutawan eQurban.com.
- Daftar jadi rakan niaga eQurban.com
- Fahami model perniagaan eQurban untuk memudahkan perancangan strategi dan promosi.
- Tetapkan matlamat dan strategi yang jelas :
- Komisen untuk 1 ekor lembu adalah RM105 jadi untuk dapat jumlah komisen terkumpul sebanyak RM1,050,000 mesti dapatkan tempahan 10 ribu ekor lembu.
- Tetapkan tempoh untuk mendapat 10 ribu ekor tempahan contohnya dalam tempoh 2 tahun jadi misi setahun adalah 5000 ekor makna lebih kurang 417 ekor sebulan.
- Untuk mencapai matlamat 417 ekor sebulan selama 24 bulan berturut-turut promosi yang terancang perlu dibuat seperti menggunakan FB ads, Instagram dan tulisan entri di blog. Selain promosi secara online pemasaran secara offline boleh juga dibuat dengan berkongsi dengan kawan-kawan, menyediakan flyers dan bekerjasama dengan NGO dan persatuan yang ramai ahlinya. Jangan lokek untuk keluarkan sedikit modal untuk mencapai matlamat menjadi jutawan.
- Adakah mustahil untuk mendapat tempahan 417 ekor dalam tempoh sebulan? Sudah pasti tidak kerana mengikut Jabatan Statistik Negara, 60 orang bayi dilahirkan setiap jam makna jumlah sebulan lebih kurang 43 ribu orang. Katakan 60% adalah bayi Islam makna 25 ribu bayi Islam dilahirkan setiap bulan. Semua bayi Islam ini perlu di AQIQAHkan jadi inilah peluang kita paling besar membantu keluarga Islam ini menyempurnakan sunat muakkad dan membantu saudara Islam yang daif dan miskin di Kemboja.
- Kalau 417 ekor sebulan agak berat boleh ubah tempoh masa untuk capai komisen RM1juta dari dua tahun kepada tiga tahun.
- Selain mendapat komisen RM1juta anda juga akan dapat berbagai hadiah untuk cabaran eQurban antaranya pakej umrah dan PALING PENTING membantu menyuburkan jiwa Islam keseluruh alam.
Ini sekadar contoh perancangan untuk menjadi jutawan eQurban. Bila dah ada perancangan yang jelas dengan jumlah jualan yang tepat dan tempoh yang tepat baru kita boleh bertindak dengan mudah. Anda boleh gunakan berbagai model bisnis yang lain untuk menjadi jutawan pada usia muda. Yang penting semua strategi untuk menjadi jutawan mesti ditulis di atas kertas dengan jelas sehingga nampak cara untuk dapat RM1 juta pertama.
Pasti anda sedang berusaha untuk menjadi jutawan dengan berbagai projek. Ok sekarang ambil sekeping kertas dan catatkan :
- Pengiraan jualan atau projek secara terperinci untuk mendapat keuntungan RM1juta pertama.
- Tempoh secara tepat untuk mencapai RM1juta pertama.
- Kalau anda masih tidak dapat menulis dua perkara di atas maka impian anda untuk menjadi JUTAWAN masih terlalu jauh dan mungkin anda perlu mencari cara lain untuk mencapai matlamat tersebut.
Tahniah kepada yang sudah ada perancangan yang terperinci untuk menjadi jutawan. Untuk misi jutawan menjadi kenyataan serta dengan amal yang istiqamah seperti bacaan yassin setiap hari selepas subuh, doa pagi & petang, solat sunat dhuha, solat sunat tahajud dan paling penting banyakan MEMBERI.
JUTAWAN di usia muda bukanlah mustahil. Mungkin entri “Bersara awal untuk jadi kaya“boleh dijadikan motivasi kepada semua.
131 Comments
Panduan yang baik untuk diikuti. Jadi jutawan masa muda-muda lagi seronok. Cuma kena niatkan untuk bantu agama juga. Itu yang penting.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Komisen Jobdirumah Disember 2015
sentiaasa buat promosi dan jangan putus asa. tak mustahil impian akan jadi kenyataan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Hello Mr Perfect di Tv3
Betul tu. Kena rajin isyallah impian akan jadi kenyataan. Bukan susah nak berjaya. Cuma kena rajin berusaha.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Komisen Jobdirumah Disember 2015
kalau kena dengan caranya mmg boleh jadi jutawan. pahala pun dapat ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Hello Mr Perfect di Tv3
Yea tu. Jika kena dengan caranya memang dapat jadi jutawan masa muda. Kena rajin berusaha.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Komisen Jobdirumah Disember 2015
Sama2 berusaha menjadi usahawan muslim berjaya. Terima kasih atas tip yg penuh inspirasi.
Curahan rasa ummi mra @ ..4 Tips Menangani Masalah Obesiti Kanak-kanak
kena usaha. usaha tangga kejayaan. Insyallah boleh dapat benda ni bila rajin berusahakan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Komisen Jobdirumah Disember 2015
Semua orang boleh jadi jutawan. Tips sangat memberi inspirasi pada saya. Untuk berusaha lebih lagi menjadi jutawan yang berjaya. Terima kasih 🙂
Curahan rasa Sofea @ ..10 Tips Atasi Masalah Jerawat
tidak mustahil jadi jutawan di usia muda. moga saya juga boleh mencapai cita- cita sebagai jutawan muslimah di usia muda..amin
Curahan rasa min ibudoakan @ ..10 sebab kenapa tidak boleh give up dengan shaklee
Comments are closed.