Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Ramadhan bulan penuh dengan rahmat yang dapat merapatkan hubungan suami isteri kerana banyak aktiviti boleh dibuat bersama seperti berbuka puasa bersama dan paling seronok dapat pergi solat sunat terawih bersama. Itulah hebatnya Ramadhan bukan sahaja dapat meningkatkan ketaqwaan tetapi dapat juga menambah kebahagian suami isteri yang akan menjadi contoh kepada pendidikan anak-anak.
Soalan yang selalu ditanya oleh pasangan suami isteri adakah boleh di bulan Ramadhan mereka melakukan hubungan seksual. Persoalan seks suami isteri di bulan Ramadhan mendapat perhatian khusus apabila disebut dalam Surah Al Baqarah ayat 187 yang maksudnya :
“Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib) dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.”
Berdasar kepada ayat 187 Surah Al Baqarah jelas bahawa hukum seks suami isteri dibenarkan pada malam hari puasa Ramadhan. Bagaimana pun ALLAH menyebut di akhir ayat bahawa para suami tidak dibenarkan menyetubuhi isteri ketika sedang beriktikaf di Masjid yang biasa dilakukan di malam 10 akhir Ramadhan. Memang benar Al Quran adalah buku panduan hidup apabila kita memahami setiap patah perkataan kerana di dalamnya ada berbagai pertunjuk hidup sehinggalah hukum berjimak di bulan Ramadhan.
SIAPAKAH SERI KANDI MULIA DI SISI RASULULLAH SAW
Hukum seorang yang bersetubuh dengan sengaja disiang hari bulan Ramadhan. Pendapat yang kuat adalah bahwa puasanya batal dan wajib membayar kaffarah dan tidak ada qadha’ padanya. Kaffarah orang yang bersetubuh dengan sengaja di siang bulan Ramadhan adalah seperti yang terdapat didalam hadits, yaitu : yang pertama dia membebaskan budak, atau yang kedua berpuasa berturut-turut yang tidak terputus, atau yang ketiga memberi makan 60 orang miskin. Berikut adalah hadits menyentuh isu hukum bersetubuh di siang hari :
Dari Abu Hurairah, Beliau berkata : Tatkala kami duduk disisi Nabi tiba-tiba datang kepadanya seorang laki-laki, dan dia berkata “Wahai Rasulullah binasa aku”, maka Beliau bertanya “kenapa engkau ?”, orang itu menjawab “Aku telah menyetubuhi istriku, padahal aku berpuasa”, dalam sebuah riwayah “Aku menyetubuhi keluargaku di bulan Ramadhan”, maka Rasulullah bersabda “Apakah engkau mendapatkan seeorang budak yang engkau bisa membebaskannya ?”, maka orang ini menjawab “Tidak ada”, Rasulullah bersabda “Apakah engkau mampu berpuasa dua bulan secara berturut-turut?”, maka orang ini menjawab “Tidak”, Rasulullan bersabda “Apakah engkau mendapatkan pemberian makan kepada 60 orang miskin ?”, maka orang ini menjawab “Tidak”. Berkata Abu Hurairah “maka Nabi terdiam”, maka tatkala kami dalam keadaan yang demikian itu tiba-tiba didatangkan kepada Nabi dengan sebuah kantong (kantong yang terbuat dari pelepah kurma seukuran masuk didalamnya 15 sha’ dari sesuatu) yang padanya terdapat kurma. Kemudia Nabi bertanya “Mana orang yang bertanya tadi ?”, maka orang ini menjawab “Aku”, maka Nabi berkata “Ambillah ini lalu bersedekahlah dengannya”, orang ini berkata “Apakah atas orang yang lebih faqir daripadaku wahai Rasulullah ?, maka demi Allah tidak ada diantara dua kampungnya sebuah keluarga yang lebih faqir daripada keluargaku”, maka Nabi tertawa sampai terlihat gigi saingnya, kemudian Beliau bersabda “Berikanlah dia kepada keluargamu”
Untuk mengetahui lebih mendapat hukum bersetubuh suami isteri di bulan Ramadhan bagus juga membaca artikel “Hukum jimak isteri di bulan Ramadhan“, “Hukum seks suami isteri malam 1 Syawal” dan “Batalkah puasa kita jika“. Ilmu memang perlu kita cari untuk mendapat berkat Ramadhan yang terbaik. Soalnya adakah puasa kita selama ini telah meningkatkan taqwa kita yang boleh mengubah cara fikir dan cara kehidupan yang boleh mendekatkan kita kepada ALLAH. Soalan ini hanya diri kita sendiri yang mampu menjawab.
340 Comments
wow..banyaknya komen..entry yang menarik perhatian ramai..ramai yg masih x tahu atau buat2 x tahu..sgt bagus entry nie
Curahan rasa Pakej Umrah @ ..Pakej Umrah 2015
tiada halangan untuk berhubung antara suami dan isteri asalkan tidak membatalkan ibadah puasa.
Curahan rasa Dr Fattah @ ..Nota Separa Perubatan Mengenai Senaman Yang Selamat
siang dan malam beribadah, cuma aktiviti ini boleh buat selepas semua orang tidur.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Komisyen Affiliate Saya Yang Kedua
keyword yang luar biasa mestilah banyak yang ingin membacanya karena bagaimana ya
Curahan rasa blogger bumi lasinrang @ ..Fatwa Sikap seorang Muslim dalam menghadapi Bencana Akhir-akhir ini
orang sekarang xkisah dah kalau nak benikah di bulan ramadhan janji niat kita elok..kan kan kn jaga hawa nafsu jer la di waktu siang hari..dan jaga segalanya..
Curahan rasa adna2029 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
entri ni memang panas di first page google. Setiap tahun mesti ada yang akan tanya tentang tajuk entri ni. Kalau boleh, bincang dengan pasangan supaya Ramadhan kali ini adalah bulan pengabdian diri pada Allah sepenuhnya.
Curahan rasa ainun @ ..Mudahnya Berniaga Online
Ramadhan yang penuh barakah ini wajarlah kita memperbanyakkan amalan dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t
Waalaikumsalam, ISLAM itu indah, berbuat banyak kebaikan di bulan ramadhan itu mendapat pahala yang besar termasuk membahagiakan suami atau istri, terima kasih sudah berbagi artikel yang menarik
Curahan rasa yandi @ ..Penyebab Paru-Paru Basah – Ace Maxs
Islam itu indah dan mudah. Apa yang Allah larang jangan sekali dibuat. Bulan Ramadhan memang mengajar hati menjadi sabar..nafsu di belakangkan..
Curahan rasa nord @ ..Tips Diet Yang Mudah Dan Seimbang
Allah memberi kelonggaran buat hambaNya. Betapa sayangnya Allah pada hambanya..
Curahan rasa linie @ ..Bagaimana Menjaga Kulit Wajah Supaya Kekal Cantik Berseri
Indah dan bahagia melihat dua gambar atas semoga mereka bahagia bersama-sama pasangan masing-masing
Curahan rasa suri @ ..Cara Membuat Jubah Princess Cut Polka Dotku Renungan Matanya Tajam
betul..semoga orang yang dah kawin berbahagia selalu dan diredhai oleh Allah…perkahwinan itu sangat indah
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs of ZTE Grand Xmax
Bulan Ramadhan bulan utk umat Islam…hendaklah kita sentiasa mendekatkan diri kepadaNya siang dan malam…tapi malam ada kelonggarannya, jika tak mampu menahan nafsu, boleh aja diteruskan niat bersama2 isteri..cuma tak digalakkan agar ibadah yang kita lakukan akan menjadi lebih baik dan diterima disisiNya…
Curahan rasa JAWATAN KOSONG TERKINI @ ..JAWATAN KOSONG EKSEKUTIF PENTADBIRAN
bulan ramadhan kene jaga hati,. jaga mata, paling penting nafsu, sebab nafsu adalah raja kejahatan saat semua menjadi hitam
Curahan rasa KANVASDAKWAT @ ..business card MURAH !!!!
sesungguhnya semua anggota itu turut berpuasa jugakan.indahnya islam dalam mendidik kita dalam bulan yang baik ini
Curahan rasa suri @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 20/2014_ SENHENG Online Store One
masa ini kita nak berlatih untuk membiasakan diri buat sesuatu itu susah tapi kalu ad aniat nak berubah ke arah kebaikan ada insyallah bulan puasa salah satu bulan di mudahkan
Curahan rasa suri @ ..Cara Membuat Jubah Princess Cut Polka Dotku Renungan Matanya Tajam
Ramadhan yang penuh barakah ini wajarlah kita memperbanyakkan amalan dan ibadah bukanlah menambah anak.. 😛
Curahan rasa shamiera osment @ ..Wordless Wednesday : 100 Followers Akhirnya…
indah ramadan datang sekali harap tahun hadapan ada lagi.amin
Curahan rasa suri @ ..Terlanggar Pin Langgar Lari Tak Perlu Buat Laporan Polis
indahnya ramadhan rasa mahu patah kembali untuk buat apa yang kita buat baik sebelum ini
Curahan rasa suri @ ..Terlanggar Pin Langgar Lari Tak Perlu Buat Laporan Polis
sebagai umat islam kita sendiri sudah tau apabila menjelang bulan ramadhan kita mesti tahan lapar dan dahaga tetapi jangan lupa kita juga perlu menahan nafsu daripada perkara yang membatalkan puasa.
Curahan rasa iuzira @ ..kenali AL-QASSAM
jika kita tidak tahu maka kita wajib ambil tahu bukan susah pun perkara muda perlu permudahkan
Curahan rasa suri @ ..Terlanggar Pin Langgar Lari Tak Perlu Buat Laporan Polis
ada juga orang itu tahu bulan puasa tak elok buat perkara tidak baik tapi masih ada juga buat tidka tahu sahajakan
Curahan rasa suri @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 20/2014_ SENHENG Online Store One
Comments are closed.