Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur dengan izin Allah kali ini aku telah terpilih buat pertama kali untuk menjejaki kaki ke bumi Turki. 2012 aku bersama tiga sahabat menjejaki bumi Europe, 2013 aku bersama tiga keluarga menjejaki bumi New Zealand serta kembara Palestine dan kali ini 2014 kembara aku bersama rombongan Karangkraf yang diketuai oleh Datuk Husammuddin dan Jemaah Maahad Tahfiz Suleymaniyyah (MTS) Malaysia yang diketuai oleh Abe Mustafa asal Turki. Misi kami kali ini adalah menjejaki legasi islam di Turki yang dibina oleh Yayasan Suleymaniyyah sejak 1936. Kami akan menziarahi asrama Yayasan Suleymaniyyah dan jejak Para Nabi serta keagungan Islam di lebih 10 buah bandar selama 13 hari di Turki. Antara yang bakal kami lawati adalah tempat lahir Nabi Ibrahim a.s, makam Nabi Ayyub a.s dan makam Nabi Ilyasa a.s serta banyak lagi tapak sejarah Islam.
Rombongan kami bertolak dari KLIA pada 11.15 pm, 1/5/2014. Terima kasih kepada keluarga, Kak Sweetkurma dan Eizil serta isteri kerana sudi menghantar kami. Kami menaiki pesawat Turkey Airlines yang telah ditempah lebih awal jadi taklah mahal sangat harga tiket lebih kurang RM2500 pergi balik. Alhamdulillah pesawat bertolak mengikut jadual dan tiba di Istanbul Atartuk Airport di Istanbul pada jam 5.45 am. Waktu di Turki lewat 5 jam berbanding waktu Malaysia.
Aku melangkah kanan jejaki bumi Istanbul dengan rasa penuh syukur kerana diberi peluang oleh ALLAH untuk berjalan di muka bumi-NYA. Kami disambut dengan hujan renyai-renyai dan cuaca yang sederhana sejuk. Proses imigerasi berjalan lancar dengan bantuan Abe Mustafa dan semuanya selesai lebih kurang satu jam. Dua buah kenderaan telah siap menunggu kami di luar dengan bantuan Ustaz Abdullah asal Indonesia. Destinasi pertama kami adalah menziarahi makam pengasas Yayasan Suleymaniyyah iaitu Almarhum Sheikh Suleyman Hilmi Tunahan yang juga merupakan seorang Ulama Turki yang sangat terkenal.
Setelah selesai berdoa kami di bawa ke pejabat Yayasan Suleymaniyyah Asia pasifik untuk sarapan pagi yang disediakan oleh pelajar-pelajar. Seronok juga dapat naik feri selama 15 minit menyeberangi Selat Boshporus untuk ke Istanbul bahagian Asia dari Istanbul bahagian Europah. Selepas sarapan pagi kami dibawa menziarahi Ibu Pejabat Yayasan Suleymaniyyah. Alhamdulillah syukur ALLAH beri peluang kami bertemu dengan Ketua Umum Dunia Abe Miz, Ahmad Ariff Denison. Abe Miz ada cucu kepada Sheikh Suleyman yang pernah menjadi Menteri Pengankutan Turki tetapi kami tidak dibenarkan mengambil gambar. Khabarnya rombongan kami bernasib baik kerana bukan semua dapat bertemu Abe Miz.
Yayasan Suleymaniyyah sudah mempunyai lebih 5000 madrasah di Turki dan berpuluh ribu di lebih 145 negara seluruh dunia termasuk lima buah di Malaysia. Kehebatan Yayasan ialah membawa sistem dan disiplin yang sama yang dibina berpuluh tahun ke seluruh dunia. Kami bersolat jumaat bersama warga MTS Umraniye. Selesai solat kami dibawa makan di bazar anjuran Yayasan. Setiap tahun seluruh MTS di Turki akan menganjurkan bazar untuk mengutib dana dan sambutan yang diterima sangat hebat.
Tepat jam petang kami bergerak ke Sabiha Gokcen International Airport untuk ke Gaziantep menaiki Pegasus Airlines. Harga tiket dari Istanbul ke Gaizantep lebih kurang RM400 tapi biasalah pesawat tambang murah boleh dibeli secara online dan lebih awal beli lebih murah. Sabiha Gokce International Airport adalah airport ke dua di Istanbul yang menampung penerbangan tempatan dan negara-negara jiran seperti Sepanyol. Kami sampai agak lewat di airport tetapi masih lagi sempat check in. Sempatlah aku lelap selelapnya dalam pesawat yang terbang lebih kurang 1 jam 10 minit. Kami sampai di Gaziantep International Airport pada jam 8.10 pm dengan disambut oleh wakil Yayasan. Kami dibawa ke bazar di Gaziantep untuk makan malam. Selesai makan kami dibawa ke tempat penginapan di sebuah asrama Yayasan.
Macam mana ensem tak kami? Di sini budaya berpakaian memang sentiasa kemas jadikalau nak pakai t-shirt pun rasa malu. Hari pertama rasa kekok juga setelah bertahun-tahun berpakaian santai, semuga hari seterusnya akan jadi lebih selesa. Semuga ALLAH permudahkan perjalan kami dan jadi asbab turunnya hidayah di seluruh alam sebagaimana usaha Yayasan Suleymaniyyah memperkasakan Islam diseluruh dunia tanpa disedari ramai.
Semuga ada ilmu yang pelajari dari kisah kembara Turki kami bermula dengan entri “Turki aku datang“.Untuk melihat keenseman kami dan keindahan tempat menarik di Turki sila ke http://instagram.com/denaihati
141 Comments
Turki masih menyimpan kejayaan sisa khalifah terakhir meski sekarang bentuk pemerintahannya sudah lain
Curahan rasa blogger bumi lasinrang @ ..Fatwa Sikap seorang Muslim dalam menghadapi Bencana Akhir-akhir ini
Terima kasih kerana DH sudi berkongsi pengembaraan yang hebat ini dengan kami para pembaca. Amat menyeronokkan walaupun dengan hanya membacanya
Alangkah beruntungnya dapat melawat dan menjejaki warisan Islam di bumi orang. Masya Allah pengalaman yang tak terkata bagi saya yang membacanya
Turki kini jadi sasaran kritik internasional. Dalam perang melawan ISIS, Ankara terus bersikap pasif dan tidak mau mendukung Kurdi. Dengan politik semacam itu, Turki membahayakan dirinya sendiri
Curahan rasa adna2029 @ ..Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih
kenangan manis dan pahit tuan ke turki dapat juga berkongsi dengan pembaca blog tuan ya..harap dengan kembara yang lain boleh tuan tulis lagi ya..ana suka baca
Curahan rasa adna2029 @ ..Channel Set Perfume Giveaway by Melangkau Garisan
ramai juga yang ikut rombongan ni ya bestnyer..dapat merasai suasa tempat org lain
Curahan rasa adna2029 @ ..Channel Set Perfume Giveaway by Melangkau Garisan
Alahai suka nye sangat dengan Turki..
salah satu impian saya nak ke Turki..
Sangat kaya dengan sejarah..
Dengan sejarah kita mengenal asal usul kita.
Panorama yang menarik..
Turki nanti pasti aku akan datang!!!!!
Curahan rasa Azeni Ahmad @ ..Menu Masakan Ketam Terbaik di Kuala Selangor!
seronoknya dapat melihat negara orang,entah bila la dapat jejakkan kaki ke turki ni,tapi ada yang pernah pergi sana bercerita makanan di sana sedap-sedap belaka.
Curahan rasa ohpilihanku @ ..1001 Ganjaran Amalan Bersedekah.
Bestnya dapat berjalan-jalan di negara orang. Jauh perjalanan, luas pemandangan… 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
Seronok kalau dapat pergi ke Turki ini. Turki ini kan merupakan sebuat tempat yang menarik untuk dilawati.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
bestnye dapat pergi turki..nak pegi oversea ni kena ada bajet yang cukup barulah best nak berjalan.Kalau duit cukup-cukup je dan takde plan masa dah sampai sana memang akan jadi kucar-kacir
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Kena menyimpan dari sekarang lah jawabnya. Bila masalah duit settle, masalah masa pulak. Kena pandai cari masa free yang panjang.. Kalau pergi sana dalam keadaan serabut memang tak menjadiklah
Betul tu. Bajet kenalah mencukupi supaya seronok nak bercuti dan melawat tempat yang menarik di sana. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
turk memang salah satu negara yg bnyak simpan sejarah, bertuah dapat ke sana
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Saya dah habiskan entry pasal entry Tuan Dh kembara ke turki ni. Turki adalah sebuah tempat yang menarik. Dari cerita kembara pertama hingga ke akhir, banyak kisah yang boleh di teladani. Penulisan Tuan DH juga buat saya sendiri “sampai” di Turki.
Comments are closed.