Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dah lama tak kisah sangat tentang Pagerank tapi baru terbaca entri di blog Mohd Isa bertajuk “Jadual Update Google Pagerank 2012“. Ini bukanlah bermakna Pagerank sudah tidak penting lagi untuk blog Denaihati. Kalau ikutkan hati memang penting tetapi nak ikut prinsip Hidupkan Untuk Memberi perlu ada tolak ansur. Bukan susah nak kekalkan status PR4 blog Denaihati hanya perlu berkawan dengan blog yang mempunyai status PR4 dan ke atas sahaja, blog yang status kurang dari PR4 layan-layan gitu sahaja.
Prinsip lebih penting daripada kualiti maka blog Denaihati menerima semua blog tanpa kira status Pagerank sebagai sahabat. Daripada jumlah backlinks yang diterima memang dah agak Pagerank blog Denaihati akan menurun sekiranya Google update Pagerank. Kalau tak silaplah Google sedang buat update Pagerank kerana status Pagerank blog Denaihati menurun kepada PR3. Tak jadi masalah PR4 atau PR3 sebab tidak begitu jauh bezanya yang penting blog Denaihati mempunyai semakin ramai kawan bukan sahaja di Malaysia malah dari seluruh pelusuk dunia terutama beribu blog yang pasang plugin waktu solat 1Dunia.
Paling best blog Denaihati dah ada kawan korporat seperti Honda Malaysia, Intel dan Toshiba Malaysia dan mungkin banyak lagi.
Tahniah kepada blog yang naik pangkat dari PR3 ke PR4 dan yang kekal PR4 seperti Ariffshah.com, Emilayusof.com, Amanz.my, Fatamorgana, Paultan.org, Forblogger.net, Bloggersentral.com, Ondscene.my, dan Great Teacher Onizuka … ada lagi ke? Kepada Blogger yang baru berblogging nak cari ilmu Pagerank bolehlah cari @ koleksi ilmu Pagerank.
263 Comments
Assalamualaikum, macam macam boleh belajar dari pengalaman denaihati ni. InsyaAllah saya selongkar lagi blog ni untuk korek korek ilmu. Salam perkenalan dari saya.
Curahan rasa peaqour @ ..Filem Filem Best 2012 : Julai – Disember
Pada saat update PR beberapa waktu yang lalu beberapa blog saya mengalami penurunan karena jarang update.
Hanya beberapa yang masih bertahan di angka 2 dan 3 susah nak naik lagi.
Hehe…Denaihati terbaik..Layan semua Blog tanpa mengira PF..TQ2..
Curahan rasa Hafizul @ ..Perginya Tak Kembali Lagi
Comments are closed.