50 destinasi terbaik di instagram, ‘Kuala Lumpur’ tersenarai tangga keempat popular

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sebagai seorang pengembara dan kaki melancong, pastinya anda tidak akan terlepas untuk menangkap gambar atau berswafoto di sesuatu kawasan yang cantik. Malah, kawasan tersebut yang mempunyai bangunan-bangunan ikonik menjadi tumpuan para pelancong untuk berhenti dan bergambar. Sudah pasti, ianya sangat indah apabila melihatnya.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Kalau pergi ke tempat orang dan tidak mencipta sesuatu kenangan adalah sangat rugi. Contoh yang mudah adalah bergambar di tempat tersebut dan pastinya gambar tersebut akan dimuatnaik di akaun instagram peribadi dan disertakan dengan tagged location.

Menurut sebuah syarikat penyedia perkhidmatan pengangkutan United Kingdom, Hoppa, Kuala Lumpur direkodkan sebagai tempat ke-4 pemandangan yang paling kerap dimuat naik di Instagram. Tempat pertama dimiliki oleh Santiago, Chile, diikuti oleh Buenos Aires dan Kiev pada tempat ke-3.

Selain itu, Kuala Lumpur juga merupakan tempat yang popular dalam kategori perkongsian gambar makanan dan meraih tempat ke-7 mendahului Singapore, Abu Dhabi dan Melbourne. Tokyo di tangga pertama diikuti oleh Taipei, Doha, Istanbul, Osaka, Bangkok.

Pemandangan yang cantik dan mempunyai bangunan yang ikonik serta kepelbagaian makanan tempatan yang berjaya menarik perhatian pelancong menjadikan Kuala Lumpur berjaya menduduki tangga 10 teratas dalam kategori pemandangan dan perkongsian gambar makanan. Syukur.

Sumber: HOPPA


Spread the love

6 Comments

  1. Confirm ramai yang suka datang ke Malaysia disebabkan kepelbagaian cintarasa makanan dan pemandaangan yang indah.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!