Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hujung bulan Julai 2019 ni memang meriah. Tak tahu nak ke mana? Jom ke RTC Gopeng, ada FamaFest!
Program FRUITS, FLOWERS & FOOD FIESTA 2019 atau #FamaFest akan menjadi acara tahunan FAMA dalam membantu usahawan, petani dan pengeluar untuk memasarkan produk dalam membangunkan industry agrotani Negara. Famafest ini dah jadi sebagai medan pertemuan agensi kerajaan, para petani dan usahawan IKS.
Mereka semua ini yang akan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan pada harga yang munasabah dan mampu dibeli oleh pengguna.
FamaFest juga menampilkan konsep pameran dan jualan oleh jabatan dan agensi kerajaan, syarikat swasta serta usahawan. Selain dari itu, sesi bual bicara dan penanaman durian musang king, ceramah agama, acara kanak-kanak serta hiburan keluarga.
Penganjuran #FamaFest ini akan memberi impak yang besar kepada usahawan tani dan pengguna.
Kepada yang tidak tahu ke mana minggu ini, boleh ke RTC Gopeng dan sertai FAMAFest 2019 ini. Banyak sebab-sebab yang perlu anda datang ke FAMAFest 2019 di RTC Gopeng. Antaranya aktivitinya adalah :
- Jualan & Pameran Ikan Hiasan, Haiwan Kesayangan, Kuda
- Pertandingan Mewarna Kanak-kanak (Tema Haiwan Kesayangan & Ikan Hiasan) – KEMAS
- Persembahan Okestra Sekolah Pemaisuri Bainun
- Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
- Ceramah Agama – Ustaz Harianto
- Persembahan Pancaragam Kolej Komuniti
- Pertandingan Vivarium, Terrarium, Betta
- Persembahan Nasyid
- Pertandingan BayBlade
- Persembahan Dikir Barat Pertubuhan Kelana Seni Dan Warisan Neg. Perak
- Fishscooping
- Persembahan Buskers
- Pertandingan E-sport
- Tayangan Skrin Besar Perak Vs Kedah
Yang berada di Perak, utara dan juga lembah Klang pun boleh ke RTC Gopeng. Banyak sangat aktiviti yang boleh dibuat sekeluarga. Yang minat makanan, yang minat bunga dan yang minat buah-buahan memang kena datang ke FAMAfest 2019 ini.
Program besar FAMAfest 2019 ini sebenarnya dapat meningkatkan pendapatan petani dan usahawan, meningkatkan ekonomi negara dan sektor pertanian terutamanya di negeri Perak.
Ia juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada usahawan, pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia. Boleh datang dan pelajari tips-tips tentang bunga, buah dan makanan ini.
Jualan pelbagai buah-buahan bermusim seperti durian, cempedak, manggis, rambutan dan lain-lain memang ditunggu-tunggu di “ House Of Durian.
Makanan popular dari Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang serta Kelantan juga menjadi tarikan utama di FAMAfest 2019.
888 produk pilihan online dan offline, 818 species orkid flora dan fauna, 808 jenis makanan dan minuman popular serta 88 matrik tan buah-buahan ada di FAMAfest 2019 RTC Gopeng ini.
Dijangka jualan #FamaFest tahun ini 2019 adalah RM 3.0 Juta. Ini berikutan dengan sambutan tahun-tahun sebelum ini iaitu 2018 RM2.20 juta pada tahun 2018 dan RM2.05 juta pada tahun 2017.
Jangan lepaskan peluang. Datang beramai-ramai bersama keluarga, sahabat handai, kawan mahupun rakan sekerja untuk ke FAMAfest 2019 RTC Gopeng bermula pada 25 Julai hingga 29 Julai 2019.
2 Comments
Seronoknya kalau dapat pergi. Macam-macam aktiviti menarik ada. Paling best
adalah part makanan.
Curahan rasa Hawa @ ..7 Rahsia Istighfar Yang Patut Kita Semua Tahu
menarik juga Famafest ni, macam-macam ada di sana
kepada rakan-rakan yang berhampiran tu , jangan lepaskan peluang curi masa ke sana
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..BIOCHO HERBAL POMADE -Wajib Dimiliki Oleh Semua Lelaki
Comments are closed.