Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, siapa yang tak berangan menjadi kaya kalau tidak tak kan keluar lagu kalau aku kaya. Memang macam-macam yang kita angan-angankan apabila menjadi kaya. Kaya ini ujian juga malah lebih besar daripada ujian menjadi miskin. Kaya menjadi manusia leka dan miskin menjadi manusia kufur sebab itu dalam Islam yang terbaik adalah bersederhana tetapi Islam tidak menghalang umatnya menjadi kaya raya.
Teringat kisah sahabat Nabi Saidina Abu Bakar a.s yang kaya raya telah memberi segala harta bendanya untuk perjuangan agama sehingga yang tinggal hanya dua iaitu Allah dan Rasulullah. Tunduk malu bila mengenangkan kerana aku yang harta sedikit tak mampu melakukan perjuangan memberi kepada agama seperti para sahabat. Memberi kepada agama dan masyarakat adalah antara rahsia mengapa orang kaya menjadi bertambah kaya.
Alhamdulillah baru-baru ini senarai 10 orang terkaya Malaysia 2014 telah dikeluarkan dan buat pertama kali 3 individu Islam telah disenaraikan. Senarai 10 individu terkaya Malaysia 2014 ini adalah berdasarkan jumlah pegangan saham di Bursa Malaysia sehingga 18 Januari 2014. Tiga billionaire Melayu 2014 yang tersenarai adalah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, Datuk Mokhzani dan Tan Sri Azman Hashim. Aku telah menulis senarai 10 orang terkaya di Malaysia sejak 2010 sehingga entri menjadi rujukan Wikipedia dan inilah pertama kali tiga usahawan Melayu tersenarai dalam top 10. Tahniah kepada ketiga-tiga Bilionaire Melayu kerana bukan mudah nak memecahkan monopoli usahawan cina.
[box type=”shadow”]Senarai 10 Individu Terkaya Malaysia 2014
- Robert Kuok RM54.48b
- Ananda Krishnan RM33.19b
- Tan Sri Teh Hong Piow RM18.07b
- Tan Sri Queck Leng Chan RM14.11b
- Tan Sri Lee Shin Cheng RM13.12b
- Tan Sri Mokhtar RM11.07b
- Tan Sri Lim Kok Thay RM9.43b
- Puan Lim Kim Hoa RM7.47b
- Datuk Mokhzani RM4.22b
- Tan Sri Azman Hashim RM4.11b [/box]
Berbanding dengan senarai untuk 10 orang terkaya Malaysia 2013 memang terdapat peningkatan jumlah harta terkumpul untuk semua 10 jutawan Malaysia yang disenaraikan di atas. Perbezaan ini disebabkan suasana pasaran saham yang baik dengan angka index pasaran Bursa Malaysia terus melonjak.
Yang tak sedap telinga apabila ada di kalangan orang kita mencebik pada tiga Billionaire Melayu dengan perkataan kronis. Nak menyebut perkataan kronis hanya sekadar kerana ada pemimpin politik menuduh kronis memang mudah tetapi kalau ditakdirkan kita diberi projek kronis adakah mampu untuk kita menguruskan sehingga menjadi antara Billionaire Malaysia. Pasti ada kehebatan peribadi pada usahawan-usahawan ini sehingga mereka boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Billionaire Cina dan India. Sedih kekadang apabila Melayu berjaya ada sahaja salah dan silap yang dikorek tetapi kalau bangsa lain semuanya yang terbaik dan paling sedih yang mengutuk itu bangsanya sendiri.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia membina kerjaya berjaya dari rumah!!! Klik Sini
Rahsia Menambah Pendapatan dengan Menulis! Klik Sini
Rahsia sedekah membuka pintu rezeki! Klik Sini[/box]
Sampai bila agaknya budaya hasad dengki Melayu akan terus menjadi permainan kehidupan mungkin sehingga bangsa Melayu pupus ditelan zaman. Selagi ada dunia selagi ada kerajaan selagi itu ada kronis tak kira siapa yang memerintah jadi jangan biarkan kita terpedaya dengan mainan orang ketiga yang suka melihat Melayu miskin.
104 Comments
Moga ada lagi Orang Melayu (Islam) yang tersenarai selepas ini.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Mampukah Ekonomi Islam Melayu Berkembang Di Pasaran
Moga jumlah usahawan Islam bertambah lagi dari tahun ke tahun memasuki senarai 10 terkaya di negara kita…bilahkah datangnya saat itu…sama-sama kita doakan. Insyaallah!
Curahan rasa Mohd Shubhi @ ..Tips memilih rakan kongsi
Semoga lebih ramai lagi orang melayu yang sukses dalam bidang perniagaan sekaligus membantu ekonomi masyarakat kita
Curahan rasa Hazman Fadzil @ ..HAZMANFADZIL.COM masuk Utusan Malaysia
Tahniah pd 3 billionaire org kita di atas. Terbaik!
Dengki mmg dah jadi “darah daging” org kita. Biar dia kaya takpe, jgn org lain…gitulah gamaknya….
Curahan rasa hafizmd @ ..Contoh Soalan Temuduga Pegawai Penerangan S41
beeehhh ntr klau kebanyakan duit malah sibuk lagi jagain duitnya hahaha
btw nice shre gan
Curahan rasa rizky @ ..Tes 10 Detik Ini dapat Menentukan Kecerdasan???
kelihatannya masih ditempati orang chines, mudah-mudahan suatu saat orang melayu
Curahan rasa bestagaric @ ..Agen Bestagaric Bandung
orang cina masih monopoli top 10 ini(6 dari 10), peningkatan bagi orang melayu dari 1 orang ke 3 orang.
Curahan rasa Denaihati @ ..Laurastar – Seterika Wap dengan Teknologi Swiss
Wah semoga saya yang selanjutnya tapi di indonesia 🙂
Amin
Curahan rasa Company Profile @ ..Contoh Desain Company Profile Booklet Perusahaan Gold Investment and Trading
semoga suatu hari nanti kedudukan pertama milik bangsa Melayu…=)
Curahan rasa papa mifz @ ..2 Kali Berjumpa Janda Disedari Isteri dan Keluarga
alhamdulilah ada juga orang islam yang tersenarai dekat 10 rangking terkaya malaysia, semoga lebih ramai umat islam yang tersenarai,
Curahan rasa onlajer @ ..Seronoknya Pesta Layang – Layang
Perkataan kroni ni kalau difikirkan betul2..applicable untuk semua orang tanpa mengira parti politik..dalam kehidupan seharian pun ada je aktiviti yang melibatkan “kroni”..senang cerita, ada kerja yang hendak ditawarkan takkan nak bagi pada orang yang tak kenal dan bercanggah pendapat..dah tentulah nak bagi pada orang yang senang mendengar kata. just my 2 cents.
apa2 pun tetap berbangga pada 3 orang melayu yang tersenarai diatas. 🙂
Curahan rasa Hafiz Rahim @ ..Pentingnya Medical Card
Setuju tu bro!
Apa salahnya kroni dh kalau kroni tu power dan bijaksana…
Curahan rasa hafizmd @ ..Contoh Soalan Temuduga Pegawai Penerangan S41
kekayaan mereka pasti di raih dengan jerit payah yang sangat susah
pantangan hepatitis b – jadi termotivasi untuk menjadi kaya seperti mereka, semoga banyak orang kaya yang bisa memotivasi orang lain menjadi kaya
Curahan rasa pantangan hepatitis b @ ..Pantangan Makanan Hepatitis B | Yang Wajib Anda Ketahui
salam kenal….nice info
nice posting…keep in touch
Pergh. Semua main billion dah. Harap lebih ramai rakyat Malaysia mampu naik taraf hidup.
Curahan rasa Trend Malaya @ .."Saya Tidak Bersalah, Tidak Akan Melutut" – Sharnaaz Ahmad
Comments are closed.