Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, siapa yang tak berangan menjadi kaya kalau tidak tak kan keluar lagu kalau aku kaya. Memang macam-macam yang kita angan-angankan apabila menjadi kaya. Kaya ini ujian juga malah lebih besar daripada ujian menjadi miskin. Kaya menjadi manusia leka dan miskin menjadi manusia kufur sebab itu dalam Islam yang terbaik adalah bersederhana tetapi Islam tidak menghalang umatnya menjadi kaya raya.
Teringat kisah sahabat Nabi Saidina Abu Bakar a.s yang kaya raya telah memberi segala harta bendanya untuk perjuangan agama sehingga yang tinggal hanya dua iaitu Allah dan Rasulullah. Tunduk malu bila mengenangkan kerana aku yang harta sedikit tak mampu melakukan perjuangan memberi kepada agama seperti para sahabat. Memberi kepada agama dan masyarakat adalah antara rahsia mengapa orang kaya menjadi bertambah kaya.
Alhamdulillah baru-baru ini senarai 10 orang terkaya Malaysia 2014 telah dikeluarkan dan buat pertama kali 3 individu Islam telah disenaraikan. Senarai 10 individu terkaya Malaysia 2014 ini adalah berdasarkan jumlah pegangan saham di Bursa Malaysia sehingga 18 Januari 2014. Tiga billionaire Melayu 2014 yang tersenarai adalah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, Datuk Mokhzani dan Tan Sri Azman Hashim. Aku telah menulis senarai 10 orang terkaya di Malaysia sejak 2010 sehingga entri menjadi rujukan Wikipedia dan inilah pertama kali tiga usahawan Melayu tersenarai dalam top 10. Tahniah kepada ketiga-tiga Bilionaire Melayu kerana bukan mudah nak memecahkan monopoli usahawan cina.
[box type=”shadow”]Senarai 10 Individu Terkaya Malaysia 2014
- Robert Kuok RM54.48b
- Ananda Krishnan RM33.19b
- Tan Sri Teh Hong Piow RM18.07b
- Tan Sri Queck Leng Chan RM14.11b
- Tan Sri Lee Shin Cheng RM13.12b
- Tan Sri Mokhtar RM11.07b
- Tan Sri Lim Kok Thay RM9.43b
- Puan Lim Kim Hoa RM7.47b
- Datuk Mokhzani RM4.22b
- Tan Sri Azman Hashim RM4.11b [/box]
Berbanding dengan senarai untuk 10 orang terkaya Malaysia 2013 memang terdapat peningkatan jumlah harta terkumpul untuk semua 10 jutawan Malaysia yang disenaraikan di atas. Perbezaan ini disebabkan suasana pasaran saham yang baik dengan angka index pasaran Bursa Malaysia terus melonjak.
Yang tak sedap telinga apabila ada di kalangan orang kita mencebik pada tiga Billionaire Melayu dengan perkataan kronis. Nak menyebut perkataan kronis hanya sekadar kerana ada pemimpin politik menuduh kronis memang mudah tetapi kalau ditakdirkan kita diberi projek kronis adakah mampu untuk kita menguruskan sehingga menjadi antara Billionaire Malaysia. Pasti ada kehebatan peribadi pada usahawan-usahawan ini sehingga mereka boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Billionaire Cina dan India. Sedih kekadang apabila Melayu berjaya ada sahaja salah dan silap yang dikorek tetapi kalau bangsa lain semuanya yang terbaik dan paling sedih yang mengutuk itu bangsanya sendiri.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia membina kerjaya berjaya dari rumah!!! Klik Sini
Rahsia Menambah Pendapatan dengan Menulis! Klik Sini
Rahsia sedekah membuka pintu rezeki! Klik Sini[/box]
Sampai bila agaknya budaya hasad dengki Melayu akan terus menjadi permainan kehidupan mungkin sehingga bangsa Melayu pupus ditelan zaman. Selagi ada dunia selagi ada kerajaan selagi itu ada kronis tak kira siapa yang memerintah jadi jangan biarkan kita terpedaya dengan mainan orang ketiga yang suka melihat Melayu miskin.
104 Comments
semoga lepas ini lebih ramai org melayu yang menjadi kaya dan menyumbang kpd pembangunan org Melayu 🙂
Curahan rasa Sop @ ..MUSLIM NIAGA | Platform Dropship Produk Islamik No. 1 Malaysia
Walaupun Melayu adalah penduduk majoriti di Malaysia, hanya 3 shj yg mampu menduduki carta 10 terkaya.. tu pun ada yg mengatakan kekayaan yg diperoleh adalah disebabkan kroni..sedihnya, ramai juga yg sebangsa nk menjatuhkan sesama bangsa, bkn sebaliknya.. fikir2kan.. 🙁
Curahan rasa UpProfits @ ..Kedah vs Johor DT Suku Akhir 2 Piala FA 2014
Boleh dijadikan mentor atau idola kesemua dalam senarai tu . Mudah-mudahan akan lebih ramai lagi jutawan muslim pada masa akan datang termasuk dalam senarai
Curahan rasa wazy @ ..Teknik Pemasaran Video Dari DoVideoNow
Alhamdulillah ada peningkatan bilangan bilionair Muslim.
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Senarai 10 Individu Paling Kaya Malaysia 2014
Paling terasa dengan peranggan pertama ayat DenaiHati, kaya itu ujian, miskin pun ujian.
Betul sangat setuju tu,
kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada, nanti Allah akan tambah nikmat.
Curahan rasa Akmal Zaidi @ ..St John’s International School A Level Scholarship 2014
Happy for them DH..Bukan mudah untuk menjadi 10 yang terkaya Di Malaysia. Di dunia apatah lagi. Dia orang ni dah rasa semua kesusahan sebelum meraikan apa yang dia orang dapat sekarang…hasad dengki tu biasa. yang tak kaya pun selalu kenakan. So anggaplah itu dugaan dan cabaran buat mereka untukterus berusaha…
Curahan rasa Raudzah @ ..Kejamnya!!!!!
Setuju dgn tuan pada dua2 perenggan terakhir tu. Mereka yg tersenarai mmg bukan calang2 orgnya lbh2 lg Tan Seri Syed Mokhtar. Perasaan hasad dengki mmg sinonim dgn bgsa kita. Dr zmn nabi lg dah ada. Sy sendiri tak terhindar dari mereka yg berPHD. Even tak kaya raya seperti mereka yg hebat di atas tu.
Bagi sy, 3 melayu terkaya tu mmg berani dan amat bijak merebut peluang yg diberi dan peluang yg ada. Syabas buat mereka. Tak kisah mereka dari parti mana tapi sy cukup bangga dgn mereka 🙂
Curahan rasa ieta mat saad @ ..Poligami Rasulullah s.a.w.
Yang mencebik itu kerana mereka tidak dapat projek. Cuba beri projek kepada mereka, mereka akan ambil juga. Setiap kerajaan akan ada pembangunan. Dan ada kontraktor atau orang yang akan membangunkannya. Bolehkah orang ini dikatakan kronis. Cuma sedihnya banyak kronis yang makan sendiri-sendiri dan ada yang lingkup. Segelintir sahaja yang benar-benar berjaya dan mengagihkan kekayaan mereka
Curahan rasa ahmadyani @ ..Pengkhianat Bahasa
moga suatu hari orang Islam menjadi majoriti di kalangan mereka² semua
Curahan rasa cikgu naman @ ..Muslim Niaga
Terima kasih di atas perkongsian info…. Seperti yang dijangka Raja Gula Malaysia akan terus mendahului senarai manusia terkaya di Malaysia… 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Limpahan Rezeki Pada Tahun 2013
biasalah tu.. ada je manusia yang dengki.. usahanya tidak untuk jadi lebih baik..
orang jadi kaya pun salah.. jadi miskin dihina pula
Curahan rasa zool @ ..FAM lancar kempen Antikeganasan bolasepak
KAYA HARTA akan manis terasa oleh pribadi dan orang lain jika dibarengi dengan KAYA HATI
Curahan rasa Dawaihati @ ..6 Kelebihan Digital Printing yang Harus Anda Ketahui
Masing masing nama besar dalam dunia bisnes… satu hari nanti bumiputera islam dapat memecahkan monopoli bangsa lain….
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Nasi Vanggey Cawangan Shah Alam
Betul tu.. bila ada dalam senarai, orang pertikai.. bila takda dalam senarai, lagi lah orang pertikai.
Bab kronisme tak akan habis lagi-lagi melibatkan politik. Yang wangi kejap sahaja jadi busuk sebab orang tak fikir panjang. Cuba bila ada RM1 billion dalam akaun sendiri.. silap2 lagi teruk dari apa yang dicaci.
Curahan rasa KiD @ ..Limpahan Rezeki Yang Tak Disangka
fuhhh..kaya benar mereka tu semua yek..
Curahan rasa titan @ ..Review Buku dan Dapat Duit.
top 100 pun kira memang kayalah, inikan pulak top 10.
Curahan rasa Denaihati @ ..Okinawa tempat percutian indah dan menarik
Comments are closed.