Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Terkejut apabila membaca berita kesedihan yang melanda keluarga salah seorang rakan blogger, Dayah Bachtiar iaitu pemilik blog DengariSaya.blogspot.com . Rumah kediaman yang mereka sekeluarga duduki di Sungai Chua, Kajang telah hangus dijilat api. Sudah pasti lidah kelu tidak terkata apabila melihat sendiri api yang marak membakar. Kejadian dianggarkan berlaku pada jam 11.50 malam tadi ketika mereka pulang ke rumah selepas habis latihan silat.
Rumah sudah berasap, jiran memang dah kat depan rumah. Ada yang dah telefon BOMBA dan suami Dayah cuba masuk tetapi hanya separuh jalan disebabkan asap yang sangat tebal sudah memenuhi ruang rumah. Pihak BOMBA sampai sepuluh minit selepas panggilan kecemasan tersebut. Agak ralat disebabkan tekanan air yang kurang menyebabkan api cuma dapat dipadamkan selepas dua jam.
Habis rentung dan hitam legam ruang dinding rumah mereka. Dari gambar yang diberikan, mana mungkin dapat selamatkan semua barang-barang dan perabot rumah. Keterangan juga sudah diambil oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjutan. Pada waktu sementara ini, mereka sekeluarga menumpang rumah ibu Dayah di Sekamat.
Sehubungan dengan itu pihak Denaihati ingin menyeru kepada semua rakan di luar sana untuk turut sama-sama membantu rakan blogger kita ini. Mudah sahaja, mulai hari ini 19 Oktober sehingga 26 Oktober 2014, setiap satu komen yang ditulis di blog Denaihati adalah bernilai RM1 untuk didermakan kepada keluarga mangsa.
Komen dan coretkanlah apa sahaja yang berkaitan di entry ini dan juga mana-mana entry di dalam blog Denaihati ini. Sebagai tanda anda semua memberi sokongan moral dan secara tidak langsung dapat membantu keluarga rakan blogger kita ini. Seingat penulis, beliau memang memberikan komitmen yang baik dalam acara-acara yang dianjurkan oleh Denaihati Network seperti di Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014. Bachplussize selaku penaja hadiah cabutan bertuah, membuka booth jualan dan sudah tentu menyertai event yang telah dianjurkan.
1 komen 1 Ringgit akan didermakan
Jangan lupa. Sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Pihak team Denaihati mengucapkan salam takziah kepada keluarga Dayah Bachtiar, semoga mereka terus menjalani kehidupan seperti biasa. Ujian datang tanpa diduga, hanya redha dan ikhlas menerima akan dapat semula balasan yang belipat kali ganda lebih baik.
[box type=”shadow”]Jumlah komen terkumpul 1845 komen = RM 1845.00[/box]
Sumbangan tunai
Kepada yang ingin membuat sumbangan tunai, boleh transfer ke akaun berikut dan isi borang di bawah, pihak kami akan menguruskan sumbangan tersebut dan menyalurkan bersama-sama jumlah sumbangan dari komen ini.
Nama akaun : Denaihati Resources
Nombor akaun : 562834616817
Nama bank : Maybank
Error: Contact form not found.
No related posts.
1,542 Comments
Satu cara bantuan derma yang amat saya sukai kerana ianya mudah bagi mereka yang tidak mampu untuk menderma
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Betul tu, Mulia sungguh team Denaihati ini kan. Bantu membantu antara satu sama lain dengan rakan blogger.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Teruskan berdoa buat keluarga mangsa semoga mereka terus ceria dan lupakan perkara yang telah berlaku
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Insyaallah. Sama-sama kita doakan yang terbaik ye. Moga kak Dayah dan keluarga baik-baik sahaja.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Semoga tidak ada kecederaan yang melibatkan keluarga mangsa ketika kejadian itu berlaku
Rasanya tiada keluarga kak Dayah semasa kejadian ini berlaku kan. Semoga kak dayah tabah menghadapinya.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Banyakkan bersabar saudaraku, sesungguhnya setiap kejadian ini sudah pastinya ada kebaikan yang terselit disebalik itu
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Betul tu. Banyakkan bersabar dengan dugaan ini. pasti ada hikmah yang baik di sebalik semua ini.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Tidak ada bantuan lain yang mampu saya berikan selain berdoa kepada Allah supaya anda semua diberikan kekuatan
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Betul tu. Teruskan berdoa yang baik-baik untuk kak Dayah dan keluarganya ye. Jangan putus berdoa.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Semoga keluarga mangsa dapat teruskan kehidupan seperti biasa dan rumah tersebut dapat dipulihkan dengan segera
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Insyaallah. Semoga dipermudahkan segala urusan untuk memperbaik rumah mereka sekeluarga ye.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Kejadian seperti ini memang tidak akan kita sedar bila ianya akan berlaku. Oleh itu, kita haruslah berhati hati pada setiap masa
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Memang kena sentiasa berhati-hati agar perkara seperti tidak akan berlaku lagi ye. Jadikan pengajaran.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Jadikan lah peristiwa ini sebagai pengajaran supaya perkara ini tidak akan berlaku lagi di kemudian hari
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Betul tu. Lepas ini kita kenalah lebih berhati-hati lagi ye. Moga kak dayah dan keluarganya baik-baik sahaja.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Semua perkara terjadi dengan hikmah yang terbaik dalam hidup. Teruskan berdoa
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Betul tu. Pasti ada hikmah di sebalik setiap yang terjadi pada kita ini kan. Teruskan berdoa yang baik-baik.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Allah tidak akan menguji hambaNya selagi mana mereka mampu untuk menanggungnya
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Betul tu. Allah tahu kemampuan kita, maka haruslah kita bangkit daripada segala dugaan ini.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Tidak ada kekuatan buat saya selain teruskan berdoa buat kebaikan anda keluarga
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Semoga kak Dayah dan keluarganya setiasa tabah dalam menghadapi dugaan berat seperti ini ye.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Banyakkan berdoa ye buat keluarga mangsa. Saya sentiasa menyokong daripada belakang.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk kak dayah dan keluarganya dalam menghadapi dugaan ini.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Semoga ujian ini dapat menaikkan lagi semangat keluarga mangsa untuk teruskan hidup
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Insyaallah. Kak Dayah dan keluarganya pasti redha dengan segala ketentuan Allah ini. Pasti ada hikmahnya.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Kadang kadang dengan ujian inilah yang akan menaikkan lagi semangat kita dalam hidup
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Betul tu. Kita akan lebih menghargai kehidupan kita ini. Moga kak Dayah dan keluarga baik-baik sahaja.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Tak semua orang mampu menampung ujian ini dengan sebaiknya jika tiada perasaan sabra dalam diri mereka
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Betul tu. Memang kena banyak bersabar dalam menghadapi setiap dugaan dan ujian yang Allah berikan ini.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Comments are closed.