Travelog Cambodia kembara ke Siem Reap

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, jauh berjalan luas pandangan. Banyak juga ayat Al-Quran yang mengajak Umat Islam menjelajah dunia melihat kebesaran Tuhan. Ramai yang fikir kalau nak mengembara ini mesti ada banyak duit. Sebahagian pendapat itu adalah salah terutama kepada pencinta kembara backpackers. Dengan perancangan yang betul insyallah kita boleh meminimumkan perbelanjaan ketika kembara kemana sahaja di dunia ni.

International Airport Siem Reap

Kali ini aku ingin berkongsi travelog Cambodia kembara ke Siem Reao. Sudah 4 kali aku menjejaki kaki ke Siem Reap, Kemboja sebuah Kota Wisata yang lokasinya tidak begitu jauh dengan sempadan Thailand dan kira-kira 350 km dari Phnom Penh. Nama Siem Reap ditentang oleh Thailand kerana maknanya Siam Kalah. 70% penduduk bekerja dalam industri pelancongan yang menjadi sumber utama ekonomi Siem Reap. Dua lokasi yang paling utama untuk dilawati adalah Angkor Wat dan Tasik Tonle Sap (Tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara).

Rumah Rakit di Tasik Tonle Sap

Untuk sampai ke Siem Reap dari Malaysia ada satu penerbangan AirAsia setiap hari jam 7.00 am dari LCCT. Majoriti Pelancong dari Indonesia dan Eropa juga menggunakan AirAsia untuk ke Siem Reap.

D’Wau Cafe yang bertaraf Malaysian Kitchen

Majoriti penduduk Siem Reap adalah bukan Islam jadi tidak mudah bagi pelancong Islam untuk mendapat makanan HALAL. Setakat ini yang aku tahu ada beberapa restauran halal iaitu D’Wau Cafe, Restauran Hj. Musa dan KFC. Bila sampai ke D’Wau Cafe boleh juga lansung booking hotel dibelakangnya yang dipunyai oleh Pengusaha Muslim.

Restauran Hj Musa

Di waktu malam Siem Reap memang bercahaya dan dipenuhi dengan pelancong yang menjamu selera dan merehatkan badan di spa dan pusat urut refleksologi yang ada dimerata tempat. Kepada yang rajin mencari hadiah untuk keluarga pasti nite market tidak akan dilupakan.

Pemandangan Kota Siem Reap dari D’Wau Cafe

Kepada yang berhasrat nak melancong ke Siem Reap dan perlukan khidmat nasihat sila kirimkan pesanan terus samada melalui email, twitter dan facebook. Insyallah dalam entri yang lain aku akan kongsikan pengalaman travelog kembara di lokasi yang lain.


Spread the love

313 Comments

        1. Kalau di Phonm Penh nama hotel disebelah D’Wau adalah New York hotel untuk di Siem Reap tu kurang ingat pulak lah.

  1. hye. nak tanya tips n guide pergi siem reap. will be there from 18th to 23rd march ni. and plan untuk pergi ke phnom phen juga. ada tak guide untuk kami?thanx

    1. Kadang kala kita juga mau merasai tanah orang lain.. mau tengok dengan mata kita sendiri cara hidup dorang ni, kebudayaan dorang… Kalau internet tu, tidak bisa bagi kepuasan macam tu.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!