Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pengalaman naik cruise ketika Kembara Musafir New Zealand masih terasa lagi. Terasa kerana kami melalui cuaca yang sangat buruk dengan ombak yang tinggi. Pada mulanya nak tunjuk hero duduk kat deck depan nak merasai berapa tinggi pukulan ombak walaupun pengurus cruise dan buat pengumuman jangan duduk kat depan kepada yang mabuk laut. Akhir tewas dengan badan yang terhuyung hayang balik semula ke tempat duduk di bahagian tengah deck bawah.
Selang beberapa minggu selepas Kembara Musafir New Zealand dapat jemputan daripada Intel Malaysia untuk majlis pelancaran 4th Generation Intel Core Processor di atas Superstar Libra Cruise untuk yang belum baca entri boleh klik SINI. Naik cruise memang satu pengalaman yang berbeza yang mesti dilalui kepada yang suka travel tapi tidak kepada yang fobia laut.
Di Malaysia ada beberapa terminal cruise antaranya di Pelabuhan Klang tetapi untuk pelancaran 4th Generation Intel Core Processor dibuat di Pulau Pinang. Dari Kuala Lumpur kami wakil media naik bas di bawa ke Swettenham Pier Cruise Terminal. Proses nak naik cruise lebih kurang macam naik kapal terbang juga dengan proses check in dan pemeriksaan keselamatan yang ketat. Kad pengenalan diaorang ambik ketika masuk cruise tu ada yang tak puasahati.
Kad Pengenalan kita akan diambil ketika memasuki Cruise dan diganti dengan kad khas. Kad Cruise akan digunakan seperti debit kad untuk semua pembelian di dalam cruise dan kita perlu membuat bayaran di kauter di deck empat sebelum turun dari cruise. Kad yang sama juga digunakan sebagai kunci bilik dan masuk ke lokasi tertentu di dalam cruise.
Superstar Libra Cruise memang menyediakan package belayar satu malam ke lautan antrabangsa. Nilai tiket bergantung kepada jenis bilik yang kita tempat tapi purata daripada RM580 – RM290. Untuk mengetahui jadual dan jenis bilik serta bayaran boleh klik SINI. Kami semua diberi bilik berdua bahagian dalam yang tiada tingkap. Nama pun cruise jadi bilik memang muat-muat untuk dua orang sahaja.
Belayar satu malam dengan Superstar Libra Cruise memang satu pengalaman yang berbeza terutama kepada pasangan yang baru berkahwin kira macam honeymoon lah tak de siapa yang nak ganggu. Kepada keluarga yang nak bawa anak-anak kena pilih waktu yang sesuai dimana ada program khas anak-anak kalau tidak memang membosankan untuk mereka.
Aku sendiri tak tahu nak buat apa setelah makan malam di deck sembilan yang berbumbungkan langit tak kan pulak nak berenang di kolam dengan swimming trunk dikelilingi tetamu yang lain yang sedang makan atau tak kan nak jacuzzi yang terletak disebelah kolam renang. Semua program ikut jadual antaranya pemainan silap mata oleh pakar silap mata dari luar negara .. tu lah aku masuk je dewan di deck lima persembahan pun abis. Ramai yang menghabislan masa di deck sembilan menghirup udara laut yang nyaman ketika belayar ke laut antrabangsa. Kepada yang kaki minum ada mini bar di hadapan deck sepuluh.
Pelancung Cina memang ramai sebab ada casino dan itu pun sebab utama mereka menaiki Superstar Libra Cruise. Ada juga kedai menjual cendermata, jam dan minyak wangi dengan harga tanpa tax. Untuk menghabiskan masa aku lepak kat cafe di deck empat pekena kopi panas sambil melihat live band.
Satu lagi isu yang mesti diuruskan ketika booking tiket adalah makanan halal. Tempahan awal untuk makanan halal mesti dibuat ketika nak beli tiket supaya tiada masalah ketika berada atas kapal. Bagus juga bawa biskut untuk standby. Setiap deck memang ada restoran tapi kalau kita beli tiket biasa hanya restoran tertentu sahaja dibenarkan. Kalau nak masuk mana-mana restoran yang kita suka kenalah upgrade tiket kepada Suite yang akan dapat macam-macam kemudahan di dalam bilik dan fasiliti-fasiliti lain. Jangan lupa bawa kompas untuk menentukan kiblat sebab dalam cruise memang tak de tanda kiblat … memang tak boleh pun sebab kapal kan belayar tapi sekarang dah mudah sebab dah ada smartphone yang boleh check arah kiblat.
Satu lagi nak ingatkan kena bawa 2 pin power plug kalau tidak pasti jadi macam aku yang kehabisan bateri handphone dan laptop gara-gara tak bawa. Cruise ada juga sediakan cuma perlu tunjukan kad di kauter tapi masalahnya ramai sangat tak bawa jadi stok habis.
Semalaman belayar dengan Superstar Libra Cruise memang ada kelainan tetapi kalau nak best lagi ambil package 3D2N ke Phucket dan Krabi .. tu lagi best.
43 Comments
Memang canggih cruise ni. Teringat pulak kisah Titanic. Hoho. Teringin jugak nak merasa naik cruise ni.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Cantik jelita dan tampil berseri dengan Placenta White By Nikko
Menarik juga pengalaman naik cruise ni. Kalau naik cruise ini secara berkumpulan yang besar, mungkin lebih seronok.
Curahan rasa Kak Long Mawar Merah @ ..Resepi menyediakan Chicken Chop
Assalammualaikum…Cruise pun dah macam kapal terbang..sure serba serbi dalam ni mahal kan?
wow wow wow…terasa tenang aku kat sini walaupun tak naik cruise. Sekali je aku penah naik, masa kat Melaka. River Cruise melaka..hehe
Curahan rasa encikarman @ ..Loket radioaktif berbahaya
Pernah berangan nak naik Cruise kononnya nak honeymoon or celebrate anniversary, tapi tak pernah kesampain lagi.. Walhal kalau p Penang tu kerap juga ‘depa’ buat promosi untuk semalam.
Curahan rasa Myra Jay @ ..WW : Koaw Teow Th’ng
wow..nampak mewah..terus teringat fazura and maya karin dalam filem pisau cukur hehe
Wah..beruntung betul abang DH…saya pun nak cuba lah nanti honeymoon naik curise..xpenat sangat..bot goyang sendiri..
Curahan rasa Berita Harian @ ..Gambar Anak Diana Danielle & Farid Kamil! Tahniah!
Comments are closed.