Solat Terawih 8 atau 20

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, masih ingat malam 1 Ramadhan penuh sesak Masjid di Taman Perumahan kami setelah puasa diistiharkan oleh Pemegang Mohor Besar Majlis Di Raja. Ada di kalangan yang datang macam tak pernah kenal pun dan ada yang tak sangka rupanya kita duduk satu taman perumahan.

Habis je Solat Terawih 8 rakaat bertempiaran keluar sehingga tak sempat nak tunggu doa tinggallah beberapa saff jemaah biasa yang meneruskan hingga rakaat ke 20 dan Solat Witir 3 rakaat. Bagaimana fenomena di Masjid dan Surau tempat anda, sama ke?

Solat sunat Terawih ini istimewa kerana hanya diadakan di bulan Ramadhan tidak ada di bulan-bulan yang lain. Kalau Para Sahabat, Ulama dan Para Tabiin menganggap Solat Terawih sebagai acara merehatkan badan sambil mendengar bacaan Al Quran untuk mendapat redha ALLAH SWT tetapi kita pula merasakan bagai paksaan.

Solat Terawih merehatkan badan setelah seharian berpuasa

Semakin penghujung Ramadhan ujian semakin tinggi kerana acara dunia semakin banyak mana yang nak pergi majlis Buffet Ramadhan, shopping baju raya dan shopping kuih raya. Fenomena biasa semakin hujung bulan Ramadhan Masjid dan Surau semakin kosong dan Pasaraya dan Mall semakin penuh.

Kenapa tidak tahun ini kita bersama mengubah budaya yang tidak baik ini. Mari kita sama- sama berazam untuk melipat gandakan amalan terutama Solat Terawih dan mengejar Lailatul Qadar yang ganjarannya SubhanAllah terlalu besar tiada bandingan dengan wang ringgit, Emas dan Silver trillion dollar. Kalau tak sempat solat di Masjid atau Surau bolehlah kita laksanakan di rumah sendirian atau berjemaah dengan keluarga.

Tak kisahlah Solat Terawih 8 atau 20 rakaat yang penting jangan tak solat lansung kerana jangan jadikan kita antara manusia yang rugi. Jangan jadikan Ramadhan tahun ini tiada nilai muhasabah dan kita sama seperti tahun-tahun yang lepas. cuma buat 8 dapat pahala 8 tak sama dengan ganjaran untuk mereka yang buat 20 rakaat.

Masih belum terlambat untuk kita memperbaiki apa yang kurang sebelum ini. Peringatan untuk diri aku sendiri yang lemah imannya.

Panduan Solat Terawih dan kelebihannya @ Solat Sunat Terawih.

---

  1. Kadang-kadang 8..kadang-kadang 20 ehehee..
    Entri terbaru Blog Asyraf – Hari Ketiga Puasa : Masih Belum Kedengaran Bunyi Mercun, AlhamdulillahMy Profile

  2. Hmmhmhm, itu tergantung nya mau ambil yang mana, aku mah cenderung ke 8
    Entri terbaru Belajar Internet – Steve Jobs Kagum dengan Pendiri FacebookMy Profile

  3. Kita beribadah itu menurut contoh Rosululloh, kalau yang 20 dalilnya gemana? yang 8 rokaat dalilnya gemana? Saya cenderung yang 8.
    Entri terbaru Sehat dan langsing – Langsing habis MelahirkanMy Profile

  4. kalau untuk sesuatu yang sunnah, lebih baik kite lakukan yang paling banyak. contohny untuk solat tarawih, lebih baik kita kerjakan yang 20 rakaat.
    :)
    Entri terbaru Adhari – DermarollerMy Profile

Trackbacks

  1. [...] RamadhanFadilat memberi makan orang berbuka puasaTips Pasti Berjumpa Malam Lailatul QadarSolat Terawih 8 atau 20Selamat Hari Raya Terima kasih datang ke WanGerrard.comSila tinggalkan komen anda dibawah Jangan [...]

  2. [...] 3. Setiap kali menulis entri baru aku akan pasti ejaan betul terutama keywords yang menepati kehendak Google Search. Contohnya ejaan “Solat Terawih” ada juga yang menggunakan “Solat Tarawih“. Mengikut carian di Google lebih banyak perkataan “Solat Terawih” digunakan berbanding “Solat Tarawih” maka aku tulis entri bertajuk “Solat Terawih 8 atau 20“. [...]