Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah semalam telah berlangsung majlis pengumuman Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015 bersama rakan blogger, penaja dan rakan media. Sejak 2012, pihak Denaihati Network telah mengadakan majlis Sepetang Bersama Blogger ini untuk memberi ruang kepada rakan-rakan blogger bersua muka dan berinteraksi antara satu dan lain.

Pada tahun ini, ada kelainan yang dibawakan untuk Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015. Jika tiga tahun sebelum ini, semua majlis diadakan di dalam dewan, pada tahun ini, acara di luar dewan akan diadakan. Ini dilakukan untuk memberi kelainan dan berdasarkan maklum balas daripada rakan-rakan blogger yang mahukan aktiviti yang akan mengeratkan lagi perhubungan antara satu dan lain.

Sekiranya anda masih belum pernah menyertai majlis SBB, ini adalah peluang untuk anda menambah jaringan atau mengukuhkan jaringan sedia ada. Usah tunggu untuk acara rasmi semasa majlis SBBYEOS2015 untuk berkenalan. Gunakan peluang berkumpul di satu tempat untuk saling kenal-mengenali.

Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015

Penaja Sepetang Bersama Blogger 2015

Syukur alhamdulillah, pada tahun ini, pihak Yeo’s Malaysia sekali lagi ingin bekerjasama dengan Denaihati Network untuk penganjuran aktiviti ini. Pada tahun lepas juga, pihak Yeo’s Malaysia buat pertama kalinya telah bersetuju menjadi penaja utama untuk SBB2014.

Yeo’s Malaysia bermula pada tahun lepas, telah bergerak aktif dalam Social Media dan sangat gembira apabila boleh bekerjasama dengan rakan-rakan blogger sekalian. Penglibatan para blogger secara aktif di alam maya ini, membuatkan Yeo’s Malaysia juga mengambil langkah proaktif untuk bersama-sama dalam social media.

SBBYEOS2015

Selain itu, pada tahun ini juga, pihak kafe The Sumbs telah bersetuju menjadi penaja bersama untuk majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015. Kafe The Sumbs menggunakan tagline ForFoodieByFoodie menawarkan pelbagai hidangan menarik dengan harga yang berpatutan. Kafe mereka terletak di seksyen 13, Shah Alam.

Pendaftaran Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015
Pihak Denaihati Network juga berbesar hati apabila pihak Kumpulan Media Karangkraf sudi untuk menjadi rakan media pada majlis kali ini. Kumpulan Media Karangkraft menawarkan pelbagai bahan bacaan dan rujukan kepada pasaran Malaysia terutamanya.

Pada majlis #SBBYEOS2015 ini, pihak The Photolicious telah bersetuju untuk menjadi jurugambar dan juruvideo rasmi sepanjang majlis berlangsung. The Photolicious merupakan syarikat yang berpengalaman dalam menguruskan proses mengambil gambar dan video untuk pelbagai acara. Sekiranya anda sedang mencari jurugambar atau juruvideo, The Photolicious seharusnya menjadi pilihan anda.

Selain itu, pihak eQurban Resources Sdn Bhd dan Jam Tawaf Magnetik Denaihati telah bersetuju untuk menjadi penaja bersama dalam majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015. Terdapat sejumlah rakan-rakan blogger yang telah bersetuju untuk menjadi rakan strategik untuk majlis pada kali ini, senarai akan dikemaskini dalam masa terdekat.

Bila dan di mana?

Majlis Sepetang Bersama Blogger pada tahun ini akan diadakan di

  • Tempat : Taman Cabaran, Precint 5, Putrajaya
  • Tarikh : 13 Jun 2015
  • Masa : 8.00 pagi – 5.30 petang
  • Bayaran : RM30 seorang
  • Penyertaan terbuka kepada semua yang ingin hadir
  • Daftar di http://sbb.my/pendaftaran

Majlis pada tahun ini terbahagi kepada dua sesi, sesi pagi melibatkan acara Blogger Treasure Hunt manakala pada sebelah petang sesi Blogger Sharing akan diadakan. InsyaALLAH kedua-dua sesi ini akan diselitkan pengisian bermanfaat.

Hadiah dan cabutan bertuah

Acara Blogger Treasure Hunt pada tahun ini menawarkan hadiah berjumlah RM5000 tunai dan juga hamper. Selain itu, terdapat juga hadiah-hadiah cabutan bertuah seperti iPhone 6, Samsung Note Edge, dan beberapa lagi hadiah lain yang akan boleh dimenanangi.

Tambah menarik, pihak Yeo’s Malaysia akan mengadakan kontes menjelang SBBYEOS2015 ini yang menawarkan hadiah 3 unit GoPro Hero 4 untuk 3 pemenang. Nantikan pengumuman rasmi mengenai kontes ini.

Tempat adalah terhad, pastikan anda daftarkan diri secepat mungkin. Pengalaman tahun lepas, ramai yang berduka cita apabila pendaftaran ditutup disebabkan kuota telah penuh.

Pendaftaran Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015
Pendaftaran Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015


Spread the love

233 Comments

  1. Blog keren…. menginspirasi, sungguh saya baru mengenal blog ini, sayang sekali, mudah2an ada lagi moment keren yg sy bisa berpartisipasi di dalamnya ^_^

  2. Pertama kali mampir ke blog ini, karena saya ketinggalan zaman baru tahu ada blog ini, baru tahu ada acara keren ini. Mudah2an ada kesempatan untuk saya di masa yang akan datang. Aamiin Allohumma Aamiin

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!