Sediakan Payung sebelum Hujan

Spread the love

Aku ni tengah sibuk menguruskan keputusan Contest Weblog Popular 1Malaysia. Tugasan aku melompat dari satu blog ke satu blog lain yang join Contest Weblog Popular 1Malaysia. Macam-macam design blog dan cerita yang terdapat pada blog yang join contest dan blog yang dicalonkan.

Dari pemerhatian aku ada blog yang dah lama dengan mengikut yang tak kurang hebatnya dan ada juga blog yang baru setahun jagung. Majoriti tuan punya blog memang sangat sayangkan blog yang mereka uruskan. Cuma aku bertanya dalam hati pernahkah tuan-tuan punya blog ini terfikir tiba-tiba suatu hari blog mereka tiba-tiba lenyap dari dunia Maya. Samada terdelete atau dihack oleh lanun online. Ini pernah berlaku pada teman aku.

Dikesempatan ni aku nak kongsikan ILMU yang aku dapat daripada MomBloggersPlanet bagaimana untuk kita back up blog yang kita sayangi ini. Aku sendiri  pun ada back up blog Denaihati untuk persedian kalau terjadi perkara yang tak diingini. Oleh kerana blog ini aku gunakan platform Blogspot maka aku back up dengan platform Wordpress @ http://denaihati.wordpress.com. Dah lama juga aku buat tapi aku lansung tak promosi.

Kepada teman-teman yang berhasrat untuk sediakan payung sebelum hujan sila belajar kat Sekolah Pondok aku @ Cara Mudah Buat Blog.


Spread the love

43 Comments

    1. Peribahasa seperti judul di atas sudah sering kita dengar namun terkadang juga kata-kata tersebut hanya numpang lewat dibibir saja seakan tak bermakna….

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!