Safee Sali David Beckham Malaysia

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, suatu masa dahulu pasukan bola sepak Malaysia jauh lebih baik dari pada pasukan Korea dan Jepun. Harimau Malaya sering menewaskan pasukan bola sepak Korea dalam pertandingan Piala Merdeka. Ranking FIFA Pasukan Bola Sepak Malaysia ketika itu jauh meninggalkan pasukan-pasukan bola sepak Asia Tenggara. Semua itu tinggal sejarah sekarang Ranking FIFA Pasukan Bola Sepak Malaysia terperosok di tangga 142.

Safee Sali dan rakan-rakannya telah memberi sinar kepada Harimau Malaya. Kalau dahulu stadium kosong apabila ada perlawanan melibatkan Pasukan Bola Sepak Malaysia tapi gelombang kuning dan biru telah melanda Malaysia. Sekarang rakyat Malaysia dah tak malu nak pakai jersi Malaysia. Mereka rasa bangga dan megah apabila menyarung jersi belang kuning atau biru merah.

Safee Sali telah berhijrah dari Selangor ke Pelita Jaya, Indonesia dan sekarang sedang mencuba nasib di Cardiff City. Mengikut beritanya Safee Sali melangkah dengan langkah kanan di Cardiff City dengan menjaringkan gol dalam perlawan percubaan dengan mengelecek 5 pemain lawan. Sebuah surat khabar tempatan telah mengelar Safee Sali sebagai David Beckham Malaysia. Semuga Safee Sali dapat di terima di Cardiff City yang pasti akan menjadi idola kepada pemain bola Malaysia untuk melangkah lebih jauh.

Safee Sali David Beckham Malaysia

Semuga Bola Sepak Malaysia terus meningkat dan memperbaiki Ranking Fifa bawah 70 supaya mudah pemain Malaysia berhijrah ke BPL sebagaiman pemain Korea dan Jepun yang semakin ramai membanjiri kelab-kelab BPL.

76 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!