Pinjaman

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Pinjaman memang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan kita. Masuk universiti majoriti ambil pinjaman PTPTN. Bila dah abis belajar lagi banyak pinjaman yang kita buat antaranya pinjaman perniagaan, pinjaman kereta, pinjaman kooperasi,  pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan yang paling menakutkan pinjaman along.

Pinjaman memang dapat membantu apabila kita dalam kesusahan tetapi kalau disalah urus pinjaman akan menjadi beban yang berpanjangan sehingga tua. Ramai yang terjerat dengan pinjaman kerana tersalah perancangan akhirnya jadilah gali lubang tutup lubang. Pinjam sini untuk bayar hutang sana dan ramai juga yang terperangkap dengan status muflis.

Kebanyakan rakan-rakan yang buat pinjaman perniagaan tidak pandai menguruskan wang pinjaman yang diperolehi. Wang yang sepatutnya digunakan untuk modal perniagaan digunakan untuk membeli kereta mewah dan joli sakan sehingga projek perniagaan terbengkalai dan akhirnya menjadi beban kewangan.

Disiplin mesti ada dalam menguruskan pinjaman. Tidak kurang ramai juga yang liat sungguh nak bayar pinjaman sehingga bank dan institusi kewangan mengenakan syarat yang ketat kepada peminjam baru. Ini yang dikatakan akibat nila setitik rosak susu sebelanga. Lihatlah berapa ramai bekas pelajar universiti yang gagal membayar pinjaman PTPTN sehingga kena senarai blacklist untuk keluar negara. Nak jadi penjamin pun takut sebab ramai dikalangan peminjam yang liat membayar balik pinjaman sehingga penjamin disenaraihitam.

Sabda RASULULLAH SAW yang ertinya, “Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya” ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 ) dan “Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)” ( Riwayat Muslim, 6/38).

70 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!