Pertama kali jadi speaker latihan sosial media network

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dua hari sekembali dari Kembara Musafir Europe dapat email dari Juliana, Vision Karisma untuk jadi speaker program latihan Sosial Media Network di Ancasa Allsuites Resort & SPA, Port Dickson pada 19/5/2012. Pada mulanya nak tolak sebab keletihan kembara masih belum hilang lagi tetapi tak sanggup pulak nak kecewakan harapan Vision Karisma akhirnya last minute reply email setuju untuk jadi speaker.

AnCasa Allsuite Resort & SPA, PD

Pantai Teluk Kemang

Aku dan kelurga sampai ke AnCasa Allsuite Resort & SPA, PD petang 18/5/2012. Segaja datang awal sebab sessi perkongsian awal pagi 8.30am jadi tak mahu lambat hadir majlis terutama sebagai speaker, disiplin kena jagalah. Pertama kali menginap di AnCasa menarik juga ada macam fasiliti dan lokasi di pinggir pantai Teluk Kemang. Sempatlah kami sekeluarga bermain ombak sambil menikmati suasana sunset yang sangat indah.

Sempat berjumpa Juliana sebelum beliau bertolak ke Penang untuk program yang lain. Terima kasihlah Juliana kerana pilih Deniahati dan terima kasih kerana sudi baca blog Denaihati. Juliana pun excited dengan kisah Kembara Musafir Europe.

latihan sosial media network finas

Latihan Sosial Media Network yang dianjurkan oleh Vision Karisma adalah untuk staff Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia). Lebih kurang 25 orang staff daripada berbagai pangkat dan bahagian menyertai latihan ini. Memang bagus sangat latihan sebegini untuk memberi pendedahan dengan kepentingan sosial media terutamanya blog.

latihan sosial media network finas

Awal-awal rasa gementar juga sebab dah bertahun tak jadi speaker tapi perlahan-lahan hilang perasaan gubra. Aku berkongsi tentang perjalanan blog Denaihati dan strategi meningkatkan prestasi blogging semuga ianya memberi faedah kepada peserta. Aku dimaklumkan 5 orang akan dipilih daripada 25 peserta untuk menguruskan blog, facebook dan twitter bos-bos Finas, siapalah yang bertuah tu.

denaihati finas social network

Teruja juga sebab dapat berkongsi pentas dengan Blogger #1 Malaysia, Beautifulnara.com. Kami sering berhubung melalui twitter dan facebook tapi ini kali pertama dapat bersua muka. Abang Nara memang berhasrat sangat nak jumpa dengan aku dan Ariffshah katanya. Beliau tak dapat hadir majlis sepetang bersama blogger tempoh hari kerana ada majlis aqiqah baby baru beliau.

denaihati bersama beautifulnara blogger hebat

Ramai peserta latihan pada awalnya sangka Beautifulnara ini perempuan. Aku pun ada cerita suatu hari ketika balik dari Pekanbaru salah seorang pramugara AirAsia nama Nara, dengan sopan aku tanya samada beliau adalah Beautifulnara. Rupanya aku salah orang tapi alhamdulillah akhir berpeluang juga aku jumpa dengan the real Beautifulnara dan banyak ilmu dipelajari dari perkongsian beliau. Beautifulnara you are the best.

denaihati vision karisma finas

Terima kasih kepada Vision Karisma dan Finas yang sudi jemput Denaihati. Semuga matlamat latihan tercapai dan jangan penat untuk anjurkan latihan yang lain kerana bukan mudah untuk menukar budaya lama.

---

  1. Semoga pengalaman pertama menjadi speaker ini akan berlanjut dengan kegiatan yang sama sahabat DH
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Penyakit StrokeMy Profile

  2. Semoga sukses Pak… :)
    Entri terbaru Ramzi – Cara Membuat / Memasang Daftar Isi / Sitemap Blog OtomatisMy Profile

  3. Saya sering berbicara di hadapan orang banyak, sebagai seorang pemandu acara pada Majelis Ta’lim…
    Entri terbaru Dadan – Persib Bandung vs Mitra KukarMy Profile

Artikel pilihan...close