Perniagaan Forex Online Haram dah Confirm

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku tak nak ulas panjang isu ini sebab pasti ramai yang akan marah seperti dalam beberapa komen di entri “Forex bakal digempur“. Aku memang tak ada pengalaman dalam urusniaga FOREX kerana tidak berani dengan risiko yang sangat tinggi kerana mungkin juga tak cukup ilmu. Yang lebih menakutkan hampir 90% rakan-rakan yang terlibat dengan perniagaan FOREX ini berakhir dengan kegagalan. Memang semua perniagaan ada risiko ialah hidup ini pun risiko tetapi aku belum bersedia untuk menghadapi risiko FOREX.

Petikan daripada Harin Metro Online :  Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing. Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, ini kerana perniagaan dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam. “Hasil kajian jawatankuasa ini, kami dapati perniagaan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam. “Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-98 di sini, semalam. Dr Abdul Shukor berkata banyak isu meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu membabitkan penggunaan Internet di kalangan individu yang menyebabkan untung rugi tidak menentu. “Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi tidak menentu,” katanya.

Aku tidak pernah takut dengan risiko berniaga kerana setiap perniagaan pasti ada risiko kegagalan kerana hampir semua perniaga yang berjaya pernah gagal dalam perniagaan terdahulu. Cuma sebagai perniaga yang bijak kita mesti berani mengukur risiko yang mampu diharungi, kalau kemampuan untuk perniaga hanya untuk ratus ribu ringgit tak kan nak buat bisnis juta-juta ringgit. Paling baik buatlah perniagaan dan pelaburan yang kita tahu bukan sekadar ikut-ikut sahaja kerana apabila gagal kita tidak akan menyalahkan orang lain di atas keputusan yang kita buat sendiri. Berani buat berani tanggung dan jangan kecewa dengan kegagalan kerana mungkin itu langkah pertama untuk berjaya.

16/2/12 : Bank Negara Malaysia menjelaskan perniagaan FOREX di Malaysia hanya dibenarkan kepada organisasi yang berlesen seperti Bank Komersial, Bank Islamik, Syarikat pelaburan dan Bank Islamik Antarabangsa mengikut akta Exchange Control Act 1953 dan Money Services Business Act 2011.


Spread the love

130 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!