Panduan Memilih dan Pasang Jubin dari MML Tiles Makeover


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, mesti ramai dah baca entri “MML Tile sebelum Makeover“. Kehodohan tile atau jubin rumah yang macam tu mungkin takkan berlaku jika kita pandai memilih jubin yang betul-betul berkualiti dan sesuai. Para pemenang contest MML Tiles Makeover sekarang ni dalam proses memilih jubin yang akan dipasang secara percuma di rumah mereka.

Sementara mereka membuat pemilihan jubin, pihak MML Tile Malaysia sudi berkongsi tips memilih dan memasang jubin. Dengan perkongsian tips ni diharap dapat membantu kita membuat pemilihan untuk jubin yang ingin dipasang di rumah kita.

denaihati mml makeover3 Panduan Memilih dan Pasang Jubin dari MML Tiles Makeover

Panduan Memilih Jubin

Sesetengah corak jubin tidak sama walaupun ianya datang dari tempat yang sama. Adakah ini normal?

Jubin seramik direka untuk menyerupai batu-batu semulajadi. Setiap jubin direkabentuk dengan corak dan warna tersendiri yang unik.

Apakah cara terbaik untuk melihat dan memilih jubin sebelum membeli?

Satu cara yang terbaik untuk melihat jubin sebelum membelinya adalah dengan berdiri dalam jarak sekurang-kurangnya satu meter (1) untuk mendapatkan gambaran yang realistik bagi jubin tersebut.

Bagaimana cara mengetahui jubin yang sepatutnya untuk digunakan?

Tidak semua jubin dibuat sama. MML menawarkan jubin pelbagai saiz, warna, kemasan permukaan dan kekuatan bahan seramik. Sentiasa ada produk yang sesuai dengan keperluan atau kehendak kita.

- Untuk bahagian luar atau kawasan-kawasan yang mudah terdedah pada kelembapan, kita dinasihat menggunakan mana-mana produk permukaan yang bertekstur seperti koleksi Rustik.

- Jika rintangan kegelinciran menjadi keutamaan, ciri-ciri permukaan jubin yang memerangkap kotoran akan menjadi sukar untuk dibersihkan. Oleh itu menggosok dan membersih secara intensif yang betul diperlukan untuk mengekalkan keaslian permukaan.

- MML mencadangkan supaya jubin dinding TIDAK digunakan untuk dipasang di atas lantai.

- Untuk mengurangkan perubahan corak yang terlalu ketara adalah dicadangkan jubin dipasang pada kedudukan yang sama berpandukan dengan logo belakang.

logo jubin Panduan Memilih dan Pasang Jubin dari MML Tiles Makeover

Panduan Memasang Jubin

Sebelum memasang, buka dan susun atur beberapa keping jubin dengan menggabungkan pelbagai warna untuk mendapatkan padanan yang harmoni dan menarik. MML Tile Malaysia juga menyarankan:

- Renggang jarak antara setiap kepingan jubin adalah lebih kurang 2-4 mm.
- Lakukan ujian tampalan yang kecil sebelum menurap sepenuhnya.
- Untuk jubin jenis timbul atau berstruktur atau kasar, gunakan bahan kedap (sealant) dan elakkan daripada menggunakan turap yang berbeza untuk mengelakkan kotoran atau sisa degil terperangkap.

susun atur tile Panduan Memilih dan Pasang Jubin dari MML Tiles Makeover

Kenapa perlu periksa produk dan label pembungkusan sebelum menerima?

Pembeli perlu memeriksa barang-barang dengan teliti untuk saiz dan kecacatan sebelum menerima penghantaran. Produk MML dijamin mematuhi standard ‘MS ISO’ dan ‘EN’. Jaminan MML adalah terhad kepada produk gred A dengan toleransi industri yang kira-kira lima peratus (5%).

tip pilih pasang jubin Panduan Memilih dan Pasang Jubin dari MML Tiles Makeover

Adakah ‘shading’ dianggap sebagai kecacatan?

Sebarang perbezaan dalam warna / shade tidak boleh dianggap sebagai kecacatan bahan. Jaminan adalah terhad kepada penggantian genting sebelum ianya dipasang. Sebarang tuntutan tidak akan dilayan selepas jubin dipasang. Dalam mana-mana kes, jaminan hanya termasuk penggantian bahan-bahan yang didapati rosak.

pasang jubin Panduan Memilih dan Pasang Jubin dari MML Tiles Makeover

Semoga tips yang dikongsikan ini dapat membantu kita buat pemilihan jubin yang tepat dan sesuai supaya jubin rumah nampak menarik dan cantik bila sudah dipasang.

Istimewa di denaihati.com
  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge
  • heder kampak 10 April 2013 at 1:29 am

    UBAHSUAI RUMAH area Bangi, Kajang, Cheras,
    Serdang, puchong (Selangor/KL) Sambung dapur,
    parking, ikat batu, pasang tile, mengecat, plaster,
    plaster siling, kayu, meja dapur/table top, paip DLL.
    Hubungi: 0173967406 khaidir (facebook.com/
    HederRenovationHouse) fan pages

  • Blog Keperawatan 14 November 2012 at 7:38 am

    Panduan dalam hal memilih jubin yang tepat dan disesuikan dengan ruangan yang akan dipasang adalah hal yang bisa membuat hasil akhir dari jubin bisa bagus dan sempurna
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Tanda Serangan JantungMy Profile

  • Bang Iwan 27 September 2012 at 11:47 am

    Lantai memang berada di bawah dan diinjak-injak. Tetapi lantailah yang menjadi unsur paling vital dalam sebuah rumah atau bangunan.
    Entri terbaru Bang Iwan – Happy Birthday GoogleMy Profile

    • Bang Iwan 27 September 2012 at 11:47 am

      Karena itu, desain lantai akan menjadi sangat penting dalam menegaskan identitas sebuah bangunan. Dalam hal ini, ubin keramik akan mengambil peran.
      Entri terbaru Bang Iwan – Happy Birthday GoogleMy Profile

      • Bang Iwan 27 September 2012 at 11:48 am

        Penggunaan lantai dengan bahan keramik masih menjadi primadona, baik bagi kelas menengah atas hingga ke bawah, di perkotaan mau pun pedesaan.
        Entri terbaru Bang Iwan – Happy Birthday GoogleMy Profile

        • Bang Iwan 27 September 2012 at 11:48 am

          Ubin keramik memiliki beragam jenis, bentuk, warna dan corak. Tentu saja, semakin baik mutu sebuah ubin keramik, harganya akan semakin mahal.
          Entri terbaru Bang Iwan – Happy Birthday GoogleMy Profile

          • Bang Iwan 27 September 2012 at 11:49 am

            dengan kemajuan teknologi industri, ubin keramik yang ditawarkan oleh produsen menjadi semakin banyak.
            Entri terbaru Bang Iwan – Happy Birthday GoogleMy Profile

    • Bang Iwan 27 September 2012 at 11:56 am

      “Kesesuaian ukuran ubin keramik dengan luas lantai tutupan bisa sangat menentukan suasana hati. Kalau ukuran lantainya luas tapi ukuran ubin keramiknya kecil, maka akan memberikan kesan sempit.
      Entri terbaru Bang Iwan – Happy Birthday GoogleMy Profile

1 2 3 4


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network