Nuffnang Blogopolis 2012 #NNBMY2012

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1 Dunia, benarlah kata bijak pandai ilmu tidak pernah berhenti. Banyak sungguh ilmu diperolehi dari semua speaker Nuffnang Blogopolis. Berguna sangat semua ilmu ini untuk go next level.

Selain mendapat ilmu yang lebih bernilai dari emas dan wang ringgit dapat juga bertemu kali pertama dengan ramai blogger seperti Si cantik manis Cik Epal, sekecik molek Yuyu Zulaikha, Zaid, Budiey, Jejariruncing tapi tak dapat bertegur sapa dan pemenang contest Namia dan ProfHariz. Sepatutnya majlis sehebat ini lebih ramai Blogger datang tetapi tidak seperti diharapkan.

Tak ramai sangat Blogger Melayu yang hadir mungkin sibuk dengan berbagai aktiviti. Tabik kepada The Singing Blogger, Zarul Umbrella yang batalkan beberapa persembahan hanya kerana nak mengejar ilmu yang pasti akan dapat meningkatkan prestasi blog beliau.

Majoriti Rakan Blogger yang datang adalah Blogger kesayangan Nuffnang seperti musuh ketat aku Bro XXXXX ni duduk kerusi paling depan no pemdaftaran pun 001 kalau nak tengok gambar real permusuhan kami siap tunjuk penumbuk terjah kat link ini. Sedang kami sibuk berblogopolis terima suatu tweet ada Rakan Blogger masuk Utusan Malaysia tajuk dahsyat tu Cita dan Cinta Ariff, dah baca ke? Semakin retis lah Blogger ni harap-harap adalah peminat beliau yang terklik banner Denaihati tu heeeee.

20120714-150732.jpg

20120714-150749.jpg

20120714-150808.jpg

20120714-150822.jpg

20120714-153317.jpg

20120714-164848.jpg

20120714-164901.jpg

Selesai function hulur biz card pada Mr Nicholas Chay, Country Manager Nuffnang, beliau kata selalu baca blog Denaihati dan tanya siapa menang contest stay kat Hotel Concorde. Terima kasihlah bos walaupun kita tak pernah kerjasama tapi sudi juga baca blog Denaihati.

Segeh aku bila hulur biz kad pada speaker Maria Elena (PR4 tu) dan Sue Anna Joe diaorang kata ooooo nilah Denaihati. Tak sempat pulak nak hulur biz kad pada Anis Zulaikha.

Memang banyak ilmu dapat dari Nuffnang Blogopolis 2012 yang penting sekarang nak gunakan mana yang boleh untuk jadi hebat seperti semua speakaer yang berkongsi ilmu.


Spread the love

155 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!